Posts

Showing posts with the label Diari Mama

Hari Ibu

Image
Selamat Hari Ibu. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu. Hidup akan sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Betapa banyak jasa dan pengorbanan ibu dari kita kecil hingga dewasa. Beruntunglah kawan-kawan yang masih mempunyai ibu kerana berpeluang mencurahkan kasih sayang di dunia ini. Dalam satu perkongsian ilmu yang saya pernah dengar, Allah memberi sifat lupa terhadap manusia. Contohnya ketika kita kehilangan orang yang dikasihi, rasa kesedihan di hari kejadian adalah tidak sama dengan rasa sedih yang dihadapi pada sebulan selepasnya. Hari berganti bulan, berganti tahun dan akhirnya rasa sedih itu akan hilang sedikit demi sedikit. Begitulah insan, Allah beri kekuatan untuk 'melupakan' sesuatu dengan cara-Nya yang tersendiri. Arwah mak pergi meninggalkan saya ketika saya berusia 12 tahun. Masa itu adik saya berusia 8 bulan. Mak baru berusia 38 tahun ketika meninggalkan kami semua. Telah hampir 22 tahun berlalu, dan dengan wujudnya rasa lupa itu menjadikan saya tabah menerusk...

Annivesary ke 8

Image
Alhamdulillah....10 Mac 2015 genap 8 tahun usia pernikahan kami. Syukur Allah berikan saya jodoh dengan insan bergelar suami saya iaitu Azhar bin Haji Wi. Di usia 8 tahun perkahwinan ini dikurniakan 3 orang puteri penyeri rumah tangga kami. Nur Azwa Safrina Nur Irdhina Syafiqah Nur Anisah Fittriah Lumrah alam rumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit. Saya masih memperbaiki kekurangan diri, belajar saling lengkap melengkapi, saling bertolak ansur, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Moga Allah memberkati kami sekeluarga dan agar kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhirat.  Amin.

Saya suka

Image
Tajuk macam Mei Mei dalam siri kartun Upin dan Ipin.. Saya suka..saya suka..Sukalah mama F&F dapat pergi ke Maternity & Children Expo di Mid Valley Ahad lepas. Walaupun tau mesti ramai yang akan berkunjung, tapi saya tak mau lepaskan peluang yang ada. Lagipun kali terakhir datang ke sini masa Fiqah dalam perut, kali ini mestilah datang untuk turn adik Fiqah pula dalam perut.   Saya duk mencari barang-barang untuk persediaan BF 3rd baby. Walaupun barang besar seperti pam susu, cooler beg dan botol-botol susu dah ada dan masih boleh digunakan, tetapi kalau dah minat memang wajiblah terjah juga ke sana. Beli apa yang patut dan perlu sebagai tambahan, dan sudah tentunya dengan harga yang berpatutan serta menjimatkan. Saya suka lagi .    Baba dan Fiqah ditugaskan untuk menunggu mama dan Fina masuk ke dewan pameran. Bukan apa, takutnya kepenatan pula kalau diorang tu ikut saya. Jadi tugasan yang mudah diserahkan kepada baba, untuk jaga Fi...

A'Famosa Resort

Image
Minggu lepas kami ke A'Famosa Resort untuk Family Day ofis baba F&F. Tak ada acara rasmi, cuma malamnya ada dinner bersama staff PPA yang lain dan keesokan harinya ke A'Famosa Waterworld bersama keluarga masing-masing. Fina lah orang yang paling seronok. Dia cakap 'kami main taman kolam'. Maksudnya, ada taman permainan atas kolam. Awal pagi kami ke sini, lepas keluar dari apartment, sarapan dulu dan terus ke waterworld. Jadi parking masih banyak di awal pagi. Waterworld buka jam 9 pagi. Masa Fina mandi, tak ramai lagi pengunjung. Bila dah masuk tengahari, penuh dah orang. Layan jelah anak dara ni sibuk main air. Cik Fiqah mandi sikit-sikit jer. Bila dia ngantuk, terus dia tidur. Tak ada respond lagi bila bawa dia berendam dalam air. Nak melekat dengan mama dia sahaja.   Acara yang paling mama suka...naik pelampung beramai-ramai. hi2..Merentasi air keliling waterworld. Ini lepas habis main kat pantai berirama. Baba buat p...

Kenduri veteran

Berlalu sudah musim cuti sekolah. Musim jemputan kenduri kahwin sana sini. Semalam saya ke Kampung Dato’ Harun. Mulanya balik ke kampung saya di n9 hari Jumaat. Abang kena kerja minggu ini. Jadi Sabtu petang dia terus ke PPA, Jelebu. Cadangnya hari Ahad ayah tolong hantarkan saya balik ke Semenyih. Tapi tak jadi, abang datang jemput Ahad pagi.   Kawan-kawannya di PPA tak jadi berkonvoi. Cari punya cari, dekat jam 2.30 petang baru sampai ke rumah kenduri. Lepas salam tuan rumah, terus kami bersantap. Perut tengah lapar, dua kali menambah. Saya tanya juga pada abang, mana kawan abang? Tak nampak dari tadi. Dia kata, mungkin dalam rumah. Saya pun spontan kata, pengantin buat outdoor photoshoot kot. Kebetulan si Fiqah terberry, jadi saya tumpang guna bilik air. Tengah pakaikan drypers Fiqah, saya tanya dengan budak-budak yang sedang usik-usik Fiqah. Mana pengantin dik? Budak tu selamba je cakap, ‘nenek tu lah pengantin’…..Terus saya keluar, tengok nombor rumah. Betullah no. 11....

Rutin

Image
Dah hampir 2 bulan baba F&F bertugas di tempat baru. Sejak di PPA, Jelebu , dalam 2 minggu sekali saya akan ditinggalkan bersama anak-anak. Mmmm..mulalah jadual pagi-pagi kucar kalau tiada abang. Kalau tak, saya hanya masuk kereta, terus hantar Fiqah dan menuju ofis. Selebihnya, abang yang tolong keluarkan kereta, masukkan barang, kunci semua pintu dan pintu pagar. Peranan yang kecil sahaja kan, tetapi sebenarnya banyak membantu meringankan tugas saya setiap pagi. Begitulah hidup suami isteri. Saling lengkap melengkapi. Beberapa minggu yang saya lalui selepas naik bekerja semula sudah semakin teratur jadualnya. Saya kembali terbiasa dengan rutin harian. Keluar dari rumah seawal jam 6.40 pagi, hantarkan Fiqah ke taska dan seterusnya hantar Fina di taska ofis. Kalau sampai awal, saya mandikan Fina dahulu di Taska. Jalan agak sesak di waktu pagi, tetapi tidaklah terlalu teruk. Dalam pukul 7.30 pagi paling awal boleh sampai di Putrajaya. Taklah semput nak menge...

Rainbow cake

Image
Gigih menyediakan rainbow cake Selasa malam. Dah lama nak cuba buat rainbow cake sendiri, cuma tunggu seru mood rajin datang. Baru boleh jadi berlapis-lapis warna rainbow cake ini. Saya buat ikut resepi vanilla butter cake yang selalu saya buat, cuma tambahkan warna berlainan dan timbang adunan untuk dibahagi sama rata sebelum dibakar. Percubaan lapisan pertama gagal. Time bakar ok, tapi bila nak keluarkan dari loyang, kek pecah pula. Kena keluarkan perlahan-lahan atau tunggu sejuk dahulu dalam loyang, baru boleh keluarkan. Lapisan pertama warna ungu. Tinggal separuh sebab dah masuk perut dulu, baru nak snap gambar. Ini semua lapisan yang telah siap dilapiskan dengan buttercream. Adunan warna ungu, bakar lain. Jadi 5 warna sahaja yang dapat. Kek akan tinggi bila guna acuan loyang yang kecil. Kek ini agak lama disediakan kerana proses membakar satu lapisan dan loyang pun ada satu sahaja. Nak tunggu kek sejuk, baru bakar lapisan lain. Kalau oven besar, boleh bakar sekali 2 loyang. Jima...

Update

Image
Alhamdulillah, Fina sudah sembuh dan pulih sepenuhnya. Bergilir-gilir baba dan mama menjaganya di rumah. Khamis lepas dah pergi ke Taska semula. Betul cakap doktor, virus ini akan hilang dengan sendirinya. Tidak perlukan antibiotik ataupun ubat lain. Cuma masalahnya kanak-kanak hilang selera makan kerana sakit ulser yang tumbuh banyak dalam mulut. Selebihnya, penyakit akan pulih bila bintik-bintik keluar semua. Fina pun Jumaat lepas memang tak makan langsung. Menyusu pun tak nak. Lepas pergi Klinik, dia hanya makan aiskrim rainbow sebatang. Lepas sapu ubat ulser keesokkan harinya, baru boleh minum susu dan terus makan laksam kegemarannya sebungkus. Dan sangat bersyukur, Fiqah tidak berjangkit dari Fina. Si bambam saya itu terselamat kali ini. Ahad lepas atuk dengan neneknya datang. Pergi kenduri 'mengantar orang sebelah' yang diadakan di Rinching. Kebetulan rumah pengantin perempuan depan taman saya tinggal. Jadi ayah dan umi datang jemput kami 3 beranak dan bawa kami ke kend...

Hari Pertama Bekerja

Image
Mama F&F memulakan hari pertama bekerja dengan bangun seawal jam 5.30 pagi. Sediakan beg untuk Fina dan Fiqah ke Taska. Pam susu untuk Fiqah. Bangunkan dan mandikan Fina. BF Fiqah kenyang-kenyang sebelum hantarnya ke taska. Abang tolong masukkan barang-barang dalam kereta dan keluarkan kereta dahulu. Kemudian saya hantar Fiqah ke Taska dengan beri pesanan wajib ~ Fiqah, mama pergi kerja tau, nanti Fiqah hisap susu, tak mau nangis, nanti petang mama balik, mama jemput Fiqah. Tinggalkan Fiqah dengan ciuman kasih sayang sejati seorang mama. Terus drive menuju ke ofis dengan harapan sempat sampai untuk hantar Fina dahulu sebelum masuk ofis. Nak lepas dari Pekan Semenyih, ambil masa 20 minit. Lepas Tol Bukit Kajang, pecut kereta dengan lalulintas yang lancar. Bila jer sampai Tol Sungai Ramal, dari jauh dah tengok banyak kereta. Macam tipis harapan nak sampai awal di ofis seperti yang dirancangkan. Lagi 11 minit pukul 8 pagi, masih berada d...

Jalan TAR Jalan MI

Image
Apa lagi list yang belum ditunaikan sebelum start kerja selain daripada shopping baju kerja. Tentunya baju ready made menjadi pilihan. Nak beli kain, tempah baju memang dah lama tak jumpa tailor yang sesuai. Lagipun upah tailor sekarang makin mahal. Kadang-kadang upah tempah lagi mahal daripada harga kain.      Tempat paling seronok dan riang ria bershopping baju dan tudung kerja, mana lagi kalau tidak Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Tak terasa letih bila tengok BANYAK pilihan yang ada. Dah hobi dari zaman muda remaja hingga sekarang 'bershopping'. Pagi ke petang duk cuci mata pun tak apa. Nasib baik baba F&F sudi bawa saya ke sini dan terlebih lah nasib baiknya sebab F&F tak meragam langsung.     Meh tangkap gambar dulu sebelum mama bz shopping;) Set apa yang nak dibeli, tuju terus, cuba sesuai ke tak dan beli tanpa rasa was-was. Tak boleh pilih lama-lama, nanti kesian kat baba dan F&F yang s...

Diari Mama Mac 2012

Esok malam insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Sepatutnya rancang balik malam ini, tapi tak sempat servis NGL lagi, jadi abang tukar ke malam esok. Perjalanan jauh, kena pastikan kenderaan dalam keadaan baik agar selamat tiba. Kenapa kami pilih perjalanan malam? Masa yang sesuai mengikut waktu tidur anak-anak. Jadi kuranglah waktu berjaganya, dan terbatas kerenah aktif di dalam kereta. Cuaca sejuk dan tidak panas. Kurang berhenti makan, kerana waktu malam tak rasa lapar sangat. Berhenti pergi bilik air sahaja. Kereta tidak banyak seperti waktu siang. Melancarkan perjalanan. Rasa tak lama sangat dalam kereta (walaupun lebih kurang 7-8 jam waktu perjalanan). Bangun pagi, dah sampai kampung . Tapi setiap perjalanan jauh atau dekat, pasti ada risikonya. Pemandu haruslah sentiasa fokus dan berhenti seketika sekiranya rasa mengantuk. Sepanjang hampir 5 tahun saya berkahwin dengan abang, tidak pernah lagi kami bergilir-gilir memand...

Birthday Puteri

Image
Eh, baru 2 bulan dah sambut besday puteri Fiqah ke? Siapa pula dengan Fiqah ini? Kalau di rumah ini ada baba, kat gambar pula Fiqah dengan PAPA. Ini abang sulung saya, anak-anak buah semua panggil papa dan kaklong saya pula dipanggil mama. Sabtu lepas berkesempatan untuk datang sekejap ke rumah along untuk raikan Birthday Kak Ya . Meh tangkap gambar dengan papa dulu. Papa bersama anak-anak nya. Yang ini pula Fina bersama Kak Ya dan Dania. PEACE;) dan acara yang ditunggu-tungu, potong kek Birthday Angrybird oleh Puteri - Kak Ya. Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi Kak Ya (eh, puteli lah-ni dia sebut masa nyanyi ramai-ramai tu.suh panggil puteri.hi2) Selamat Hari Jadi!!! Moga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat dan insyaallah menjadi seorang puteri di dalam hati kami sekeluarga. Amin Tak dapat tunggu lama di rumah along sebab selepas itu kami ada majlis makan-makan di lorong 4/3 TPS. Sebenarnya ini kali kedua majlis ringkas ini di...

44 hari

Menjelang ke waktu malam, maka hari ini telah tamat tempoh berpantang saya selama 44 hari. Berpantang kali kedua lebih 'tenang' pengalamannya jika dibandingkan dengan berpantang kali pertama. Walaupun sebulan lebih berpantang sendiri, alhamdulillah, saya dapat lalui hari-hari tersebut dengan lancar. Dan semalam saya telah selamat sampai ke kampung. Mulanya ke kampung nenek di Selandar dan seterusnya balik ke rumah ayah di Gemencheh. Abang telah pulang ke Semenyih hari ini dan akan menjemput kami semula pada minggu berikutnya. Mesti sunyi sepi tanpa kami di sana.

3rd Maternity and Children Expo

About Maternity & Children Expo Maternity & Children Expo is an event that provides all needs to parents and their precious children. It is an event that provides a perfect platform for exhibitors to render their best services and products to parents, parents-to-be and children where great sales and business development opportunities are provided on the ground.  With an extensive variety of exhibitor categories all under one roof, there will definitely be something for everyone . Jom pergi Mid Valley 9 hingga 11 Mac 2012 10 pagi - 9 malam Maklumat lanjut di TCE Mmmm...Boleh lulus ke proposal saya kali ini.

Countdown II

Countdown time!! 44 tolak 39 tinggal 5 hari lagi habis pantang!! Wishlist lepas habis pantang :- Nak balik kampung N9 dan Terengganu. Nak buat kenduri Akikah Fiqah. Nak sambut besday Fina dan Anniversary yang ke-5. Nak cari car seat untuk Fiqah. Nak tempah baju baru. Nak nikmati cuti sepenuhnya dengan keluarga sebelum naik kerja.

Diari Mama di Hari WP

Sebelum bersalin dah pergi ke sana untuk buat apa yang patut. Tapi kena tangguhkan kerana perut dah sarat. Sempena Cuti Hari WP, walaupun countdown merdeka pantang berbaki 6 hari lagi, terpaksa juga keluar untuk ke sana. Dah 3-4 hari berdenyut waktu nak tidur malam. Kalau cuaca sejuk, sangat menikam kalbu sakit rasanya. Abang, sila lah bawa saya berjumpa En Zakwan hari ini. Hanya dia boleh menyelesaikan masalah saya. Kawasan Selangor tak cuti, jadi Klinik Pergigian Zakwan buka hingga ke petang. Sekejap lagi saya harus pergi menyerah diri. Gigi bongsu sudah buat hal, tak tertanggung tuan punya badan menahan diri selama sebulan.

Countdown

44 tolak 34 Yeay!!! Tinggal 10 hari lagi habis pantang!!! Countdown time.. Kenapa bila kita dalam pantang rasa lama nak habiskan hari berpantang, tapi bila tengok orang lain pantang, kejap jer rasa dia dah habis... Saya mama ber anak dua. Sedang dalam usaha menguruskan badan. Dari berat akhir semasa mengandung 62 kg. Selepas sebulan bersalin sudah 56 kg. Target berat badan asal 48 kg. Pati halia telah habis 2 botol.

Bersalin Part 1

Image
24 Disember 2011(Sabtu) Berehat sepenuhnya di rumah. Waktu pagi dipenuhi dengan membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Lagipun baba Fina ada kelas hari itu. Tinggal berdua dengan Fina. Ingatkan petang nak keluar berjalan-jalan, tapi rasa malas pula. Masih ada esok. Bolehlah shopping apa yang patut sebelum melahirkan 2nd baby. Dah hobi mama bershopping, tak membeli tak apa asalkan boleh window shopping sahaja. Tengah sarat pun nak berjalan. Malamnya, setelah kekenyangan menjamu selera makan malam, menonton tv di ruang tamu. Entah kenapa, kerap sangat buang air kecil malam itu. Rasanya 15-20 minit sekali saya ke bilik air. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Waktu itu Fina sedang berbaring dan mahu tidur di atas riba saya. Rasa nak ke bilik air lagi. Saya berdiri dan melangkahkan kaki untuk memenuhi hajat. Baru 2 langkah berjalan, tiba-tiba meluncur air turun membasahi lantai di tepi sofa. Petanda air ketuban dah pecah. Apa lagi, panggil abang yang berada ...

Shopping

Gaji gomen dapat awal bulan ini. Sangat seronok cuti duk rumah, tapi gaji tetap jalan ikut jadual. Cuma yang tak best nya tak dapat berjalan sana-sini lah. Dah pantang gamaknya. Berkurung di rumah 24 jam. Cuti bersalin 3 bulan saya dah lulus. Insyaallah, 26 Mac 2012 start kerja semula. Lama lagi tu! Bila dah duduk terperap kat rumah, rasa nak bershopping. Nak cari baju nursing lagi. Baru ada sehelai. Kenalah tambah sikit-sikit. Disebabkan masih dalam tempoh kuarantin, jadi gunakan teknologi untuk shopping secara online sahaja. Saya kongsikan 2 website yang sesuai dengan harga yang berpatutan. onebabyworld.com e-mumshop.com Boleh shopping on9 barangan penyusuan, barangan bayi dan juga barangan mama. Dah pilih beberapa barang yang berkenan untuk dibeli. Sebab minggu ini cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, jadi lepas cuti baru boleh order. Senang sikit tuan kedai nak proses. Tips untuk shopping on9:- Pastikan barangan apa yang hendak dicari. Search beberapa website yang ...

Berpantang

Image
Melepasi minggu ketiga berpantang. Alahai orang berpantang, apa lagi yang boleh dilakukan di rumah. Berehat, makan, minum, mengulit anak, tengok tv, layan internet dan selebihnya tidur kejap bangun sebab baby dah menganga kiri kanan untuk cari susu mama nya dan masa untuk mengganti diapers yang baru. Sunyi juga bila Fina tidak ada di rumah waktu siang. Nasib baik Fina nak pergi Taska sejak babanya start bekerja minggu lepas. Kalau ada kat rumah, saya pula yang tak larat nak melayan kerenahnya. Tunggu lepas pantang, bolehlah Fina ponteng sikit-sikit, lagipun Taska Nasyrah kat ofis saya tu, tetap kenakan bayaran yuran walaupun tak hantar anak di sana. Lebih baik hantar, dapat juga Fina belajar dan bermain dengan kawan-kawannya. Sejak berpantang ini, ada perkara rutin yang saya lakukan setiap hari:- 6.20 pagi ~ Mandi dan siapkan Fina kalau dia dah bangun tidur awal pagi untuk ke Taska. 7 pagi ~ Sarapan milo/horlicks campur nestum/oat dengan biskut. Sebelum itu makan pil salindah. Lep...