1 Tahun 11 Bulan



 
Hari ini genap Fiqah 1 tahun 11 bulan, menghampiri usia 2 tahun.
Insyaallah bulan depan nak sambut besday Fiqah dengan percutian keluarga sahaja. Tak larat mama nak buat open house.
 
Dah macam-macam Fiqah boleh buat :
Suka main dengan akak Fina, nyanyi dan ikut jer apa yang akak Fina nya suruh.
Kadang-kadang baik sangat, kadang-kadang suka buat akak Fina.
Suka mengadu -- " na buat...." (maksudnya : kak fina buat dia).
Semakin boleh bertutur perkataan-perkataan yang mudah, "makan,minum, main, mandi, baba, mama, ina, hello, milo, nak, saya, sayang" dan lain-lain perkataan.
 
dan Fiqah telah berhenti bf sepenuhnya.
 
Tamat sudah perjalanan bf saya untuk puteri kedua. Lebih kurang 2 minggu sebelum ini Fiqah dah berhenti menyusu. Mungkin perubahan hormon dan rasa susu ketika bersalin yang membuatkan Fiqah berhenti. Saya tak usahakan macam-macam, cuma saya cakap dengan Fiqah, Fiqah dah kena stop menyusu, perut mama ada baby. Lagipun ketika mengandung, nipple kita akan rasa kering dan pedih bila baby menyusu. Saya masih teruskan penyusuan dari bulan pertama mengandung hingga 3 bulan lebih. Ia, Allah jadikan ibu itu seorang yang kuat, tetap boleh menyusukan anak yang lain walaupun ketika mengandung. Kecualilah ada kompilasi ke atas kandungan dan atas nasihat doktor tidak boleh menyusukan anak, ibu kena akur dan ikut nasihat tersebut demi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
 
Tips mudah untuk hentikan BF ialah dengan tidak menawarkan. Beri bila diminta sahaja. Bila anak dah besar, mereka akan makan dan minum pelbagai jenis makanan. Jadi tidak bergantung lagi sepenuhnya dengan susu ibu. Tetapi terpulang pada ibu-ibu, sekiranya terdapat persediaan dan kesanggupan (willing) antara dua belah pihak, penceraian susu ibu insyaallah akan dapat dilakukan dengan mudah.
Alhamdulillah, Fiqah boleh tidur dengan nyenyak hingga ke pagi walaupun telah bercerai susu. Tak bangun malam untuk minta susu formula. Mungkin sudah lupa dengan 'hee..hee.." dia dan dengan rasa seikhlas hati, mama halalkan setiap titisan susu yang telah mengenyangkan Fiqah dari hari pertama Fiqah lahir ke muka bumi Allah ini. Moga Fiqah menjadi anak yang baik, mengingati mama dan baba apabila Fiqah dewasa kelak. Walaupun Fiqah nak dapat adik, kasih sayang mama dan baba terhadap Akak Fina dan Fiqah masih sama.
 
Alhamdulillah..perjalanan bf saya berhenti setakat ini. Tahun depan akan dimulakan dengan perjalanan bf untuk 3rd baby kami. Moga dipermudahkan juga urusan yang akan datang.
 

Comments

  1. kOJAP JE DAH NAK MASUK TIGA ANAK KO EK..TAHNIAH YANG TERLEWAT DARI SAHABATMU HAHAHAAA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..