Posts

Showing posts from January, 2013

Sarawak

Image
Percutian cuti-cuti Malaysia ke Sarawak November 2012:- Tempat yang dilawati : Sarawak Riverside Sarawak Culture Village Mira kek lapis Sariken Pasar Satok Kedai Kristal Kilang Pasu Kampung Boyan Muzium Sarawak Persembahan kebudayaan di Culture Village Gambar-gambar di Sarawak   Cuba teka siapa saya........   

Majlis Hari Jadi Fina Fiqah

Image
Alhamdulillah, tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran puteri-puteri kami. Fina genap 4 tahun dan Fiqah 1 tahun. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Dan yang penting semua masakan hari tersebut dihasilkan sendiri oleh saya. Dibantu oleh abang dan maksu F&F yang diimport khas dari Melaka. Gigih menyiapkan kek pengantin - princess yang diminta oleh Fina. Nasib baik menjadi hasil air tangan mamanya. Pengertian tersembunyi~hajat anak yang dapat ditunaikan dengan hati yang ikhlas dan melihat mereka tersenyum riang, itu merupakan suatu terapi yang dapat menghilangkan letih saya membuat kek. Sebenarnya, mendeko kek agak memerlukan masa yang lama, lebih-lebih lagi kalau sesekali kita buat. Tak biasa, jarang practise. Tapi saat yang paling manis ialah bila melihat hasil kek yang telah siap dihasilkan. Suatu kepuasan yang lahir dalam hati. Dan tentunya ia menjadi lebih bererti bila membuat sendiri untuk majlis hari jadi anak-anak. Tak percaya,

Fiqah 1 tahun ++

Image
Akak Fina dah sekolah, Fiqah pula makin bertambah usianya. Sudah memasuki usia 1 tahun 1 bulan. Makin rajin 'explore' dan belajar berdasarkan perkembangan kendiri serta belajar dari sifu terdekatnya - akak Fina . Apa yang akak Fina buat di rumah, mula-mula dia tengok jer. Lepas tu dia cuba buat sendiri pula. Contohnya : Akak Fina sibuk tulis kat kertas, Fiqah pula tulis di tapak tangan. Silap-silap kat lengan dengan kaki pun ada dicontengnya. Gambar terbaru saya;) Jalan-jalan gi shopping. Akak Fina rajin tolong tolak saya kalau pergi shopping. Saya layan jer, asalkan boleh ikut. Fiqah dah pandai apa sekarang ya: Pandai buat nangis olok-olok bila mahu dilayan, didukung, nak nenem, nak makan, nak itu, nak ini. Kuat makan. Semua benda yang dinamakan makanan Fiqah nak rasa dan nampak sedap di matanya. Bila nak nenem, dah pandai minta sendiri dan selak apa yang perlu dengan sendiri. Tak boleh tengok akak Fina mandi, mesti nak join sekali dalam bilik air

Fina sekolah

Image
Diam tak diam, dah memasuki minggu terakhir di bulan Januari tahun 2013. Jadual pagi saya banyak berubah sejak masuk tahun baru. Keluar seawal jam 6.30 pagi untuk tempuhi jalan sesak yang luar biasa keadaannya bila anak-anak dah mula bersekolah. Proposal untuk duduk di kuarters telah ditolak secara terang-terangan oleh baba. hi2, saja-saja gurau mintak duduk kuarters. Bila datang kemalasan nak menghadap jem hari-hari, memang rasa senang jer kalau apply kuarters kat Putrajaya. Tak perlu ulang alik lagi. Tapi banyak benda yang perlu diadjust semula. Jadi, teruskan sahaja rutin harian. Kadang-kadang sampai awal, kadang-kadang sampai lewat, kadang-kadang ontime, yang penting tetap datang dengan selamat di tempat kerja. Lambat lagi nak pencen ni;)   Fina sudah mula bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Taska yang sama masa hantar dia masa usia 2 tahun. Cuma dulu kelas toddler, tak payah belajar. Sekarang masuk kelas untuk kanak-kanak usia 4 tahun. Ada uniform, ada jadual belajar. K