Fina sekolah

Diam tak diam, dah memasuki minggu terakhir di bulan Januari tahun 2013. Jadual pagi saya banyak berubah sejak masuk tahun baru. Keluar seawal jam 6.30 pagi untuk tempuhi jalan sesak yang luar biasa keadaannya bila anak-anak dah mula bersekolah. Proposal untuk duduk di kuarters telah ditolak secara terang-terangan oleh baba. hi2, saja-saja gurau mintak duduk kuarters. Bila datang kemalasan nak menghadap jem hari-hari, memang rasa senang jer kalau apply kuarters kat Putrajaya. Tak perlu ulang alik lagi. Tapi banyak benda yang perlu diadjust semula. Jadi, teruskan sahaja rutin harian. Kadang-kadang sampai awal, kadang-kadang sampai lewat, kadang-kadang ontime, yang penting tetap datang dengan selamat di tempat kerja. Lambat lagi nak pencen ni;)
 
Fina sudah mula bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Taska yang sama masa hantar dia masa usia 2 tahun. Cuma dulu kelas toddler, tak payah belajar. Sekarang masuk kelas untuk kanak-kanak usia 4 tahun. Ada uniform, ada jadual belajar. Kiranya pendedahan untuk pendidikan awal. Sekarang 4 tahun dah belajar kan. Kalau zaman mama nya dulu, 6 tahun baru pergi tadika Kemas. Seronok. Belajar sikit-sikit, main jer banyak.
 
Awal minggu pertama, susah Fina nak bangun pagi mandi. Selalu kena layan blues dia dulu baru enjin dia ok. Masuk minggu kedua, Fina makin ok. Hari pertama dilalui dengan sebarang masalah. Dia pun suka pergi taska.  Bila tanya kat sekolah belajar apa. Dia cakap "tengok tv jer'. Bila tanya soalan lebih spesifik, ada belajar warna tak? Dia jawab : "tak, tengok tv jer". Sabar je lah mamanya, bila tengok buku latihan, ada jer belajar menulis, mewarna. Fina, Fina, kalau mama tak check, memang hari-hari ingat dia tak belajar. Duk tengok tv je kerjanya.

 Uniform hari Isnin dan Jumaat. Baju kurung dengan seluar panjang.

 Tshirt pula untuk pakai hari Selasa hingga Khamis.
 
Gambar dalam kelas.
 
Kat taska ini, pagi belajar, dan petangnya terus jadi kelas transit sementara habis waktu kerja penjaga jam 5 petang. Jadi tidak perlu hantar ke tempat lain. Kiranya taska dan pusat asuhan digabungkan sekali.
 
Sejak dah masuk taska, Fina kat rumah rajin mewarna. Habis semua buku dia nak color. Rajin menulis, melukis. Dah boleh baca Al-Fatihah sikit-sikit. Lagu tak belajar lagi rasanya, sebab tak dengar pun Fina nyanyi.
 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu