Fiqah 1 tahun ++

Akak Fina dah sekolah, Fiqah pula makin bertambah usianya. Sudah memasuki usia 1 tahun 1 bulan. Makin rajin 'explore' dan belajar berdasarkan perkembangan kendiri serta belajar dari sifu terdekatnya - akak Fina. Apa yang akak Fina buat di rumah, mula-mula dia tengok jer. Lepas tu dia cuba buat sendiri pula. Contohnya : Akak Fina sibuk tulis kat kertas, Fiqah pula tulis di tapak tangan. Silap-silap kat lengan dengan kaki pun ada dicontengnya.

Gambar terbaru saya;) Jalan-jalan gi shopping.

Akak Fina rajin tolong tolak saya kalau pergi shopping. Saya layan jer, asalkan boleh ikut.


Fiqah dah pandai apa sekarang ya:
  • Pandai buat nangis olok-olok bila mahu dilayan, didukung, nak nenem, nak makan, nak itu, nak ini.
  • Kuat makan. Semua benda yang dinamakan makanan Fiqah nak rasa dan nampak sedap di matanya.
  • Bila nak nenem, dah pandai minta sendiri dan selak apa yang perlu dengan sendiri.
  • Tak boleh tengok akak Fina mandi, mesti nak join sekali dalam bilik air.
  • Dah ada 4 batang gigi, rasanya ada yang baru nak tumbuh lagi. Gigi utama di hadapan ialah gigi kapak yang agak besar saiznya.
  • Belum berjalan lagi, baru berdiri sambil tepuk-tepuk tangan dan jatuh. Kemudian bila rajin practise, kalau malas, merangkak jer lah.
  • Pantang pintu halangan tangga kat rumah terbuka, mesti gigih nak naik tangga.
  • Dah pandai nak ikut bila tengok saya bersiap. Kecuali kalau waktu nak pergi kerja. Dia dah tau jadual. Menyerah diri sahaja bila hantar ke taska.
  • Tak mahu duduk dalam car sit lagi masa dalam kereta. Nak bawa kereta dengan mama. Duduk la depan stereng.
  • Alhamdulillah, masih fully bf. Walaupun agak kurang sikit demand masa di taska, tapi bila direct bf, Fiqah biasa sahaja menyusu. Di taska Fiqah lebih banyak makan daripada hisap susu. Jadi saya kurang risau dengan stok susu lagi. Semuanya dengan izin-Nya mencukupi untuk bekalan Fiqah.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu