MaxisBroadband



Pakej Maxis Wireless Broadband menjadi pilihan aku & baba setelah beberapa kali kami survey servis2 internet yg banyak ditawarkan pada masa sekarang. Semalam kami ke PKNS, Bangi, ada promosi untuk org Gomen dengan bayaran RM100 untuk pendaftaran dan bayaran sebanyak RM48 bagi bil 3 bulan berikutnya ditolak rm30 dari bayaran pendaftaran. Kiranya, kami hanya membayar RM10 sahaja untuk pendaftaran Maxis Broadband ni. Cukup2 berbaloi. So, isi borang dan beri fotostat IC & lesen, dah boleh surf internet selepas 2 jam pendaftaran. Cuma masukkan USB drive dan download maxis broadband. Coverage pula, bergantung kepada line telefon Maxis, maksudnya kalau line fon ok, tak de masalah coverage internet di mana2 kawasan. Mudah bukan, sekurang2 nya ada juga aktiviti aku di rumah selain menjalankan keje2 rumah, boleh juga melayari internet bila free. (macam tak cukup2 surf kat ofis). Sesi percubaan selama 7 hari, kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis yang diberikan, pelanggan boleh stop servis dan bayaran pendaftaran akan dipulangkan semula.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..