Pertandingan Mewarna

Awal November lalu, balik daripada kerja masa nak ambil Fittriah di Taska, saya nampak banner mengenai ada Hari bersama IWK. Sempena Majlis Pelancaran Pusat Kumbahan yang baru di taman kami. Tertulis di banner, ada salah satu acaranya - Pertandingan Mewarna. Sejak dah jadi mak-mak ni, memang suka sangat bila anak dapat join pertandingan mewarna. Tak kisahlah menang atau tidak. Yang penting anak-anak happy. 

Jadi Sabtu pagi, saya bawa 3F di tempat yang dijadualkan. Fittriah pun masuk sekali. Sementara mereka masuk mewarna, saya pergi ke beberapa booth pameran yang ada. Daftar sekali untuk cabutan bertuah nanti. Masa ini hujan on off. Saya tunggu juga hingga habis Majlis sebab nak tunggu cabutan bertuah. Mana tau ada rezeki 3F.

Hari bersama IWK
Alhamdulillah, tengah tunggu cabutan bertuah, dapat keputusan mewarna. Ada nama Syafiqah untuk hadiah saguhati. Dapat jam tangan ;). Yang tak menang, dapat color yang dibekalkan masa mewarna tadi dan juga goodies beg ada air kotak dan jajan. Sambil tunggu nombor naik, ada seorang wanita yang baik hati berikan kami nombor cabutan bertuah dia kat Fina masa nombor dia dipanggil. Dapat hamper. Lepas tu kami tunggu lagi, alhamdulillah nombor saya dipanggil. Hadiahnya dalam tu ialah periuk nasi elektrik. Memanglah suka sangat, sebab dapat hadiah kan....Alhamdullillah rezeki 3f. TQVM IWK!

Next, tengah bz shopping kat Giant dengan 3F, ada staff kat situ tanya, nak masukkan anak masuk pertandingan mewarna tak kak..Saya tanya kena tunggu lama tak, dia cakap, lepas semua siap color, terus tunggu keputusan dan dapat hadiah. Ok, mari kita cuba nasib. Mana tau ada rezeki 3F lagi..Fina, Fiqah dan Fittriah masuk pertandingan color. Gambar Sponge Bob. Alhamdulillah, rezeki Fina dapat hadiah tempat kedua. Dapat hamper lagi dan hadiah saguhati pun Fina dan Fiqah dapat. TQVM GIANT!

Fina Tempat Kedua Mewarna @ Giant


Seterusnya 2 minggu kemudian, saya bawa Fittriah dan Fiqah ke Giant hari Ahad. Kebetulan ada pertandingan mewarna. Tema kali ini warna carton Cars. Fittriah dan Fiqah tak menang, dapat hadiah saguhati. Alhamdulillah, rezeki. 
Minggu berikutnya saya dah aim Giant sure adakan  lagi pertandingan mewarna. Sebab selang minggu saya pergi, masih ada pertandingan tersebut hari Sabtu dan Ahad. Mungkin sempena sambutan Anniversary Giant situ. Jadi pergi kali ini Fiqah tak nak ikut. Mungkin dia frust sebab tak menang minggu sebelumnya. Dia cakap, ika dah color cantik-cantik tapi tak menang. Memanglah, sebab pertandingan ini tak ikut usia, maknanya kena bertanding dengan kanak-kanak yang dah sekolah rendah. Sure diorang color lagi cantik. Jadi pertaruhan pada Fina pula..ha2...Fina dan Fittriah masuk mewarna, kali ni tema Poney. Memang sesuai dengan gegirl. Alhamdullillah, Fina menang lagi tempat kedua dan Fittriah dapat hadiah saguhati lagi. So, dah cukup 3 kali masuk pertandingan mewarna di Giant, jadi kita stop dulu. Insyaallah, ada rezeki lagi, boleh join jika ada kesempatan. TQVM  again GIANT!!!

Fittriah yang tak pernah putus asa, tetap nak masuk walau tak menang.ha2.
Tempat Kedua Mewarna @ Giant. Tahniah Fina!

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu