|
Happy Birthday Fittriah 1 year |
|
Fittriah nak potong kek |
Nampaknya mama belum pulihkan semangat 'rajin' untuk membaking . Kali ini mama ambil pendekatan beli kek di kedai sahaja untuk meraikan Harijadi Fittriah. Sebelum waktu pantas berlalu, kita sambut besday Fittriah dengan keluarga kecil kita. Insyaallah, ada rezeki hujung tahun kita combine terus besday Fittriah dengan akak Fina dan akak Fiqah.
Agak sukar untuk tangkap gambar Fittriah possing elok-elok. Sekejap nak berdiri, sekejap nak tepuk kek, sekejap nak main dengan kakak. Aduhai anak..Ini antara gambar di sambutan Harijadi Fittriah yang pertama pada minggu lepas.
|
Kakak Fina yang potong kek Fittriah. |
|
Ini kek Fittriah lah..kenapa kakak potong! |
|
Fittriah nyanyi lagu happy besday to you...happy besday to you.. |
|
3 puteri di hati mama dan baba |
Alhamdulillah, Fittriah membesar dengan sihat. Dah boleh berjalan setapak dua. Sekarang tengah berselera nak makan. Nak tinggalkan di taska pun rasa senang hati sebab dia dah tak kuat menangis jika dibandingkan waktu kecil dulu-dulu.
Berkata mengenai rezeki, bila kita berkongsi rezeki dengan orang lain, pada masa yang sama Allah berikan rezeki kepada keluarga kita dalam bentuk yang pelbagai. Diberikan kesihatan, kebahagiaan, kecukupan, keberkatan, itu juga adalah rezeki daripada Allah. Kadang kala, bila kita rasa kesempitan hidup, Allah tunjukkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. Tapi dengan satu syarat, mengingati-Nya walau dalam apa jua keadaan. Saya masih belajar untuk 'memberi' dengan rasa keikhlasan kerana tidak semua kita boleh lakukan dengan niat yang tulus tanpa mengharapkan penghargaan manusia. Fina, Fiqah & Fittriah, jangan sesekali menghalalkan apa yang salah. Ingatilah pesanan mama hingga semua dewasa kelak ;)
Comments
Post a Comment