Posts

Showing posts from November, 2009

Fina lagi

Image
Minggu depan fina dan masuk 11 bulan. N3 kali ni sedikit update ringkas 'perangai2' fina berusia 10 bln 4 minggu. Sekarang ni kalau hantar hari isnin time nak pegi keje, dah pandai tak nak bila kaklong aka pengasuh nak ambil dia. (dah sedap berkepit sabtu&ahd la tu) Tak boleh ler mama nak gerak ke sana sini kat rumah tu, asyik menangis nak ikut. Suka BF dgn mcm2 style sekarang nih, sampai tertonggeng2 pun ade. 'Lawan mata' bila nak tidur dalam buai .(kene mama dodoikan dulu, ala2 konsert dondang dendang ler) Mengamuk sesuka hati. Berdiri sendiri, tapi kejap je la. Tak reti duduk diam, ada je kejenya. Sangat suka tengok IKLAN tv. (mama fina baru blajar guna photoscape) **malam ni kami sekeluarga akan pulang berhari raya ke Terengganu.Mudah-mudahan selamat tiba ke destinasi,to fina sayang, jangan 'buat hal' kat kampung baba ye.

Iklan @ blog mama fina

Berminat untuk menambah dan mengekalkan pengeluaran susu ibu? Ingin meneruskan penyusuan secara EKSKLUSIF dan menyambung perjuangan sehingga anak anda berusia 2 tahun? Risau stok EBM yang semakin berkurangan? Pam susu output sikit? Kecewa dengan stok susu yang semakin merundum? Jawapan kepada semua masalah tersebut ada di SINI Promosi harga Sempena pembukaan bisnes on9 Asmah 30 DAY TRIAL PACK SHAKLEE ~ RM80.00 sahaja. Bukan setakat untuk menambahkan susu ibu tau, terdapat juga supplement untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit. Pada yang berminat dan ingin dapatkan maklumat lanjut, b oleh terjah di blog IBU HAKIM HAIKAL Tak rugi kalau nak cuba, mana tau kalau2 serasi.. ** Harap maklum, iklan ini tidak berbayar dan daku bukanlah seorang duta produk. Just want 2 share.Mana tau mungkin rezeki Hakim dan Haikal ade kat blog mama fina nih..To asmah, selamat menceburi bisnes on9..GOOD LUCK MY FRIEND **

Plan hujung tahun 2009

Image
Minggu ni kami sekeluarga akan pulang Setiu, Terengganu untuk meraikan Hari Raya AildilAdha bersama2 keluarga mertua. Dah mintak cuti seminggu untuk Raya kali ni. Harap2 sampai dengan selamat dan tak redah banjir ler. Sekarang kan musim banjir di Pantai Timur. Selalunya kami memang suka bertolak waktu malam. Sekurang-kurangnya tak rasa letih sangat kalau dibandingkan jalan time siang. Fina pun boleh ler tidur jer dalam kereta tuh. Next planning - nak pergi Kenduri kawin rumah FID ~ 6 Dis 2009 kat Alor Gajah Melaka. (hopefully abg tak de kelas ler time nih). Akhirnya, kawin gak ko fid..lama nar bersulam cinta, sejak di pantai poly lagi.hi2. Apepun wish korang bahagia selama2nya..Teruskan melayari bahtera rumahtangga dengan penuh komitmen dan persefahaman. ok. Ape lagi ye plan hujung tahun nih.mmm, tengah tunggu suprise plan cuti2 Family yg dicadangkan oleh abg. boleh caya ke.kepada suami tersayang, kot tak dapat pegi Langkawi pun, bawak ler mama pi Dah lama duk mengidam nak tengok ika

Give-away Beautiful Napkin

Image
First give-away from www.blog.ra znacreation.com Prize ; 10 pcs paper napkin, any size, any price + mystery gift Syarat penyertaan: Choose any (10) paten must be ten (10) different code, choose from the shop M017 M081 M106 M201 M105 M104 M147 M143 M111 M166 Tulis satu entri berkenaan give away ini berserta link ( photo diatas mesti dimasukkan) senarai kan di entry anda itu sepuluh (10) tisu tersebut. Add Razna Creation blog link your blog, tinggalkan komen. Pemenang akan ditentukan dengan cabutan bertuah pada tarikh 14/12/2009. rugi kalau tak join,, hadiah pilih sendiri lagi haaa MAKLUMAT LANJUT: DISINI

Updates citer terkini fina *10 bulan 3 minggu*

Image
Suka bercakap/menjerit/membebel - cara baby ler. Rambut dah panjang kat depan (fesyen ala2 berserabut korea style, ahaks) Pandai minum guna cawan. Makan bubur nasi 2x sehari dah. Kalau bagi coklat, laju jer nak suh suap dia. Panjat sana sini kat kabinet tv, peti sejuk, almari dapur - port paling suke kat tepi sofa. Masih blajar2 berdiri sendiri, lepas sebelah tangan. Mengamuk depan pintu bilik air bila baba mandi. Dah muak main permainan sendiri - tertarik dengan buku2&pen baba. Semalam ajar fina sikat rambut, lps aku buat, pandai jer dia tiru sikat rambut dia pulak. Selamba je meniarap dlm buai (tengok nih) * musim hujan skrg kan-tidur malam sejuk sungguh-fina terkucil sampai lantas pampers-mana taknye-BF mau 4x semalam-lapar sejuk2 tu kot. ( mama fina : tak pe la tidur terganggu demi anak tercinta; baba fina : tidur nyenyak dengan sound effect, selamat dari bgn tengah2 malam nak bancuh susu; fina : lena dengan perut yang kenyang, alhamdulillah)

tq EOE online

Image
Bungkusan dari Kedai EOE 7 Foto Album (smuanya gambar fina dari 1/1/09 - 30/10/09) Gambar2 yg aku cuci secara on9 di EOE seperti di N3 ini, telah selamat sampai pada tengahari Jumaat lepas. Tersangat2 la gembira dan amat berpuas hati dengan servis yang disediakan oleh Kedai Foto tersebut. Mana taknya, fina dah masuk 10 bulan 2 minggu baru la aku berjaya menyusun gambar2 fina dari sejak hari pertama lahir sehingga sekarang. Ade la kira2 250pcs smuanya. Balik keje Jumaat lepas, terus susun smua gambar dalam ALBUM FINA yg abg dapat sebagai hadiah kawin kami. Secara ringkas servis EOE yg buatkan aku amat2 puas hati : Servis yg cepat(2 hari je dah siap cuci) Kertas yg digunakan utk print gambar berkualiti. Gambar jelas dan terang. Harga yg berpatutan. 30sen - 4R, 50sen - 5R. Bayaran mudah secara on9. Gambar disusun teratur dalam album yg diberi secara percuma. Tak payah susah2 pegi kedai gambar. Next mission, lepas gaji nak cuci gambar fina hujung bulan ni..mintak2 sempat cuci sebelum prom

Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10

Image
>>** CONTEST ANAK DARA KU BERTOCANG **<< TARIKH TUTUP : 30 NOV 2009 (12.00 TGH) Syarat contest : Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space . ~DONE~ Sila letakkan follow dan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta . Sila jengah ke sana, dan tinggalkan komen tentang blog k.Sar i di entry contest blog masing2. ~ FOLLOW~ ~ Bagi mama yang berminat nak shopping CD dengan harga yang sangat berpatutan, sila2 la order dari k.sari. Siap ade promosi harga lagi tau..Bukan itu sahaja, banyak N3 yg boleh dijadikan sebagai terapi minda dan juga mengenai pengalaman2 berguna k.sari yg dapat dikongsi bersama bloggers lain, confirm tak rugi kalau jengah ke blog k. sari nih. Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. ~KAT BAWAH~ ~ GAMBAR FINA DENGAN TOCANG NYA YANG 'TERSENGAT' ~ NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR, BERUSIA 10

My Sweet Little Shop Give Away

Image
JOM JOIN.. Sangat teruja nak join macam2 contest hari ni. Kali ni nak cuba nasib join give away anjuran My Sweet Little Shop bersempena pembukaan onlinebabyshop REEN. Syarat2 nya pula, ringkas & mudah. 3 pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah. Mana tau, kot2 jadi salah seorang di antara 'lucky winners'. Tarikh tutup penyertaan : 30 NOV 2009

Cutest Baby In Blue Contest

Image
CUTEST BABY IN BLUE CONTEST Tarikh tutup : 17 November 2009 Masih belum terlewat rasanya untuk bersama2 join contest cutest baby in blue yg dianjurkan oleh Puan Eliza . Contest dianjurkan sempena sambutan ulangtahun ke -5 anniversary Eliza pada 17 Nov 2009. Gambar fina in blue mood : < > < > Fina ketika berusia 4 bulan. nama : NUR AZWA SAFRINA BT. AZHAR umur skrg : 10 bulan 2 minggu tarikh lahir : 1/1/2009 < > < > jom ramai2 join contest ni...

Akhirnya..

Image
Setelah mengumpul gambar2 fina lebih kurang dekat2 setahun, baru semalam aku berjaya untuk mencuci gambar tersebut. itupun secara on9. mana taknye, asyik bertangguh2 jer nak pegi cuci kat kedai gambar.ingat lagi time dulu2, zaman guna kamera kodak, confirm lepas hbs je roll kodak tu, terus pi cuci. takut kodak masuk angin, nanti rosak pula gambar tu. kalau time blajar dulu lak, tunggu member cuci dulu, pastu pilih ler nak gambar mana, pi cuci gambar lagi sekali beramai2. so,kira 1 gambar tu, smua yg ade dlm gambar tu duk cuci ler gambar tu. sekarang ni gambar blh letak2 dlm photobucket, facebook, friendster dan lain2 yg seangkatan dengan kemudahan tersebut, tapi bagi aku, rasa lebih bermakna kalau gambar tu diprint dan letak dlm album. tua2 sok, boleh ler selak2 album sambil2 mengimbas kenangan2 lalu..cewah.. Kepada sesiapa yg berminat nak mencuci gambar secara on9 dengan harga yang berpatutan, sila2 la melawat ke http://www.eoe.com.my/ Bukan aku dibayar untuk promote website ni, tapi

Anakku Ceria Give-Away Contest

Image
***STICKYMODE ENTRY*** Jom ramai2 join contest ni.. Contest ni dianjurkan oleh iza Kalau nak tau syarat-syaratnya boleh klik di banner kat side bar ataupun sila klik SINI Contest bermula dari 22 Okt 2009 sehingga 22 Nov 2009 Gambar terbaru Fina yang paling ceria untuk dipertaruhkan : ANAKKU CERIA SENYUMAN MENAWAN ( tanpa gigi, hi2) hadiahnya pula memang sangat2 menarik hati : 1 Vantage Cookware 3.0 L yang ditaja oleh http://jommainkutu.blogspot.com/ Apa tunggu lagi, join la sekarang dan snap gambar anak anda yang paling ceria..

Baby in romper contest

Image
1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'[hanya tajuk ini yang diterima] ~ dah buat 2. upload gambar baby anda yang beromper ittew[overall tak masuk senarai tau!] ~ kat bawah 3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...] ~ fina lahir 1.1.2009 (10 bulan sekarang) 4. bermula dari harini hingga 24 nov[sempena birthday adeeb lewww] ~ ok 5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper[tiada unsur paksaan] ~ dah lama follow 6. pastikan ada link me & kodai me sekali[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ] ~ okey 7. juga di bloglist anda[wajip] ~ done 8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified[nasib kome la yer...] ~ sudah 9. no votes, no slogan[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!] ~ i like 10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja[senang saya nak jengah nanti] ~ will do 11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer..[jangan luperrrr...] ~ ton

Hobin Jang Hobin

Hobin Jang Hobin...3x Daghi sawah tughun padang Kini kau dah pandai nondang Kali ini mesti monang Bukan susah cukup sonang Hobin jang hobin...3x Sumbek gol banyak-banyak Bia sampai jaghing kuyak Main bia hati-hati Jangan masok gol sendighi Hobin jang hobin...x3 Duo satu kocik bona Ompek satu sonyum lebar Kalu buleh tujuh kosong Bia dio balik molopong Molopong.. molopong. molopong.. Hobing jang hobin...3x Hobin jang hobin...3x Yam Tuan sokong kito Montoghi Bosar sokong kito Undang Luak sokong kito Jangan buek malu muko Hobin jang hobin...3x Kali ini kalau kalah Balik kampong potong gotah Kito jangan monggollabah Pialo kito punggah Punggah.. punggah... Hobin Jang Hobin...3x Hobin bin bin bin hobin jang hobin.............. Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........ Hobin jang hobin.... http://www.youtube.com/watch?v=C65kOuGocdM N3 untuk baba fina..terima kasih kerana paksa rela menyokong team N9, kan mama dah cakap, tak nyesal abg sokong N9..confirm menang.ha2...kene ugut dulu baru n

10 bulan 9 hari

Image
Update perkembangan terkini fina -10 bulan 9 hari. Kuat memanjat dan berdiri sebelah tangan. Dah minat nak makan bubur, tak boleh tengok org makan apepun, dia nak jugak. Suka menjerit kuat2. Dah kenal orang2 yang rapat dengannya. Mengamuk bila nak tidur. Suka bila dibawa keluar berjalan. Suka tengok iklan. Layan mickey mouse & friends.. Suka main angkat2 tepi tikar getah pastu jilat ..(geram sungguh tgk aksi ni, habuk tu kan, buat batuk jer) Dah faham bila aku marah dia..terus cembeng nak nangis. Susah nak pakai baju fina lps mandi sekarang. lasak. Pandai bergurau..bila nak cium pipi dia, dia pulak sibuk2 nak makan pipi aku.. Selalu bangun awal2 pagi, paling lewat pkl 7 pagi setiap hari, kalau tidur awal, pkl 4 pagi dah bangun main2, pastu tidur balik pkl 5 lebih. Leka bila dapat permainan baru..slalu yg dia minat main kat rumah, plug tepi dinding, baldi, besen, botol minyak masak, , iron (yg sejuk ler), panjat atas meja study baba, hanger, pendek citer barang2 rumah yg dianggap se

Fina 10 bulan

Image
N3 wajib bila fina tukar bulan ~ perkembangan fina berusia 10 bulan : Masih minum susu mama sahaja. Belum tumbuh gigi lagi.. sebatang pun tak de tau .. Dah suka makan, tak boleh tengok orang makan, dia nak jugak. Pandai pegang makanan sendiri, minum guna cawan & kunyah2 makanan. Lasak sungguh, panjat sana sini, kemas2 rumah tu. Cakap 'ba-ba', 'tha-tha', 'a-thah'. Dah pass lesen merangkak. (merangkak dengan pantas bila ade org kejar blkang) Tengah blajar berdiri. Blajar memahami bila berinterakasi dan berkomunikasi. Pandai tepuk tangan. (tepuk pengakap pun tau, ha2) Kuat berpeluh. Menangis bila tinggal sorang2. Rambut semakin bertambah kerinting. Duduk ikut suka nak parking kat mana. Suka tengok iklan & kartun. Tetap maintain badan - berisi & padat.