Diari Mama Mac 2012

Esok malam insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke Setiu, Terengganu. Sepatutnya rancang balik malam ini, tapi tak sempat servis NGL lagi, jadi abang tukar ke malam esok. Perjalanan jauh, kena pastikan kenderaan dalam keadaan baik agar selamat tiba.


Kenapa kami pilih perjalanan malam?
  1. Masa yang sesuai mengikut waktu tidur anak-anak. Jadi kuranglah waktu berjaganya, dan terbatas kerenah aktif di dalam kereta.
  2. Cuaca sejuk dan tidak panas.
  3. Kurang berhenti makan, kerana waktu malam tak rasa lapar sangat. Berhenti pergi bilik air sahaja.
  4. Kereta tidak banyak seperti waktu siang. Melancarkan perjalanan.
  5. Rasa tak lama sangat dalam kereta (walaupun lebih kurang 7-8 jam waktu perjalanan). Bangun pagi, dah sampai kampung.

Tapi setiap perjalanan jauh atau dekat, pasti ada risikonya. Pemandu haruslah sentiasa fokus dan berhenti seketika sekiranya rasa mengantuk. Sepanjang hampir 5 tahun saya berkahwin dengan abang, tidak pernah lagi kami bergilir-gilir memandu. Abang sudah biasa memandu jauh, cuma perlu bekalkan Ali Cafe untuk ubatnya dari mengantuk. Kalau dulu kami bertiga, sekarang balik kampung berempat. Doakan perjalanan kami selamat.

Nenek dan Tok Ayah, tunggu F&F balik ya!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..