26 November 2013

Saya suka


Tajuk macam Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin.. Saya suka..saya suka..Sukalah mama F&F dapat pergi ke Maternity & Children Expo di Mid Valley Ahad lepas. Walaupun tau mesti ramai yang akan berkunjung, tapi saya tak mau lepaskan peluang yang ada. Lagipun kali terakhir datang ke sini masa Fiqah dalam perut, kali ini mestilah datang untuk turn adik Fiqah pula dalam perut.
 
Saya duk mencari barang-barang untuk persediaan BF 3rd baby. Walaupun barang besar seperti pam susu, cooler beg dan botol-botol susu dah ada dan masih boleh digunakan, tetapi kalau dah minat memang wajiblah terjah juga ke sana. Beli apa yang patut dan perlu sebagai tambahan, dan sudah tentunya dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan. Saya suka lagi
 
Baba dan Fiqah ditugaskan untuk menunggu mama dan Fina masuk ke dewan pameran. Bukan apa, takutnya kepenatan pula kalau diorang tu ikut saya. Jadi tugasan yang mudah diserahkan kepada baba, untuk jaga Fiqah. Fina pula diberi tugasan untuk teman mama bershopping. So, hasilnya di Gerai Autumz, 10 biji botol susu, 2 kotak liner susu, simple cooler beg untuk ke taska dan nursing bra. Semuanya dengan harga discount! Haiyyaa..mau pengsan lorr..Sebab murah, saya suka. Next, Gerai Tommee Tippie, ada less 50% untuk semua botol susu, rembat 1 biji untuk 3rd baby. Nak merasa guna botol mahal. Padahal sebelum ini ok jer F&F guna botol susu biasa. Tak apa lah, mama yang nak kan. Kemudian, meneruskan shopping ke Butik Mumdreams - beli tuam baby, pilis dan tapel wangi untuk guna dalam tempoh berpantang nanti. Last ke Gerai Pureen, rembat lotion untuk strechmark. Ini boleh guna juga hingga lepas bersalin.
 
Lebih kurang 2 jam bershopping, mama pun balik. Settle dan time balik ternampak pula papan iklan kat luar jalan Mid Valley, ada Mom & Baby Expo awal tahun depan di PWTC. Ada hati nak pergi sebab boleh shopping baju baby pula time ni..Proposal dah hantar ke baba, harapnya tak kena reject.Ha2..Apa nak buat, dah isterinya minat saya suka bab-bab gini kan. Silalah layan ;)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails