Posts

Showing posts from February, 2014

Persediaan 3rd Baby

Cuti hujung minggu lepas saya dah cuci baju-baju 3rd baby. Keluar untuk shopping barang-barang keperluan  baby. Cuma yang belum ada ialah pampers baby. Itu nak tunggu seminggu dua lagi baru beli. Selainnya list yang perlu disediakan ialah : Barangan baby Rasanya barangan untuk baby dah hampir lengkap semua.  Lampin pakai buang newborn. Ini kena beli untuk buat stok. Beli satu jer, kemudian stok yang lain kena beli saiz s. Sebab mengikut pengalaman saya, anak-anak saya ini membesar di luar dengan cepat. Kalau lahir 2kg lebih jer, bila dah sebulan dua akan naik berkilo-kilo. Jadi beli saiz besar sikit agar tidak membazir. Barangan mama Mandian herba TYT Pati halia untuk sapu kat perut time guna bengkung. Stok biskut, minuman dan makanan yang boleh dimakan masa berpantang. Manjakani - untuk direbus bersama daun sirih dan buat basuhan untuk bagi luka epi cepat sembuh. Selainnya dah lengkap dah, cuma nak sediakan beg untuk ke hospital dan letak dalam kereta untuk standby

Cameron Highlands

Image
Percutian terakhir keluarga sebelum mama F&F melahirkan 3rd baby. Nasib baik perancangan ngam-ngam sahaja sebelum due date. Kalau tak, tak laratlah nak cuti-cuti Malaysia. Saya mohon rumah RPP di Cameron Highlands setahun yang lalu. Kemudahan dan bilik amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. RM25 sahaja semalaman. Bilik besar dan selesa. Selebihnya tak duduk sangat dalam bilik sebab pergi bercuti tentunya keluar berjalan-jalan. Tapi sendiri ingatlah, memang kena booking awal berebut-rebut sebab berjuta yang mohon. Ini kali pertama saya dan abang pergi ke Cameron.Jauh juga rasanya. Pergi kami ikut jalan Tapah, balik pula lalu ke Simpang Pulai. Perjalanan pergi, jalan memang bengkang bengkok. Pening lah juga rasa. Orang kata, dah tak banyak kereta lalu jalan ini sebab jalan baru di Simpang Pulai tu lagi elok. Tapi tak apalah, bila lagi nak lalu jalan ini. Jadi abang plan, pergi lalu jalan Tapah, balik baru lalu Simpang Pulai. Dalam perjalanan pergi, ternampak air terjun di t

Kek Gula Hangus

Image
Kek Gula Hangus Mama F&F baru siap dikukus. Tekak tiba-tiba teringin sangat nak makan kek gula hangus. Google resepi, balik rumah, godek2 apa yang patut jadilah kek gula hangus -1st time buat. Dah berbulan buat, baru sempat sharing n3. Hasilnya tidaklah mengecewakan kalau kita buat ikut resepi yang diberi. Cuma yang kecewa nya suami dan anak-anak tidak minat dengan kek gula hangus ini. Mungkin rasanya yang agak padat, ataupun sebenarnya family saya tu dah tak larat nak telan kek yang dibuat oleh saya. Ha2..tau dah. Better buat cekodok ke, jemput-jemput ke, laju jer diaorang habiskan. Dah boleh potong-potong untuk makan! I ni kek terakhir dihasilkan time sarat-sarat mengandung 3rd baby. Haritu ada buat apam mekar, yang tu kalau buat kat rumah memang laku sebab anak-anak suka makan. Sekarang mood nak masak pun ke laut dah. Masak yang simple-simple jer untuk makan malam. Kalau tak larat sangat, mintak cuti ihsan masak daripada baba F&F.

34 minggu

Image
Rasa macam baru 4 minggu mengandung, rupa-rupanya dah masuk tahap ketiga timester terakhir kehamilan 3rd baby. Sorry dear 3rd baby, mama tak banyak cerita pasal 3rd baby dalam blog. Kurang masa dan banyak pula masalah teknikal bila nak update blog. Alhamdulillah, kandungan 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cumanya, sekarang dah kerap sakit-sakit badan. Terutama masa nak tidur. Waktu siang kalau tengah kerja, tak terasa sakit sangat. Tapi bila dah baring, nak pusing mengiring badan memang rasa sakit di bahagian punggung dan kaki. Adakah disebabkan peredaran usia saya? ha2..dah semakin tua agaknya. So, kurang stamina dan mungkin disebabkan baby yang semakin membesar dalam perut.   34 minggu Tak tahu kenapa, naluri saya kali ini mengatakan bahawa 3rd baby akan lahir awal dari tempoh due date nya. Due date 3rd baby pada 2 April 2014. Rasanya macam bulan 3 sahaja. Wallahualam..Dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat saya. Mudahan saya selamat melahirkan 3rd baby d