Percutian keluarga kali ini kami memanjat ke Bukit Fraser sempena meraikan besday baba dan Fittriah. Lama dah saya booking Rumah Peranginan Persekutuan untuk menginap di sana. Abang dan saya tak pernah sampai lagi ke Bukit Fraser, jadi ini kali pertama kami berkunjung ke tempat peranginan ini. Perjalanan dimulakan agak lewat sebab Fina ada Kem Solat pada Sabtu pagi hingga tengahari minggu lepas.
Kami memilih laluan dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor untuk naik ke Bukit Fraser. Sekitar jam 6 petang baru sampai ke Bukit Fraser. Terus ke Rumah Peranginan Persekutuan untuk berehat. Perjalanan melalui jalan berbengkok-bengkok serta sempit. Kami bungkus makanan terus sebab dari pembacaan saya dari blogger lain, kat sana tak banyak tempat makan.
Di RPP disediakan Lot Banglo ikut jenis. Yang saya tempah ini jenis bilik besar. Kiranya dalam satu banglo kita share dengan penghuni lain, Di bahagian bawah disediakan ruang tamu besar dan ruang makan, Kami punya bilik di belah atas. Selesa dan sejuk biliknya. Tak payah pasang aircond. Selainnya, kemudahan asas seperti peti sejuk, cerek, dan televisyen.
|
Ruang dalam - Bilik Besar |
|
Depan banglo RPP |
Paginya kami check-out terus untuk meninjau sekitar Pusat Bandar Bukit Fraser. Tempat wajib bagi pelancong di sini ialah bergambar di menara jam. Selainnya hanya meninjau sekitar bangunan ala inggeris yang berada di kawasan berpusat tersebut. Pada pandangan saya, Bukit Fraser sesuai dijadikan tempat merehatkan diri, mencari ketenangan daripada kesibukan kota. Tapi rasanya tidak sesuai dengan jiwa saya sebab tak banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama anak-anak kecil. Tempat shopping pun tak ada. Tak kenal maka tak cinta kan. Jadi apa yang penting,menghargai kualiti masa yang dapat dikongsi dengan anak-anak pada cuti hujung minggu.
|
Mercu tanda Bukit Fraser |
|
Fina & Fiqah |
|
Belakang tembok |
|
Gambar yang paling saya suka ;) Macam kat oversea.. |
|
Comments
Post a Comment