Akhirnya..
Setelah mengumpul gambar2 fina lebih kurang dekat2 setahun, baru semalam aku berjaya untuk mencuci gambar tersebut. itupun secara on9. mana taknye, asyik bertangguh2 jer nak pegi cuci kat kedai gambar.ingat lagi time dulu2, zaman guna kamera kodak, confirm lepas hbs je roll kodak tu, terus pi cuci. takut kodak masuk angin, nanti rosak pula gambar tu. kalau time blajar dulu lak, tunggu member cuci dulu, pastu pilih ler nak gambar mana, pi cuci gambar lagi sekali beramai2. so,kira 1 gambar tu, smua yg ade dlm gambar tu duk cuci ler gambar tu. sekarang ni gambar blh letak2 dlm photobucket, facebook, friendster dan lain2 yg seangkatan dengan kemudahan tersebut, tapi bagi aku, rasa lebih bermakna kalau gambar tu diprint dan letak dlm album. tua2 sok, boleh ler selak2 album sambil2 mengimbas kenangan2 lalu..cewah..
Kepada sesiapa yg berminat nak mencuci gambar secara on9 dengan harga yang berpatutan, sila2 la melawat ke http://www.eoe.com.my/
Bukan aku dibayar untuk promote website ni, tapi nak share sama2 penjimatan yang berbaloi2 bersama rakan2 blog semua..
Upload gambar maybe makan masa sikit, dapat kalau beratus2 gambar nak cuci (mcm aku ler tuh), so, harap banyak2kan bersabar, follow je arahan dan pembayaran boleh dibuat secara terus menggunakan kredit kad atau MB2U. mudah kan.. selamat mencuci gambar secara mudah dan murah, semuanya hanya dihujung jari anda sahaja..
**(p/s: ngah, aku tau ko dah bertahun tak cuci gambar, ape lagi tunggu, cuci sekarang)
Comments
Post a Comment