Petrosains KLCC
Petrosains adalah salah satu cadangan tempat yang sangat bagus untuk berhujung minggu dengan anak-anak sambil menjelajahi dunia sains dan teknologi. Kali pertama ke Petrosains rasa amat seronok dan menjadi pengalaman yang menakjubkan. Tak rasa bosan langsung dan yang amat penting setiap masa dipenuhi dengan aktiviti yang boleh menambahkan pengetahuan. Fina pun bila balik dia minta kami bawa dia lagi ke Petrosains. Seronok sangat dia dapat pergi ke sana.
Harga tiket adalah berpatutan. Kami beli tiket untuk pakej keluarga- dua dewasa dan dua kanak-kanak berharga RM31.80. Maklumat lanjut boleh tengok di website Petrosains. Memang tak rugi beriadah di sana. Walaupun agak keletihan sebab perjalanan dalam kawasan Petrosains akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam, tapi percayalah semuanya amat berbaloi. Kawasan penerokaan yang luas dan semua tempat diisi dengan sesi pembelajaran dan pameran dunia sains yang memberi manafaat.
Kami berkesempatan melawat ke Petrosains Sabtu lepas. Lagipun dah lama tak pergi KLCC. Last pergi rasanya masa bawa Fina ke Aquaria masa dia kecil. Sampai ke KLCC lebih kurang jam 10.40 pagi. Masih banyak parking kosong dan terus ke aras 4 yang merupakan kawasan Petrosains. Nasib baik masa kami datang belum ramai sangat pelawat yang sedang beratur. Kalau tengok, ramai rombongan tadika, sekolah dan kolej yang datang berkumpulan. Rasanya kalau cuti sekolah, memang panjang barisan beratur yang menunggu untuk masuk ke dalam Petrosains.
Tengah beratur nak naik mesin di Dark Ride. Fittriah dah tidur kat baba dia. |
Awal perjalanan, pengunjung akan dibawa menaiki mesin masa dalam Perjalanan Sekilas Masa. Ingatkan mesin ini ikut jalan lurus jer, rupanya siap berpusing naik atas mendaki tempat tinggi. Semasa menaiki mesin masa kita akan ditayangkan paparan visual kehidupan semulajadi di negara ini. Bagi pelawat yang perlukan kerusi roda dan stroller baby semasa dalam kawasan ini, boleh dapatkan di kaunter masuk selepas turun daripada mesin masa.
Fittriah baru bangun tidur. Senyap jer duduk dalam stroller. |
Kat bahagian dalam Petrosains memang banyak tempat yang kita akan lalui. Kena pergi sendiri baru tau keadaan dalamnya. Ingatkan dekat sahaja, rupanya jenuh juga nak habiskan penjelajahan semua tempat.
Mesin angin - Planet Musytari kalau tak silap. |
Kat area angkasa lepas |
Eh, baba jadi angkasawan lah. |
Dah habis penjelajahan angkasa, kita ke penjelajahan dunia terdahulu. Ada dinasour yang akan menyanyi selamat datang bila kita masuk ke area ini. Kat sini ada pameran tentang dinasour, gunung berapi dan haiwan-haiwan purba.
Fina tengah menulis nama dinasour yang dia pilih. |
Di area ini ada juga sukarelawan yang akan melayan pengunjung. Fina diberi beberapa gambar dinasour dan pilih mana yang dia suka kemudian tulis untuk ditampal di dinding yang ada dihadapan kaunter tersebut.
Allosaurus - Fina ;) |
Kemudian, di area seterusnya ada tempat bermain lego untuk kanak-kanak. Ada juga skrin paparan untuk rama-rama. Bila kita berdiri di tengah skrin, kita boleh buat gambar di skrin ikut pergerakan kita. Tak sempat nak snap gambar sebab rehat dulu bagi Fina, Fiqah dan Fittriah makan roti. Ada disediakan juga mini cafe untuk pengunjung berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
3F tengah main lego besar. Fittriah tengah main dengan akak baru dia. Rambut perang tu..hi2.. |
Lepas anak-anak puas main dalam tempat lego, tempat seterusnya di pelantar minyak. Kami lalu sahaja sebab bercadang keluar dari Petrosains untuk makan tengahari dan solat. Selepas itu akan berjumpa pameran kereta lumba, molekul sains di belah atas, panggung 3D (tak sempat masuk) dan beberapa tempat pameran yang lain. Di depan panggung, Fina main puzzle sekejap.
Bawak kereta lumba. |
Untuk keluar daripada Petrosains, sekali lagi kita akan dibawa merentasi mesin masa. Paparan visual tentang perkembangan zaman moden pula. Sebenarnya tak puas lagi pergi ke sini sebab kalau diikutkan setiap tempat ada tarikan dan ilmu yang tersendiri. Mungkin cadangan Fina untuk minta bawa dia ke sini lagi akan dipertimbangkan. Tapi bukan musim cuti sekolah sebab kalau masa cuti sekolah, ramai sangat pengunjungnya.
Cantiknya tulisan Fina :)
ReplyDeletedekat petrosains boleh keluar solat and makan lepastu masuk semula ke?
ReplyDeletenak bawak rombongan anak yatim ke petrosains ni tapi tak tahu sama ada boleh keluar balik ke tidak
ReplyDeleteSaya pernah sekalk je ke Petrosains tupun waktu kecil dulu...hee :)
ReplyDelete