30 December 2009

Almari Adel - NEW YEAR GIVEAWAY

Mesti join :

Untuk maklumat lanjut

Closing date : 20.1.2010

Takziah dari Mama Fina & family

Masih ingat lagi tak n3 untuk IKIEN yang saya tujukan khas padanya atas minat beliau yang mendalam untuk fully BF babynya yang kedua. Alhamdulillah, ikien telah selamat melahirkan anaknya yang kedua pukul 4 pagi tadi. Lebih bermakna lagi kehadiran seorang 'puteri' yang amat dinanti2 setelah sekian lama mendapat seorang 'putera' ~ haziq pada awal perkahwinannya.
Semalam tergerak di hati saya untuk sms bertanya perkembangan beliau. Rasanya due ikien dah lepas tengah Disember nih, dan sms saya dibalas dengan beliau telah overdue 10 hari,kalau belum ada tanda2 bersalin lagi, doktor akan induce hari ini. Beliau minta saya doakan agar semuanya selamat. Namun, pagi ini berita yang saya terima, ikien telah kehilangan puterinya yang tercinta atas sebab arwah mempunyai masalah pundi kencing. Kalau tak salah saya, doktor dapat trace masa kandungan ikien 6 bulan. Allah lebih menyanyangi arwah. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Yang penting dialah ahli Syurga yang menunggu ibu dan bapanya di hari Akhirat kelak.
Kepada ikien, tabahkan hati, kuatkan semangat, teruskan perjalanan hidup. Walau saya tak pernah merasai bagaimana perasaan kehilangan seorang anak, tapi saya tahu ianya bukan sesuatu hakikat yang mudah untuk diterima. Bersabarlah, itu sahaja yang saya mampu katakan.
Takziah dari kami sekeluarga.

28 December 2009

Cahaya mata

Apabila dia tersenyum dan ketawa, membuatkan hati saya turut terasa riang..kepenatan saya seharian bekerja, akan terus hilang dengan hanya melihat senyuman di wajahnya itu..



namun...
apabila dia 'mengamuk' dan 'melalak' (sampai nampak anak tekak) itu membuatkan tahap kesabaran saya teruji dan terus diuji..


Sungguh, menjadi seorang insan bergelar 'MAMA' memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Namun begitu, saya sangat2 bersyukur dan amat menyanyangi-nya sepenuh hati. Dialah yang saya kandungkan 9 bulan 2 hari dan saya lahirkan dengan sepenuh kekuatan kudrat yang saya ada. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpanya di sisi dan dialah CAHAYA MATA saya dan suami dunia akhirat.

COMING SOON ~ 1st Besday

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum menempuh Tahun Baru 2010 dan juga pembukaan awal Tahun Baru dengan Sambutan Hari Lahir Fina yang pertama. Sedar2 dah nak masuk setahun anak saya (nak tukar aku kepada saya mulai hari ini). Sungguh saya teramat 'teruja' untuk membuat pelbagai persediaan untuk sambutan Besday fina yang pertama ini.

Harap2 semuanya berjalan lancar.

Fina sayang,

get ready 4 ur 1st BESDAY Party!!!!!

1 JAN 2010

21 December 2009

AKUARIA KLCC - 19 Dis 2009

Tercapai hajat di hati nak pegi Akuaria KLCC seperti perancangan hujung tahun family.
Jom layan gambar2 kami di sana.
Gambar ikan2 & hidupan laut di Akuaria (sotong tak de eh).
Paling best masuk terowong akuarium terpanjang yang dipenuhi pelbagai jenis ikan.
Ala2 pemandangan di dasar lautan (sungguh menakjubkan).




Mama & Baba Fina (ikut turn dukung fina, time fina tak nak duk dlm stroller)

Seterusnya
^
^
^
Gambar fina yang ceria dapat pi KLCC.

TQVM kepada Baba Fina yang menunaikan hajat mama & fina (adik nak pegi dari dlm perut mama lagi tau, ha2)

19 December 2009

MaxisBroadband



Pakej Maxis Wireless Broadband menjadi pilihan aku & baba setelah beberapa kali kami survey servis2 internet yg banyak ditawarkan pada masa sekarang. Semalam kami ke PKNS, Bangi, ada promosi untuk org Gomen dengan bayaran RM100 untuk pendaftaran dan bayaran sebanyak RM48 bagi bil 3 bulan berikutnya ditolak rm30 dari bayaran pendaftaran. Kiranya, kami hanya membayar RM10 sahaja untuk pendaftaran Maxis Broadband ni. Cukup2 berbaloi. So, isi borang dan beri fotostat IC & lesen, dah boleh surf internet selepas 2 jam pendaftaran. Cuma masukkan USB drive dan download maxis broadband. Coverage pula, bergantung kepada line telefon Maxis, maksudnya kalau line fon ok, tak de masalah coverage internet di mana2 kawasan. Mudah bukan, sekurang2 nya ada juga aktiviti aku di rumah selain menjalankan keje2 rumah, boleh juga melayari internet bila free. (macam tak cukup2 surf kat ofis). Sesi percubaan selama 7 hari, kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan, pelanggan boleh stop servis dan bayaran pendaftaran akan dipulangkan semula.

14 December 2009

Contest Ceria Si Ayah Bersama Anak

NEXT CONTEST
MAMA FINA NAK JOIN :)


YANG DIANJURKAN OLEH FASHA
KALAU NAK TAU LEBIH LANJUT MENGENAI CONTEST NI DAN SYARAT2 NYA,
SILA TERJAH
*
*
*
*
NI LA GAMBAR BABA & FINA
YG DIPERTARUHKAN
*
*
*

NAMA BABA:AZHAR & NAMA BABY:FINA

TARIKH TUTUP CONTEST : 30 DIS 2009

11 December 2009

Fina 11 bulan 11 hari

  • Masih belajar untuk berdiri sendiri.
  • Masih belum tumbuh gigi.
  • Suka 'lawan mata' sekarang ~ susah betul nak tidurkan fina dalam buai. Kalau nak tidur malam, main2 dulu sampai penat, baru boleh tidur. Habis satu tilam tu dia golek2 dan panjat sana sini.
  • Dah pandai memanjat dan turun sendiri (setakat meja study baba tu, anytime ler)
  • Suka makan benda keras2 macam keropok, biskut, buah. (macam ade gigi ajer)
  • Susah nak pakaikan/tukarkan baju.
  • Dah pandai selak baju mama bila nak BF. Suka la bila mama melentang jer, layan dia. (macam tak de keje rumah nak buat kan)
  • Suka main benda2 yg bukan permainan - periuk nasi, iron, hanger, tudung saji, lesung batu, selipar, baldi, besen, botol minyak masak.
  • Becok mulut tuh, pandai sebut 'ma-ma-ma-ma' sekarang...bestnya mama rasa. slalu sebut 'ba-ba' jer.
  • Dah pandai lambai tangan bila sebut bye2 (style genggam lepas).
  • Yang paling ketara perubahan fina 11 bulan nih: mama rasa fina dah kurang 'montel' sekarang,sedih pula tengok fina yang semakin hilang 'chubby' nya. Tapi betul la kata orang, bila anak dah lasak sikit, dah nak dapat 'kaki', badan pun susut. Tak pe la, asalkan fina sihat, cergas dan cerdas.

Fina @ home ~ acara 'suka hati fina nak buat ape'

Cerita dari Terengganu Part II

Sambungan dari N3 sebelum ini. Seperti yang dirancangkan kami memulakan perjalanan balik selepas Isyak. Sejak Raya Ketiga, hujan turun 24 jam tanpa henti, kalau reda pun kejap2 jer. Terdetik juga kegusaran di hati kalau2 hujan gini, tak kene banjir ke Terengganu. Tapi tawakal je la. Harap2 perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.
Perjalanan dari Setiu akan melalui beberapa Daerah di Terengganu. Bermula dari Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, barulah akan memasuki Negeri Pahang. Setelah beberapa jam meredah hujan, dan beberapa kali aku&fina tidur-bangun, tiba2 rasa berat je kereta. Rupa-rupanya kami terpaksa meredah banjir di DUNGUN. Berdebar2 gak dalam hati, mula la terfikir bukan2. Enjin kereta abg pun dah bunyi semacam je. Kalaulah tiba2 enjin kereta mati, alamatnya, tak sampai la kami ke Kajang. Cepat2 suh abg matikan air-corn, biar ringan sikit kereta. Time tu rasa macam naik ferry pun ada. Terus hilang rasa mengantuk.

Alhamdulillah, kereta biru kesayangan abg tu dengan selamat meredah banjir. Abg cakap kalau redah air/banjir ni, satu je kena jaga, jangan biarkan enjin kereta mati. Kalau enjin kereta mati, air akan masuk ke ekzos dan akan menyebabkan kerosakan enjin. Kira ini pengalaman pertama aku meredah banjir. Selalu redah lopak2 air jer. Apelah sangat kan. Cemas gak, tapi syukur kami sekeluarga selamat. Selepas itu kami meneruskan perjalanan, kalau ade signboard 'BANJIR DI HADAPAN' mulalah segar semacam jer mata. Lepas dari Dungun, masuk ke area Kemaman, syukur banjir belum melanda kampung2 di situ.
Opps, tak habis lagi N3 cerita dari terengganu ni, ada 1 lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan pulang kami. Nak tau, tunggu next N3 di Part III.

08 December 2009

Serius Baby 2009 Giveaway

SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY

ANJURAN IBU RIFQI SEMPENA BESDAYNYA YG KE-29

NAK TAU SYARAT2 PENYERTAAN ?
SILA TERJAH KE BLOG IBU RIFQI

^
^
^
^
^
^
Gambar FINA in SERIUS mood

NAMA BABY : NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR
TARIKH LAHIR : 1.1.2009
UMUR SEKARANG : 11 BULAN

07 December 2009

Giveaway by Sweet Wannur & Comel Bergaya

Mama fina nak join giveaway :

Salam semua...
alhamdulillah, wannur dengan berbesar hati mengadakan giveaway utk kali ke-2 bersempena dengan 3rd anniversary perkahwinan wannur & suami (30 Nov),
dan juga bersempena pembukaan kedai baru wannur iaitu
COMEL BERGAYA!!

KATEGORI PENYERTAAN:
Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers);
1. jadi follower
SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!
2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda
3. buat entry ttg giveaway ini
4. tinggalkan comment di sini beserta link anda

HADIAHNYA:
~ terdiri drpd barangan dr
sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!

CLOSE DATE:
20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)

Selamat Pengantin Baru F&F

Mengikut agenda planning cuti hujung tahun , 6 Dis 2009 hajat di hati nak pi kenduri kawin Fid & Putih @ Alor Gajah. Tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, kami tukar plan untuk hadir pada hari Sabtu, 5 Dis 2009. Hari Sabtu, lepas Asar ada Majlis Akad Nikah, malam lepas Isyak ada Majlis Berinai. Sempat la tengok fid sanding malam2 tu dengan Jambul Pengantinnya. Hi2. Siap ada bunga api lagi. Apepun ribuan TERIMA KASIH atas layanan baik keluarga Fid. Memang sedap makanan2 yang dihidangkan malam tu. Semua lauk2 kampung yang menyelerakan. Siap dibekal dengan buah tangan lagi time kami nak balik ke Kajang. (Fid, wajik durian tu sedap betul la, hbs akak sorang pulun)

Kepada pengantin F&F ***Selamat menempuhi alam baru hidup berumah tangga***

Cerita dari Terengganu

Dah lama rasanya aku tak update blog mama fina nih.Penyakit 'M' menyerang gara2 dah lama sangat bercuti. Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat pulang ke kampung meraikan Aildiladha bersama keluarga di Setiu Terengganu.

Perjalanan balik kg mengambil masa lebih kurang 12 jam. Lama kan, itu kira sekali la time abg berhenti minum, tidur, isi minyak, pi tandas, berhenti sarapan pagi. Fina, tak meragam sepanjang perjalanan. Bila lapar bangun BF, pastu tidur je atas toto yang memang disediakan kat sit belakang kereta. Tak larat la mama fina nak pangku fina semalaman. Mau lenguh badan2 nih.Bila dah pkl 7 lebih, baru fina bangun main2. Kami berhenti sarapan pagi di area Kemaman sebelum meneruskan perjalanan. Hajat di hati nak berhenti menikmati keindahan pantai, tapi permintaan tak dilayan. (almaklum ler, hati abg tu dah berbunga2 nak sampai ke rumah cepat.). Kami tiba di rumah lebih kurang pkl 9 lebih.

Gambar fina dalam kereta-pagi2 baru sampai kg.
Row tengah : Gambar kami sekeluarga di Tasik Kenyir.(yg bertudung hitam tu- adik ipar fida&ira)

AidilAdhar di Terengganu disambut secara sederhana tetapi meriah. Abg pun turut korban 1 bahagian tahun nih. Memang seminggu tu, lauk daging ler yang menjadi menu utama. Cakap bab menu, juadah istimewa yg disediakan oleh Ibu Mertuaku - ketupat palas, tapai pulut, daging goreng dan daging singgang. Atas permintaan aku telah menyediakan 'daging masak corong'. Ala2 masak lomak cili api yo..tapi lebih cair dan kurang santan. Ni salah satu masakan kegemaran abg.
So, agenda raya kami :
Raya pertama : duduk kat rumah - masak, makan, layan tetamu.
Raya kedua : Pagi - berkelah di Tasik Kenyir, balik singgah ke rumah Mak Uda Fina kat Pelong (tengok pameran anak ular sawa, hi2), Petang ke Pengkalan Nyirih, Besut - rumah Cik Azirul.
Raya ketiga : pi kenduri kawin di Kok Lanas Kelantan, petang singgah ke rumah kawan abg di Pasir Putih.
Raya keempat : Beraya ke rumah besan mak (rumah kak ti) di Pa'ba.
Raya kelima : Duduk rumah jer sebab hujan tak berhenti2. Malam lepas Isyak, pulang ke Kajang.
Next N3 nak sambung citer pasal perjalanan balik kami ke Kajang.TUNGGU...

25 November 2009

Fina lagi

Minggu depan fina dan masuk 11 bulan. N3 kali ni sedikit update ringkas 'perangai2' fina berusia 10 bln 4 minggu.
  • Sekarang ni kalau hantar hari isnin time nak pegi keje, dah pandai tak nak bila kaklong aka pengasuh nak ambil dia. (dah sedap berkepit sabtu&ahd la tu)
  • Tak boleh ler mama nak gerak ke sana sini kat rumah tu, asyik menangis nak ikut.
  • Suka BF dgn mcm2 style sekarang nih, sampai tertonggeng2 pun ade.
  • 'Lawan mata' bila nak tidur dalam buai.(kene mama dodoikan dulu, ala2 konsert dondang dendang ler)
  • Mengamuk sesuka hati.
  • Berdiri sendiri, tapi kejap je la.
  • Tak reti duduk diam, ada je kejenya.
  • Sangat suka tengok IKLAN tv.

(mama fina baru blajar guna photoscape)

**malam ni kami sekeluarga akan pulang berhari raya ke Terengganu.Mudah-mudahan selamat tiba ke destinasi,to fina sayang, jangan 'buat hal' kat kampung baba ye.

24 November 2009

Iklan @ blog mama fina

Berminat untuk menambah dan mengekalkan pengeluaran susu ibu?
Ingin meneruskan penyusuan secara EKSKLUSIF dan menyambung perjuangan sehingga anak anda berusia 2 tahun?
Risau stok EBM yang semakin berkurangan?
Pam susu output sikit?
Kecewa dengan stok susu yang semakin merundum?
Jawapan kepada semua masalah tersebut ada di
Promosi harga Sempena pembukaan bisnes on9 Asmah
30 DAY TRIAL PACK SHAKLEE ~ RM80.00 sahaja.
Bukan setakat untuk menambahkan susu ibu tau, terdapat juga supplement untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit.
Pada yang berminat dan ingin dapatkan maklumat lanjut,
boleh terjah di blog IBU HAKIM HAIKAL
Tak rugi kalau nak cuba, mana tau kalau2 serasi..
** Harap maklum, iklan ini tidak berbayar dan daku bukanlah seorang duta produk. Just want 2 share.Mana tau mungkin rezeki Hakim dan Haikal ade kat blog mama fina nih..To asmah, selamat menceburi bisnes on9..GOOD LUCK MY FRIEND**

20 November 2009

Plan hujung tahun 2009

Minggu ni kami sekeluarga akan pulang Setiu, Terengganu untuk meraikan Hari Raya AildilAdha bersama2 keluarga mertua. Dah mintak cuti seminggu untuk Raya kali ni. Harap2 sampai dengan selamat dan tak redah banjir ler. Sekarang kan musim banjir di Pantai Timur. Selalunya kami memang suka bertolak waktu malam. Sekurang-kurangnya tak rasa letih sangat kalau dibandingkan jalan time siang. Fina pun boleh ler tidur jer dalam kereta tuh.

Next planning - nak pergi Kenduri kawin rumah FID ~ 6 Dis 2009 kat Alor Gajah Melaka. (hopefully abg tak de kelas ler time nih). Akhirnya, kawin gak ko fid..lama nar bersulam cinta, sejak di pantai poly lagi.hi2. Apepun wish korang bahagia selama2nya..Teruskan melayari bahtera rumahtangga dengan penuh komitmen dan persefahaman. ok.

Ape lagi ye plan hujung tahun nih.mmm, tengah tunggu suprise plan cuti2 Family yg dicadangkan oleh abg. boleh caya ke.kepada suami tersayang, kot tak dapat pegi Langkawi pun, bawak ler mama pi Dah lama duk mengidam nak tengok ikan2 kat situ tau.Macammana? boleh tunaikan impian mama ni tak.

19 November 2009

Give-away Beautiful Napkin

First give-away from www.blog.raznacreation.com


Prize ; 10 pcs paper napkin, any size, any price + mystery gift

Syarat penyertaan:
Choose any (10) paten must be ten (10) different code, choose from the shop
  • M017
  • M081
  • M106
  • M201
  • M105
  • M104
  • M147
  • M143
  • M111
  • M166

Tulis satu entri berkenaan give away ini berserta link ( photo diatas mesti dimasukkan) senarai kan di entry anda itu sepuluh (10) tisu tersebut.
Add
Razna Creation blog link your blog, tinggalkan komen.
Pemenang akan ditentukan dengan cabutan bertuah pada tarikh 14/12/2009.
rugi kalau tak join,, hadiah pilih sendiri lagi haaa

MAKLUMAT LANJUT:

DISINI

Updates citer terkini fina *10 bulan 3 minggu*

  • Suka bercakap/menjerit/membebel - cara baby ler.
  • Rambut dah panjang kat depan (fesyen ala2 berserabut korea style, ahaks)
  • Pandai minum guna cawan.
  • Makan bubur nasi 2x sehari dah.
  • Kalau bagi coklat, laju jer nak suh suap dia.
  • Panjat sana sini kat kabinet tv, peti sejuk, almari dapur - port paling suke kat tepi sofa.
  • Masih blajar2 berdiri sendiri, lepas sebelah tangan.
  • Mengamuk depan pintu bilik air bila baba mandi.
  • Dah muak main permainan sendiri - tertarik dengan buku2&pen baba.
  • Semalam ajar fina sikat rambut, lps aku buat, pandai jer dia tiru sikat rambut dia pulak.
  • Selamba je meniarap dlm buai (tengok nih)

*musim hujan skrg kan-tidur malam sejuk sungguh-fina terkucil sampai lantas pampers-mana taknye-BF mau 4x semalam-lapar sejuk2 tu kot. (mama fina : tak pe la tidur terganggu demi anak tercinta; baba fina : tidur nyenyak dengan sound effect, selamat dari bgn tengah2 malam nak bancuh susu; fina : lena dengan perut yang kenyang, alhamdulillah)

16 November 2009

tq EOE online

Bungkusan dari Kedai EOE



7 Foto Album (smuanya gambar fina dari 1/1/09 - 30/10/09)

Gambar2 yg aku cuci secara on9 di EOE seperti di N3 ini, telah selamat sampai pada tengahari Jumaat lepas. Tersangat2 la gembira dan amat berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh Kedai Foto tersebut. Mana taknya, fina dah masuk 10 bulan 2 minggu baru la aku berjaya menyusun gambar2 fina dari sejak hari pertama lahir sehingga sekarang. Ade la kira2 250pcs smuanya. Balik keje Jumaat lepas, terus susun smua gambar dalam ALBUM FINA yg abg dapat sebagai hadiah kawin kami. Secara ringkas servis EOE yg buatkan aku amat2 puas hati :
  • Servis yg cepat(2 hari je dah siap cuci)
  • Kertas yg digunakan utk print gambar berkualiti.
  • Gambar jelas dan terang.
  • Harga yg berpatutan. 30sen - 4R, 50sen - 5R.
  • Bayaran mudah secara on9.
  • Gambar disusun teratur dalam album yg diberi secara percuma.
  • Tak payah susah2 pegi kedai gambar.
Next mission, lepas gaji nak cuci gambar fina hujung bulan ni..mintak2 sempat cuci sebelum promosi habis..(ku tak dibyr gaji untuk promote kedai ni pun, harap maklum)

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10


>>**CONTEST ANAK DARA KU BERTOCANG**<<

TARIKH TUTUP : 30 NOV 2009 (12.00 TGH)
Syarat contest :
Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah
Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. ~DONE~

Sila letakkan follow dan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana, dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2. ~ FOLLOW~
~ Bagi mama yang berminat nak shopping CD dengan harga yang sangat berpatutan, sila2 la order dari k.sari. Siap ade promosi harga lagi tau..Bukan itu sahaja, banyak N3 yg boleh dijadikan sebagai terapi minda dan juga mengenai pengalaman2 berguna k.sari yg dapat dikongsi bersama bloggers lain, confirm tak rugi kalau jengah ke blog k. sari nih.

Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai.
~KAT BAWAH~
~ GAMBAR FINA DENGAN TOCANG NYA YANG 'TERSENGAT'~

NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR, BERUSIA 10 BULAN (1/1/2009)

Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P
~DONE~

Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda.
~DONE~

Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen. Mungkin ini caranya untuk merasuah saya... :P walaubagaimanapun biarlah gambar bertocang anak anda menyengat ye...( tocang budak ada sengat kah??)
~ TOCANG FINA dah tentu MENYENGAT~

Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah.
~DONE~

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai HADIAH HEBAT yang ditawarkan
***Mama fina tengah berangan2 nak jadi salah sorang pemenang, kot tak dapat pegi HONG KONG (glup2 telan air liur), dapat pi PENANG pun jadi lah, hu2..wish me luck..

My Sweet Little Shop Give Away

JOM JOIN..

Sangat teruja nak join macam2 contest hari ni.
Kali ni nak cuba nasib join give away anjuran My Sweet Little Shop
bersempena pembukaan onlinebabyshop REEN.
Syarat2 nya pula, ringkas & mudah.
3 pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Mana tau, kot2 jadi salah seorang di antara 'lucky winners'.
Tarikh tutup penyertaan : 30 NOV 2009

12 November 2009

Cutest Baby In Blue Contest

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST
Tarikh tutup : 17 November 2009
Masih belum terlewat rasanya untuk bersama2 join contest cutest baby in blue yg dianjurkan oleh Puan Eliza .
Contest dianjurkan sempena sambutan ulangtahun ke -5 anniversary Eliza pada 17 Nov 2009.


Gambar fina in blue mood :
< >
< >

Fina ketika berusia 4 bulan.

nama : NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR
umur skrg : 10 bulan 2 minggu
tarikh lahir : 1/1/2009
< >
<
>
jom ramai2 join contest ni...

Akhirnya..

Setelah mengumpul gambar2 fina lebih kurang dekat2 setahun, baru semalam aku berjaya untuk mencuci gambar tersebut. itupun secara on9. mana taknye, asyik bertangguh2 jer nak pegi cuci kat kedai gambar.ingat lagi time dulu2, zaman guna kamera kodak, confirm lepas hbs je roll kodak tu, terus pi cuci. takut kodak masuk angin, nanti rosak pula gambar tu. kalau time blajar dulu lak, tunggu member cuci dulu, pastu pilih ler nak gambar mana, pi cuci gambar lagi sekali beramai2. so,kira 1 gambar tu, smua yg ade dlm gambar tu duk cuci ler gambar tu. sekarang ni gambar blh letak2 dlm photobucket, facebook, friendster dan lain2 yg seangkatan dengan kemudahan tersebut, tapi bagi aku, rasa lebih bermakna kalau gambar tu diprint dan letak dlm album. tua2 sok, boleh ler selak2 album sambil2 mengimbas kenangan2 lalu..cewah..
Kepada sesiapa yg berminat nak mencuci gambar secara on9 dengan harga yang berpatutan, sila2 la melawat ke http://www.eoe.com.my/

Bukan aku dibayar untuk promote website ni, tapi nak share sama2 penjimatan yang berbaloi2 bersama rakan2 blog semua..
Upload gambar maybe makan masa sikit, dapat kalau beratus2 gambar nak cuci (mcm aku ler tuh), so, harap banyak2kan bersabar, follow je arahan dan pembayaran boleh dibuat secara terus menggunakan kredit kad atau MB2U. mudah kan.. selamat mencuci gambar secara mudah dan murah, semuanya hanya dihujung jari anda sahaja..
**(p/s: ngah, aku tau ko dah bertahun tak cuci gambar, ape lagi tunggu, cuci sekarang)

Anakku Ceria Give-Away Contest

***STICKYMODE ENTRY***

Jom ramai2 join contest ni..
Contest ni dianjurkan oleh iza


Kalau nak tau syarat-syaratnya boleh klik di banner kat side bar
ataupun sila klik SINI


Contest bermula dari 22 Okt 2009 sehingga 22 Nov 2009

Gambar terbaru Fina yang paling ceria untuk dipertaruhkan :
ANAKKU CERIA SENYUMAN MENAWAN ( tanpa gigi, hi2)
hadiahnya pula memang sangat2 menarik hati :
1 Vantage Cookware 3.0 L
yang ditaja oleh

Apa tunggu lagi, join la sekarang dan snap gambar anak anda yang paling ceria..

09 November 2009

Baby in romper contest

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'[hanya tajuk ini yang diterima]
~dah buat
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew[overall tak masuk senarai tau!]
~kat bawah
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
~ fina lahir 1.1.2009 (10 bulan sekarang)
4. bermula dari harini hingga 24 nov[sempena birthday adeeb lewww]
~ ok
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper[tiada unsur paksaan]
~ dah lama follow
6. pastikan ada link me & kodai me sekali[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
~ okey
7. juga di bloglist anda[wajip]
~ done
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified[nasib kome la yer...]
~ sudah
9. no votes, no slogan[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
~ i like
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja[senang saya nak jengah nanti]
~ will do
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..[jangan luperrrr...]
~ tongah buek..



FINA DENGAN ROMPERNYA..FINA ADE 2 ROMPER JER, WARNA BIRU & OREN..

***PESANAN PESERTA : MAKNGAH..BAGI LA FINA MONANG MAKNGAH OIII...INGAT SONANG2 KO FINA BLAJAR ANGKAT SEBELAH KAKI , GOYANG2 TANGAN PAKAI ROMPER TUH.HA2..

Hobin Jang Hobin

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x
Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x
Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x
Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x
Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....
N3 untuk baba fina..terima kasih kerana paksa rela menyokong team N9, kan mama dah cakap, tak nyesal abg sokong N9..confirm menang.ha2...kene ugut dulu baru nak sokong. lagipun dah 62 tahun dalam sejarah N9 tunggu dapat Piala Malaysia. kira berbaloi2 la tu kan. lirik lagu ni ditujukan khas untuk baba fina..ditanyoeh apo ko bondo maksud hobin tuh..ontah, tak ghoti nak jawab eh....layannnnn yo la lirik lagu nih, kot nak tau melodi eh, bukak kek Utube tu yo...(kace tukar gomo, tapi dhok mene mlm tuh, hi2..)

10 bulan 9 hari

Update perkembangan terkini fina -10 bulan 9 hari.

  • Kuat memanjat dan berdiri sebelah tangan.

  • Dah minat nak makan bubur, tak boleh tengok org makan apepun, dia nak jugak.

  • Suka menjerit kuat2.

  • Dah kenal orang2 yang rapat dengannya.

  • Mengamuk bila nak tidur.

  • Suka bila dibawa keluar berjalan.

  • Suka tengok iklan. Layan mickey mouse & friends..

  • Suka main angkat2 tepi tikar getah pastu jilat..(geram sungguh tgk aksi ni, habuk tu kan, buat batuk jer)

  • Dah faham bila aku marah dia..terus cembeng nak nangis.

  • Susah nak pakai baju fina lps mandi sekarang. lasak.

  • Pandai bergurau..bila nak cium pipi dia, dia pulak sibuk2 nak makan pipi aku..

  • Selalu bangun awal2 pagi, paling lewat pkl 7 pagi setiap hari, kalau tidur awal, pkl 4 pagi dah bangun main2, pastu tidur balik pkl 5 lebih.

  • Leka bila dapat permainan baru..slalu yg dia minat main kat rumah, plug tepi dinding, baldi, besen, botol minyak masak, , iron (yg sejuk ler), panjat atas meja study baba, hanger, pendek citer barang2 rumah yg dianggap sebagai permainan. bukan tak de mainan, cuma dia dah muak dgn mainan dia tu agaknya.

  • Menangis atas sebab2 tertentu - nak tidur, lapar, nak dukung, kene tinggal sorang, jatuh, berhenti buai dia time dia belum nyenyak tidur..

  • Fina akan temankan aku bila aku masak kat dapur. tapi dengan syarat la, bagi dia main bekas2 ke, botol2 dia ke, baru dia senyap.

port kegemaran fina..berdiri tanpa jemu..

02 November 2009

Fina 10 bulan




N3 wajib bila fina tukar bulan ~ perkembangan fina berusia 10 bulan :
  • Masih minum susu mama sahaja.
  • Belum tumbuh gigi lagi..sebatang pun tak de tau..
  • Dah suka makan, tak boleh tengok orang makan, dia nak jugak.
  • Pandai pegang makanan sendiri, minum guna cawan & kunyah2 makanan.
  • Lasak sungguh, panjat sana sini, kemas2 rumah tu.
  • Cakap 'ba-ba', 'tha-tha', 'a-thah'.
  • Dah pass lesen merangkak. (merangkak dengan pantas bila ade org kejar blkang)
  • Tengah blajar berdiri.
  • Blajar memahami bila berinterakasi dan berkomunikasi.
  • Pandai tepuk tangan. (tepuk pengakap pun tau, ha2)
  • Kuat berpeluh.
  • Menangis bila tinggal sorang2.
  • Rambut semakin bertambah kerinting.
  • Duduk ikut suka nak parking kat mana.
  • Suka tengok iklan & kartun.
  • Tetap maintain badan - berisi & padat.

29 October 2009

Dimana ada kemahuan, pasti ada jalannya..


Semalam aku telah berjaya menghabiskan Kursus Cyber Save & Search Engine.Apokobondo eh tuh, biar aku je la yg tahu. mlas nak komen la pasal kursus ni. sekadar menghadirkan diri untuk memenuhkan syarat Buku Log Latihan 7 hari berkursus setahun. (ala-ala terpaksa kan) baki kursus aku tinggal 1/2 jam lagi. so, lepas ni kene pi dgr ceramah/tazkirah lagi sekali, kira penuh la syarat 7 hari tuh.

Dtg je terus pi cari port sesuai dengan ita. nasib baik kat Auditorium JPM tu ade plug kat tempat duduk hujung, bahagian belakang skali. so, sambil2 dengar ceramah, sambil2 mengepam. ikut time ler, pkl 10.30 pagi, 1.45 ptg dengan pkl 4 ptg. wah2..berdisiplin sungguh mengepam. nak pegi ke surau, kene pi blok sebelah, tak de surau kat Audi tuh. lagipun, senang nak keluar masuk pi tandas ke, pi lunch ke, betul2 dekat dengan pintu keluar dewan. apepun, bagi ibu2 yg BF yang penting di mana ade kemahuan di situ ade jalan. tak kisah la orang nak cakap ape pun, hakikatnya diri sendiri yang lebih mengetahui dan memahami.

Balik, pekena mee rebus kat depan UNITEN dengan abg. seronok sungguh, dah lama tak pi minum petang bersama2. abg, makan bihun sup dengan teh tarik. sampai rumah lebih kurang pkl 6 lebih, terus ambil fina. malam, abg masak nasi goreng kampung. stok sayur dah habis kat rumah, baru aku perasan, semalam abg belikan lobak putih dengan sawi putih. apekah maksud tersiratnya...sendiri faham la kan..

mama&baba : ape saja demi besarkan fina..

27 October 2009

dah OK

Aku telah pulih sepenuhnya dari rasa tak sihat. Minggu ni rasa fresh je nak pegi keje. tapi bangun pagi still liat lagi la, kunci jam pkl 5.45 pagi, postpone sampai pkl 6.30 pagi. nasib sempat je siap2. pkl 7 hantar fina ke rumah kaklong. 7.15 pagi pegi keje. tu la rutin harian.


Esok ade kursus 'cyber save' kat JPM. sebenarnya nak cukupkan 7 hari kursus tu. biasela hujung2 tahun. mengangkut ler beg pam tu esk. kalau kat ofis lama, senang la sikit nak beroperasi. selamba je aku pam kat surau tu. ni kat Auditorium JPM.ntah mana la port pam aku esk. sejak kebelakangan ni, stok frozen EBM makin mengurang. mana taknye, hari2 ambik frozen EBM untuk top up bekalan fina 5 botol sehari. kalau dapat buat stok pun, bila pam sabtu ahad. faham2 la bila time cuti, memang penyakit 'M---S' menyerang. bila stok dah kurang, baru tau risau. sebenarnya hati aku ni berbelah bagi nak teruskan BF fina sampai umur 2 tahun ataupun nak stop sampai umur dia setahun. memang la seelok-eloknya BF sehingga umur 2 tahun, tapi tak tau la lagi. aku tak buat keputusan lagi. insyaallah, lagi 2 bulan genap fina setahun, tercapai target fasa kedua BF fina. tak sampai hati rasanya nak bagi fina minum susu formula. ye la, bukan senang nak teruskan BF sampai ke tahap ini..ntah la..tunggu je macamana nanti.

Purata sehari pam sekarang 12-14 auns sehari. dapat la dalam 4 botol bekal fina utk keesokan harinya.Stok EBM fina sekarang tinggal 26 pcs liner. kalau nak dibandingkan dengan zaman2 susu meriah dulu, memang ade sedikit sedih la dalam hati ni sebab stok semakin berkurangan. tapi aku yakin, selagi ada usaha dan kemampuan, pasti ade rezeki untuk fina. yang penting aku tidak cepat berputus asa. sungguh, perjalanan BF bagi seorang ibu bukan begitu mudah dan tidaklah terlalu susah..

4 fresh, 1 frozen- bekal EBM fina setiap hari.

Stok frozen EBM Okt 2009 - tinggal 26 pcs liners.

23 October 2009

Cepatlah time rehat..


Rasa tak sihat hari ini..Kenapa ek..Malam tadi bgn pkl 2 lebih. itupun sebab fina terjaga dan main2. pkl 3 lbh baru fina tidur. biase la, bila anak tak tidur, mama pun sama la. tak blh nak tidur nyenyak. tekak terasa haus, tapi nak bgn tinggalkan fina, takut dia terjatuh katil lak. nak dukung dia pi dapur, alahai, tak terlarat rasanya. terasa sejuk sangat2 1 badan. aku selimut berlapis2 mlm tadi. selimut tebal pun aku guna. bgn pagi baru rasa bdn berpeluh sikit. tapi satu badan sakit2 pulak. nak tak nak, kuatkan hati dan semangat pegi keje. lagipun last day dah. esok dah cuti. so, drive slow dan sampai ofis. kesejukan tu memang terasa lagi. pakai la stokin dgn baju sejuk duk dlm ofis nih..ala2 org dalam pantang pulak. target hari ini, nak tidur time rehat kang..hopefully, badan rasa ok sikit..

demam apekah ini..deman berjauhan dengan abg kot..ha2..tak biase la katakan. abg ke langkawi 3 hari..macam la lama sgt. ade orang berjauhan berbulan2, ok jer..tapi itu orang lain, aku pulak memang tak biasa bila abg tak de disisi..nasib baik fina ade, teman penghibur hati..

21 October 2009

Jamuan Kelab Kitty

Dari kiri, naimi, az, ita, k.nori, kak noor, ecah, en.norazmi, khalil, hadi, bukhari (duk mkn satey)


duduk dari kiri - az, ita, k.nori, en. norazmi, khalil, hadi, lings
berdiri - pojie, naimi, rizan, bukhari



Orang yg sama tapi Bukhari tak de (kene tangkap gambar)


Zaity, az, ita, k.nori

Minggu lepas 16/10/09, Kelab Bahagian menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya, Sambut Besday combine dengan Majlis Perpisahan Pegawai yg berpindah. Start tengahari. Sebagai S/U Kelab, ini adalah tugas terakhir aku sebab AJK lama dah dibubarkan. Lagipun pengerusi Kelab pun dah berpindah (senang hati tak duduk HQ lagi yo). Ok gak, bolehlah lantik muka2 baru untuk jadi AJK. Menu kali ini - Sate, Soto, Rojak Mamak, Lemang, Rendang, Kuih tepung pelita, kuih cara berlauk, buah-buahan, kek besday Secret Recipies. Kenyang sampai ke malam perut ni..banyak tak banyak aku makan..ha2..Jamuan Raya ni fully katering. Senang gak, tak yah susah2 nak kemas.lagipun tak leh nak buat kat Bahagian sendiri. kene guna Bilik Jamuan Aras 11 tuh. Biasela, bangunan baru. Kene patuh arahan je la. Habis dah citer bab2 jamuan raya tahun nih..

20 October 2009

Fina lagi dan lagi..


Fina dah semakin rajin merangkak. Memang tak reti duduk diam. Ade je benda dia nak buat. Kira aktif ler walaupun badan 'montel'. Sejak seminggu lebih ni, fina tengah blajar nak berdiri pula. Siap lepas sebelah tangan tu. Macam dah terror sangat. Dan orang yang paling sibuk duk jaga fina dari jatuh, baba fina ler. nak makan pun tak senang, fina duk panjat kerusi meja makan tu pulak. tak pe la baba, fina tu tengah nak blajar. jatuh sikit2 tu biasa la, biar dia berdikari sikit. asyik cakap anak tu kecik lagi..dah nak masuk 10 bln fina tu tau, bukannya 10 hari. anak kesayangan la katakan.

Bekal susu fina sekarang sehari 5 botol, 4 fresh EBM dan 1 stok frozen EBM. Purata 4-3 oz 1 botol. Malam pula, fina direct BF 3-4 kali 1 malam. Pagi last direct BF sebelum aku pegi keje, dekat2 pkl 7 pagi. Memang dah jadi rutin harian aku sejak hbs pantang sampailah sekarang, pagi2 sebelum keje bagi perut fina kenyang2 dulu baru hantar ke rumah kaklong. Dari segi makan, fina ni tak suka makan makanan bayi. Tapi kalau tengok orang makan, terkulat2 dia nak makan. Sekarang ni kalau kat rumah, aku suap gak dia nasi, lecek2 la dulu. tak de la bagi sampai kenyang. cukup la dia rasa2. Nestum yg aku bekalkan kat kaklong tu, tak habis2 lagi. 1 tin kecil tahan 2 bulan baru habis. biskut baby tu pun dia susah nak makan. pernah aku buat bubur nasi sebagai bekal fina, fina tak suka makan. habis dia muntahkan balik. risau gak takut2 fina lapar ke. ye la, susah sangat nak makan. tapi bila fikir2 balik, malam dia tidur ok, kencing dengan popo pun ok, so tak yah risau la. mungkin fina kenyang dengan susu je kot.

Fina tengah layan mainan.


Bab menangis pulak, memang fina juara nangis..ha2..tak boleh la jatuh sikit. meraung gajah. manja la sangat. Kalau kita tak nampak dia jatuh, dia ok je. kalau kita tegur, confirm dia nangis. Memang baby gitu kot. kalau orang tak nampak, boleh pulak diaorang tu tahan. kot dah tegur, nangis ler jawabnya. Perkembangan bayi yg natural agaknya. Bab kene tinggal sorang tu, memang dari dulu tak boleh. nak je ade orang teman dia. kalau tak, merengek ler. tu kadang2 kalau aku nak masak ke, bawak je dia kat dapur tu. yang penting dia nampak mama dia depan mata. baru la tak merengek.


Bila fikir2 balik, rasa terharu bila tengok anak sendiri membesar depan mata. Proses tumbesaran berlalu dengan cepat, dari hanya melentang, ke mengiring, meniarap, blajar duduk, berdiri dan seterusnya berjalan berlaku secara semulajadi. Kadang2 rasa rindu pada hari2 yang berlalu, teringat masa fina baru lahir. Memang 'masa lalu' tidak dapat diulang kembali.- MASA LALU- menjadi kenangan terindah dan pasti akan terus berlalu pergi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails