Abah bertemu Maha Pencipta
Tahun 2012 di catatan lama, saya mengabadikan cerita tentang abah yang diuji Allah dengan sakit. Alhamdulillah, abah kembali sihat sedikit demi sedikit, daripada tidak boleh berjalan, abah mampu berjalan dibantu dengan tongkat kiri dan kanan. Selepas itu, makin pulih dan menggunakan tongkat satu. Lama-kelamaan abah boleh berjalan sendiri tanpa sokongan sebarang tongkat pun. 3 tahun berlalu abah menunjukkan perkembangan yang positif dari segi kesihatan fizikalnya.
Namun, sekali lagi Allah menguji hamba-Nya, penghujung Mac 2015 abah tidak sihat dan dihantar ke Hospital Melaka. 10 hari abah tidak sedarkan diri. Kali ini, sangat sedikit perubahan dan tanda-tanda positif abah akan sihat. Ramai sanak saudara yang sempat menziarahi abah di Hospital waktu abah koma. Saya dan keluarga menziarahi abah di Hospital Putra Melaka 2 minggu lepas. Mata abah hanya terpejam rapat...Badan dan mulutnya dipasang beberapa wayar dan penafasannya dibantu dengan mesin. Hari-hari berlalu dan kami dimaklumkan abah boleh dibawa balik ke rumah kerana pihak hospital tidak dapat buat apa-apa rawatan lagi. Abah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah pada petang 7 April 2015. Sesungguhnya dari Dia kita datang, dan kepada Dialah kita akan dikembalikan.
Kami sampai di kampung sewaktu jenazah arwah sedang disolatkan di Masjid. Saya terus meluru masuk ke perkarangan dalam masjid. Air mata mengalir, melihat jenazah yang baru selesai disolatkan dan terus diusung ke kawasan perkuburan untuk disemadikan. Saya hanya mampu sedekahkan beberapa bacaan Al-Fatihah yang terkumat kamit di bibir ketika itu. Kemudian turun ke kawasan perkuburan yang terletak di sebelah masjid untuk pengebumian jenazah. Desiran angin terasa, bagai mengiringi kesedihan ahli keluarga yang telah ditinggalkan. Talkin dibaca ....
.............
Wahai saudaraku tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai saudaraku, bahawasanya mati ini adalah
benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi
Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Sebahagian daripada penghujung bacaan talkin pada malam itu. Menyaksikan sendiri bagaimana jenazah abah ditanam ke liang lahad memberikan satu keinsafan dalam diri. Suatu hari nanti, tempat kita semua di situ jua - alam barzakh. Meninggalkan orang tersayang serta harta dunia, cuma berbekalkan kain putih dan juga amalan kebajikan di waktu hidup. Mudahan Allah merahmati arwah abah. Bersemadilah dengan tenang dan mudahan doa-doa yang kami sedekahkan pada abah diterima oleh Allah. Selamat tinggal abah, abah telah pergi selama-lamanya seperti arwah mak yang telah meninggalkan kami adik beradik. Kami sayangkan abah kerana Allah. Terlalu berat dugaan merasai kehilangan orang tersayang, tapi itulah hakikat yang perlu diterima dengan redha. Sesungguhnya Allah berkuasa atas apa yang Dia tentukan. Abah tinggalkan kami dengan banyak kenangan manis. Itu sudah cukup mengubati rindu kami terhadap abah di hayat ini.
Al-Fatihah..Arwah abah ~Basiron.
7 April 2015, Selasa
Gambar Raya Haji tahun lepas, beraya adik beradik bersama arwah abah dan mak tua di kampung. |
Innalillahi'wainnalillahirojiunn
ReplyDeleteSalam takziah, semoga Arwah ditempatkan dikalangan kesayanganNYA. Aaminnn.