Majlis Hari Jadi Fina Fiqah

Alhamdulillah, tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran puteri-puteri kami. Fina genap 4 tahun dan Fiqah 1 tahun. Saya buat kecil-kecilan sahaja. Dan yang penting semua masakan hari tersebut dihasilkan sendiri oleh saya. Dibantu oleh abang dan maksu F&F yang diimport khas dari Melaka.

Gigih menyiapkan kek pengantin - princess yang diminta oleh Fina. Nasib baik menjadi hasil air tangan mamanya. Pengertian tersembunyi~hajat anak yang dapat ditunaikan dengan hati yang ikhlas dan melihat mereka tersenyum riang, itu merupakan suatu terapi yang dapat menghilangkan letih saya membuat kek. Sebenarnya, mendeko kek agak memerlukan masa yang lama, lebih-lebih lagi kalau sesekali kita buat. Tak biasa, jarang practise. Tapi saat yang paling manis ialah bila melihat hasil kek yang telah siap dihasilkan. Suatu kepuasan yang lahir dalam hati. Dan tentunya ia menjadi lebih bererti bila membuat sendiri untuk majlis hari jadi anak-anak. Tak percaya, cuba DIY. Baru tau bagaimana perasaan itu.

Layan gambar;)

Besday girl dengan mama.
 
Akak Fina yang tersenyum simpul bila dapat potong kek pengantin.
 

 
Menu pada hari tersebut :
Bihun Singapore
Nasi Goreng Cina
Paprik Campur
Hotdoq
Roti Jala (Sponsor oleh Mama dua)
Sandwich telur
Puding Triffle
Fruit Tartlet
Buah Tembikai
Terima kasih pada yang telah hadir, serta pemberian hadiah, sumbangan yang diberikan pada Fina dan Fiqah.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..