13 March 2012

Percutian 5 hari

Balik ke Terengganu kali ini, tidak sempat berjalan ke mana-mana. Pasar Payang pun tak sempat nak jengah. Ingatkan nak pergi ke Kelantan rumah adik ipar di pondok, pun cancel juga pada saat-saat akhir. Kalau ke Kelantan, boleh melawat ke Pangkalan Kubur sambil cuci-cuci mata. Tak apalah, lain kali ada kesempatan, boleh pergi. Lagipun tak rancang nak shopping apa-apa pun.

Sampai ke kampung abang, pagi Selasa sebelum Subuh. Petangnya ke Kampung akak ipar di Pelong. Menziarah adiknya yang baru 2 minggu melahirkan baby.

 Fina dan nenek kat rumah Makda di Pelong.
Rabu, duduk kat rumah sahaja. Abang dan mak ke Kampung Buloh untuk membeli keperluan kenduri keesokan harinya. Khamis, kenduri akikah Fiqah.

Jumaat jalan-jalan ke Pantai Penarik sambil minum air nyior, makan sotong dan udang salut tepung di kedai tepi laut. Jalan-jalan dengan adik ipar dan anak buah. Fina ada, tinggal dalam kereta tidur. Dia yang sibuk nak tengok laut, bila kejut tak nak bangun.


 Fiqah dan Cik Su - Fida adik ipar kedua last dalam adik beradik abang. Tengah study kat UIA.


Sabtu pagi ke pasar tani Kampung Buluh. Petangnya pula, bertolak balik jam 6 petang dan singgah ke Bukit Besi rumah abang ipar yang baru berpindah dari bertugas di Penjara Kajang ke Penjara Bukit Besi. Makan malam di sana dan bertolak balik jam 9 malam. Sampai ke KL jam 4 pagi dan hantar Fida ke UIA. Lebih kurang jam 5 pagi selamat sampai ke Semenyih. F&F tidur sahaja dalam kereta, termasuklah mamanya. Ngantuk seh..


Sekian sahaja laporan percutian singkat selama 5 hari untuk melepaskan rindu pada tok ayah dan nenek di Kampung Sungai Bari, Setiu, Terengganu Darul Iman.

4 comments:

  1. rsnya kg bari ni satu kg ngan kenalan blogger yg suaminya meninggal kemalangan kereta ngan kuda....

    syiok kan sesekali balik kg, cuti skolah last year kitaorg ada p ke terengganu, singgah gak pasar payang :)

    ReplyDelete
  2. panas..sehari je hujan..bersauna kek rmh..

    ReplyDelete
  3. melati: a'ah,blogger mawar nafastari kan. tapi tanya abang, dia ckp kg tu kg lain. dkt dgn pantai rasanya..pasr payang tmpat wajib kalau blk kg. tapi skrg brg mahal dah..kpok pun naik hrg.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails