34 minggu

Rasa macam baru 4 minggu mengandung, rupa-rupanya dah masuk tahap ketiga timester terakhir kehamilan 3rd baby. Sorry dear 3rd baby, mama tak banyak cerita pasal 3rd baby dalam blog. Kurang masa dan banyak pula masalah teknikal bila nak update blog.

Alhamdulillah, kandungan 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cumanya, sekarang dah kerap sakit-sakit badan. Terutama masa nak tidur. Waktu siang kalau tengah kerja, tak terasa sakit sangat. Tapi bila dah baring, nak pusing mengiring badan memang rasa sakit di bahagian punggung dan kaki. Adakah disebabkan peredaran usia saya? ha2..dah semakin tua agaknya. So, kurang stamina dan mungkin disebabkan baby yang semakin membesar dalam perut.
 
34 minggu
Tak tahu kenapa, naluri saya kali ini mengatakan bahawa 3rd baby akan lahir awal dari tempoh due date nya. Due date 3rd baby pada 2 April 2014. Rasanya macam bulan 3 sahaja. Wallahualam..Dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat saya. Mudahan saya selamat melahirkan 3rd baby dengan harapan dan doa makin mudah bersalin kali ini. Tapi pengalaman bersalin anak semua tidak sama. Mustahil boleh lari dari kesakitan. Ada ke orang bersalin tak rasa sakit...Ya Allah, permudahkan urusan ku untuk melahirkan Mujahid kecil-Mu ini. Amin.

Dari segi persediaan, baju-baju baby semua dah dibeli. Shopping sikit-sikit jer, sebab romper/baju Fiqah dulu banyak. Boleh guna semula untuk 3rd baby. Sarung tangan & kaki pun dah ada stok. Barut, kain bedung, set tilam dan bantal dah disiapkan oleh makngah. Cuma barang kelengkapan mandian, ubatan, pampers, losyen dan barangan mama semasa berpantang belum dibeli. Insyaallah akan diusahakan hujung bulan ini. Baju-baju tak sempat cuci lagi. Itupun kena ikut list perkara yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Barulah lega kalau-kalau 3rd baby nak keluar awal ke dunia.

Bab barangan bf, itu dah lama settle. So, dalam pantang boleh buat stok susu dengan aman damai. 

Selebihnya, persediaan dari segi fizikal dan mental. Yang ni tengah bersedia..Bila-bila masa kena standby sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.  Jantina???? Sehingga hari ini 3rd baby bila scan tak nampak pula jantina nya. Tunggu esok lah, ada appoitment di KPMC, kalau-kalau 3rd baby dah mahu tonjolkan rahsia jantinanya kepada mama & baba.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..