Pusat Sains Negara

Tak tahu nak mulakan dari mana. Masa berlalu dengan pantas. Diam tak diam, kita sudah berada di pertengahan Disember 2017.  Banyak perkembangan dan pengalaman baru terutamanya dari cerita persekolahan anak-anak.  Insyaallah, saya akan update untuk simpanan di sini dan sebagai kenangan  3F baca bila mereka besar nanti.

Saya mulakan dengan lawatan kami sekeluarga di Pusat Sains Negara. Oktober lalu, ada iklan NICE Expo 2017 yang dianjurkan oleh MOSTI. Jadi untuk pertama kalinya Pusat Sains Negara dibuka untuk kunjungan orang ramai.  Pusat Sains Negara telah beberapa tahun ditutup kerana sedang diselenggara dan dibaikpulih. Jadi sempena NICE Expo, Pusat Sains telah dibuka secara percuma untuk orang awam dan pengunjung. 

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara. Kami sampai lebih kurang jam 9 pagi. Memang dah ramai orang, parking pun penuh. Jika nak pergi ke sini, dinasihatkan pergi awal pagi. Kalau petang, lagi jauhlah nak menapak sebab parking yang disediakan tidak dapat menampung kereta pengunjung.

3F di hadapan bangunan Pusat Sains Negara
Sebelum memasuki bangunan utama Pusat Sains Negara (warna warni macam dalam gambar), kami pergi dulu ke kawasan bawah yang ada taman haiwan, makmal sains, taman mini, ada air pancut dan taman tema air. Tak ingat namanya. Kat sini ada ikan, arnab, ular, iguana dan beberapa haiwan lain. Kat makmal sains pula, ada pameran sains dan boleh join aktiviti yang diadakan oleh sukarelawan yang bertugas.  Boleh gunakan mikroskop juga untuk melihat sample kajian.

Fiqah try main belon besar.
Fittriah kat Taman
Seterusnya kami melawat dalam bangunan utama Pusat Sains. Mula-mula kami jumpa terowong akuarium ikan. Lepas tu bermula pameran sains yang boleh dicuba sendiri dan semestinya boleh menambahkan ilmu sains dengan penerangan yang disediakan. Besar juga kawasan dalam ni, tak sempat round habis. Memandangkan ada NICE Expo, masa kami sampai ada pertempuran Robot Tempur. 

 Beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan:
Fina cuba gunakan mesin yang dicipta dengan hanya tepuk tangan, boleh melambung bola masuk ke dalam bakul.

Rangka kat dalam cermin akan ikut gerakan Fina di luar.Tengah kayuh basikal.

Baba tengah buat sambungan paip untuk masukkan bola.
Ni kat ruang pameren di atas.

Sebenarnya banyak sekali aktiviti sains yang boleh dicuba terutamanya untuk anak-anak. Cuma mungkin kena pergi masa hari biasa sebab jumlah pengunjung terlalu ramai lebih-lebih lagi masa kami pergi sedang berlangsung NICE Expo.  

Lepas penat round dalam Pusat Sains, kami berehat minum dan makan di cafe bersebelahan bangunan.  Last sekali, kami turun semula ke Taman Tema Air yang terletak bahagian bawah sekali daripada taman haiwan. Ada juga acara flying fox berdekatan sini.  Kat sini tak dan nak tangkap gambar sebab masa ni cuaca panas. Nasib bawak baju spare, 3F sempat berendam dan main kat Taman Tema Air. 

Tamat kisah lawatan pertama ke PUSAT SAINS NEGARA.
Highly recommended untuk parent bawa anak-anak berjalan sambil dapat menambah ilmu!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu