Hari Pertama Bekerja

Mama F&F memulakan hari pertama bekerja dengan bangun seawal jam 5.30 pagi. Sediakan beg untuk Fina dan Fiqah ke Taska. Pam susu untuk Fiqah. Bangunkan dan mandikan Fina. BF Fiqah kenyang-kenyang sebelum hantarnya ke taska. Abang tolong masukkan barang-barang dalam kereta dan keluarkan kereta dahulu.
Kemudian saya hantar Fiqah ke Taska dengan beri pesanan wajib ~ Fiqah, mama pergi kerja tau, nanti Fiqah hisap susu, tak mau nangis, nanti petang mama balik, mama jemput Fiqah. Tinggalkan Fiqah dengan ciuman kasih sayang sejati seorang mama. Terus drive menuju ke ofis dengan harapan sempat sampai untuk hantar Fina dahulu sebelum masuk ofis.
Nak lepas dari Pekan Semenyih, ambil masa 20 minit. Lepas Tol Bukit Kajang, pecut kereta dengan lalulintas yang lancar. Bila jer sampai Tol Sungai Ramal, dari jauh dah tengok banyak kereta. Macam tipis harapan nak sampai awal di ofis seperti yang dirancangkan.


Lagi 11 minit pukul 8 pagi, masih berada di hadapan plaza tol Sungai Ramal. Tak bergerak langsung. Terus hancur harapan nak sampai awal. Masuk laluan Sungai Ramal dalam, lalu Bangi ke Gate 1 untuk masuk ke Putrajaya. Pukul 9  baru sampai ofis. Hampir 2 jam lebih berada di dalam kereta untuk sampai ke ofis. Alahai...Menguji kesabaran sungguh.

Memang tak seronok, 1st day mulakan kerja, dah tersasar dari perancangan yang sepatutnya. Itulah namanya kita hanya merancang, Dia yang tentukan segalanya. Nasib baik ada peneman setia saya di sebelah. Ada juga kawan berbual dalam kereta walau tengah tension. Isi masa dengan berpossing dalam kereta. Mama ambil gambar Fina, Fina ambil gambar mama, pastu possing 2 beranak.

Jika paginya keadaan tidak berjalan seperti yang diharapkan, alhamdulillah, petangnya lalulintas lancar. Pukul 5 petang tepat terus balik. Fina tiada masalah di Taska. Lagipun dia dah lama tak jumpa kawan-kawan. Seronok dia dapat bermain. Waktu balik, tak sabar nak jumpa Fiqah. Fiqah pun ok di Taska. Mahu menyusu, tidur dan main bila berjaga. Pengasuhnya kata, pandai gelak dah. Hilang sedikit penat bila tengok muka Fiqah bambam ini. 

Minggu yang sedikit kelam kabut dan masih dalam usaha menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi, segalanya digalaskan ke bahu saya untuk menguruskan anak-anak di pagi hari selepas abang berpindah ofis. Kalau dahulu, jadi mem kat belakang, jaga Fina. Tunggu abang masa balik kerja. Sekarang, kena drive sendiri. Agak rasa letih dan memenatkan, tapi kena teruskan juga rutin harian ini.  

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu