20 April 2015

Fittriah 1 tahun

Fittriah dah melepasi usia setahun.

Gigi dah tumbuh 7 batang. 2 bawah dan 5 belah atas.
Sangat manja. Tak boleh saya jauh daripada dia, asal nampak saya depan mata dia boleh main-main sendiri.

Baru belajar berjalan setapak-dua tapak-tiga tapak. Lepas tu jatuh.
Kalau tengok akak Fina & akak Fiqah masuk bilik air mandi, dia pun masuk join sekali.

Pandai panggil, mama...baba..nene (nak bf).
Pandai main-main dengan akak Fina dan akak Fiqah.
Menangis dan merajuk bila tak dapat apa dia nak. Contoh, akak Fiqah ambil mainan dia. Dia menangis sebab dibuli. hi2.
Kuat makan. Sekarang time makan malam dia nak makan sendiri. Tapi bukan kenyang masuk mulut, banyak yang bersepah.
Suka makan buah-buahan.

Kuat tidur. Siang tidur lama bila penat bermain. Malamnya lebih kurang jam 9.30 malam waktu Fittriah masuk bilik tidur.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails