Posts

Showing posts from 2017

Hari Konvo

Image
Alhamdulillah, Fiqah telah habis menyempurnakan pengajiannya di Tabika Perpaduan. Majlis Graduasi telah diadakan awal November yang lepas di Dewan Penjara Kajang. Majlis diadakan bagi seluruh Daerah Hulu Langat. Fiqah masa konvo kena demam semasa nak tunggu ambil sijil. Sebenarnya dia dah tak sihat sangat lepas habis rombongan, tapi kebah demamnya. Sebab cuaca panas dan kena pakai jubah, terus melarat demamnya.  Sesi penyampaian sijil bagi Zon Bangi adalah zon terakhir, jadi kena tunggu lama juga. Sempat ambil gambar Fiqah sebelum dia jadi tak larat. Terima kasih pada Cikgu Ida dan Cikgu Zana kerana telah mendidik Fiqah. Segala jasa dan budi Cikgu amat kami sekeluarga hargai.  Pagi sebelum pergi Konvo. Masa belum demam. Lepas habis ambil skroll. Dapat coklat!   Dah tak larat sebab demam. Tahniah Fiqah, dah berjaya tamatkan sesi pengajian di Tabika Perpaduan. Selamat menempuh alam baru di Sekolah Rendah!    

Rombongan

Image
Seronoknya Fiqah bila tau Tabika dia nak buat rombongan. Hari-hari tanya berapa haribulan nak pergi rombongan;) Kali ini destinasi mereka ke Menara Kuala Lumpur dan Petrosains KLCC. Pergi naik bas. Semangat bangun pagi-pagi nak pergi rombongan. Baliknya keletihan sangat terus tidur sampai pagi. Layan gambar-gambar yang Cikgu wasap sebagai kenangan Fiqah : Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Ida dan Cikgu Zana yang telah mendidik Fiqah sepanjang tahun 2017. Segala budi dan jasa Cikgu hanya Allah dapat membalaskan. Terima kasih Cikgu!

Pertandingan Mewarna

Image
Awal November lalu, balik daripada kerja masa nak ambil Fittriah di Taska, saya nampak banner mengenai ada Hari bersama IWK. Sempena Majlis Pelancaran Pusat Kumbahan yang baru di taman kami. Tertulis di banner, ada salah satu acaranya - Pertandingan Mewarna. Sejak dah jadi mak -mak ni, memang suka sangat bila anak dapat join pertandingan mewarna. Tak kisahlah menang atau tidak. Yang penting anak-anak happy.  Jadi Sabtu pagi, saya bawa 3F di tempat yang dijadualkan. Fittriah pun masuk sekali. Sementara mereka masuk mewarna, saya pergi ke beberapa booth pameran yang ada. Daftar sekali untuk cabutan bertuah nanti. Masa ini hujan on off. Saya tunggu juga hingga habis Majlis sebab nak tunggu cabutan bertuah. Mana tau ada rezeki 3F. Hari bersama IWK Alhamdulillah, tengah tunggu cabutan bertuah, dapat keputusan mewarna. Ada nama Syafiqah untuk hadiah saguhati. Dapat jam tangan ;). Yang tak menang, dapat color yang dibekalkan masa mewarna tadi dan juga goodies beg ada air kotak dan j

Pusat Sains Negara

Image
Tak tahu nak mulakan dari mana. Masa berlalu dengan pantas. Diam tak diam, kita sudah berada di pertengahan Disember 2017.  Banyak perkembangan dan pengalaman baru terutamanya dari cerita persekolahan anak-anak.  Insyaallah, saya akan update untuk simpanan di sini dan sebagai kenangan  3F baca bila mereka besar nanti. Saya mulakan dengan lawatan kami sekeluarga di Pusat Sains Negara. Oktober lalu, ada iklan NICE Expo 2017 yang dianjurkan oleh MOSTI. Jadi untuk pertama kalinya Pusat Sains Negara dibuka untuk kunjungan orang ramai.  Pusat Sains Negara telah beberapa tahun ditutup kerana sedang diselenggara dan dibaikpulih. Jadi sempena NICE Expo, Pusat Sains telah dibuka secara percuma untuk orang awam dan pengunjung.  Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara. Kami sampai lebih kurang jam 9 pagi. Memang dah ramai orang, parking pun penuh. Jika nak pergi ke sini, dinasihatkan pergi awal pagi. Kalau petang, lagi jauhlah nak menapak sebab parking yang disediakan tidak dapat menam

#Aku NegaraKU

Image
Bulan lepas Tadika Perpaduan Fiqah telah adakan sambutan Hari Kemerdekaan. Ada dua acara, satu peringkat Tadika sahaja, dan lagi satu peringkat Daerah di Bangi. Untuk di Tadika, pelajar digalakkan memakai baju kreatif menggunakan bendera Malaysia. Mama 3F tak sempat nak tempah baju, jadi terhasillah baju kelawar MERDEKA untuk Fiqah. Berapa kali jahit-buka-jahit -buka-  baru jadi baju. Jahit dengan tangan pula tu.  Acara pada malam tersebut ialah persembahan Lagu Kemerdekaan, Sambutan Hari  Lahir pelajar, rekacipta inovasi, cenderahati untuk pelajar dan juga sesi jamuan. Next- Sambutan Kemerdekaan peringkat Daerah Hulu Langat di Tasik Cempaka Bangi. Kali ini hujan turun agak lebat, acara lewat diadakan. Tu pun tetap dijalankan dalam hujan renyai. Ada Senamrobik, Jalan kaki 1000 langkah dan Acara Perbarisan Kontinjen ikut Tadika Perpaduan masing-masing. Fiqah- tentunya Happy sekali. Lebih-lebih lagi bila dapat berkumpul dengan kawan-kawannya 

MRT

Image
Rombongan seterusnya di tahun 2017 tentunya merasai kemudahan MRT Kajang ke Sungai Buloh dengan kadar istimewa potongan harga 50% sehingga 31 Ogos 2017. Minggu pertama pelancaran MRT,  kami sekeluarga naik MRT dari Stesen Stadium Kajang ke Stesen Sungai Buloh. Memakan masa  lebih kurang 45 minit satu hala. Baliknya singgah di Pasar Seni untuk lunch dan terus ke Kajang semula.  2 minggu kemudian, ayah berhajat nak naik MRT. Jadi bawa rombongan atuk dan cucu-cucunya ke Mutiara Damansara sebab saya nak jalan-jalan kat IKEA. Jauh juga nak jalan kaki daripada stesen Mutiara Damansara, masuk The Curve tu untuk sampai ke IKEA. Sebab 1st time pergi IKEA. Nak shopping pun tak reti..ha2..Nasib baik sempat juga shopping beberapa barang yang dah aim. Lepas hajat saya nak pi IKEA dan lepas hajat ayah nak naik MRT. Kemudian balik semula selepas 1 jam shopping dengan askar yang ramai. Lagipun ayah nak balik awal ke kampung, jadi tak boleh lama-lama di IKEA.  Layan gambar rombongan Jom Naik M

Sabah

Image
Bersawang lama blog  saya Mama 3F . Macamlah bz sangat kan.ha2..Rutin harian masih diteruskan seperti biasa selagi diri bergelar seorang pekerja, ibu dan isteri. Moga dipermudahkan urusan mendatang. Amin. April lalu kami sekeluarga bercuti di Sabah. Kebetulan dapat cuti sehari public holiday sempena Pertabalan YDPA. Jadinya, Fina ponteng sekolah sehari je lah. Plan asal nak pergi anak beranak sahaja, rezeki atuk nak join makan angin, jadi bawa sekali Atuk 3F ke Sabah.  Seronok Atuk dapat makan angin ke Sabah untuk 1st time. Hari pertama sampai airport lewat petang terus settlekan urusan kereta sewa. Kat Sabah pukul 6 lebih dah gelap, lepas dapat kunci kereta sewa, kami ke Hotel di area Kampung Air. Lepas check-in hotel terus ke Waterfront makan seafood. Kat Sabah seafood memang murah. Area depan Waterfront ini hidup pada waktu malam. Ramai pengunjung lebih-lebih lagi hujung minggu. Uptown pun ada dah. Jadi waktu malam pelancong boleh shopping lepas perut kenyang. Atuk denga

Sesi Fotografi Tabika

Image
Tabika ini awal sesi fotografinya. Awal tahun dah tangkap gambar kelas siap-siap. Bagus macamtu, sebab awal tahun baju masih baru lagi. Ada juga gambar perseorangan, tapi yang tu jurugambar yang akan beri nanti. Ini gambar kelas Fiqah (6 tahun) yang cikgu dia ambil. Layan:)

Lawatan ke Balai Bomba

Image
Bulan lepas Tabika Fiqah adakan program lawatan ke Balai Bomba Putrajaya. Sukalah sangat Fiqah dapat naik bas pergi rombongan. Ini kali pertama Fiqah dapat naik bas. Bila tanya Fiqah tengok apa- dia jawab bomba tu baik mama. Dia bagi ceramah dan pasang cerita upin dan ipin yang ada bomba tu!  Mama layan gambar yang Cikgu w asap  jer lah. Bila tanya Fiqah rasa ape? Dia jawab RONOK (seronok) lah mama dapat pergi balai bomba.

Happy Birthday Fittriah

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Nur Anisah Fittriah telah genap berusia 3 tahun pada 27 Mac 2017 yang lalu. Mama beli kek dan goreng pasta untuk sambutan secara kecilan bersama keluarga. 3F memang sejak kecil, kalau potong kek, nak kene potong bertiga sekali. Kaedahnya semua dapat sambut birthday bersama-sama;) Kek ini beli daripada kedai kek di Semenyih. Kakak Fina yang pilih sebab dia cakap Fittriah suka ada patung Pikachu dan Hello Kitty. Doa mama agar Fittriah membesar dengan sihat walafiat, sentiasa ceria dan menjadi penghibur dalam keluarga kecil kita. Moga berjaya dalam menjalani kehidupan sehingga Fittriah besar kelak. AMIN.

Aktiviti Tadika Fiqah

Image
Alhamdulillah, masuk bulan kedua Fiqah bersekolah. Hanya seminggu tragedi drama sedih berlaku. Selepas seminggu, semuanya berjalan lancar dan Fiqah tidak lagi menangis bila pergi sekolah. Malahan dia suka datang ke sekolah. Cikgu pandai ambil hati dia, dan dia dah ada ramai kawan. Ini uniform Tadika Fiqah, selang seli dengan pakaian sukan tiap hari. Untuk uniform sukan, masih belum dapat lagi. Pakai t-shirt putih dan tracksuit hitam sahaja. Kasut sekolah warna putih. Fiqah ni kecil saiz badannya, pakai baju saiz s pun masih besar kat badan dia. Gambar possing pagi-pagi dengan uniform sekolah. Abaikan corak background kat dinding tu!   Ahad lalu, aktiviti pertama yang saya dapat join di sekolah Fiqah - Program Sihat dan Cergas. Aktiviti ini bersesuaian dengan namanya - SIHAT dan CERGAS. Program ini  kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Kolej Profesional Mara, Beranang. Aktiviti dimulakan dengan acara senamrobik, kemudian berjalan kaki daripada kawasan sekolah hingga keli

Fiqah Sekolah 6 Tahun

Image
Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis. Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba. Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya. Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh t

Kek Aiskrim Mudah

Image
Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka.   Bahan-bahan : Loyang boleh buka tepi. Kek gulung atau sponge cake. Coklat Kit kat secukupnya. Coklat M&M Aiskrim ikut citarasa sendiri. Nuttella ataupun jem lain.  Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih. Cara-cara penyediaan : Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan. Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali. Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simpan dalam peti