Posts

Showing posts with the label FF

Kakak Fina & Kakak Fiqah

Image
Ini kisah si kakak sulung : FINA Sudah berusia 5 tahun 7 bulan. Masih bersekolah di Taska Nasyrah di ofis saya. Boleh berdikari tetapi masih mengekalkan tahap kemanjaan nya. Cakap masih pelat. Boleh jadi kawan berbual saya. Rajin menolong ikut mood dia, kalau malas, tak buatlah jawabnya. Suka main games, tengok cerita Frozen, cerita power rangers. Pandai nyanyi lagu Frozen versi bahasa Fina. Kisah si kakak tengah : FIQAH Sudah  berusia 2 tahun 7 bulan. Saya hantar taska yang sama dengan Fitri - dekat dengan rumah. Lebih lancar dan jelas percakapannya. Tidak pelat sangat. Start bulan ini suka menangis tanda protes dan kuat merajuk. Pagi-pagi nak babanya hantar ke taska. Lebih suka main peralatan dapur seperti senduk, kuali,  periuk daripada main mainan dia.

Cameron Highlands

Image
Percutian terakhir keluarga sebelum mama F&F melahirkan 3rd baby. Nasib baik perancangan ngam-ngam sahaja sebelum due date. Kalau tak, tak laratlah nak cuti-cuti Malaysia. Saya mohon rumah RPP di Cameron Highlands setahun yang lalu. Kemudahan dan bilik amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. RM25 sahaja semalaman. Bilik besar dan selesa. Selebihnya tak duduk sangat dalam bilik sebab pergi bercuti tentunya keluar berjalan-jalan. Tapi sendiri ingatlah, memang kena booking awal berebut-rebut sebab berjuta yang mohon. Ini kali pertama saya dan abang pergi ke Cameron.Jauh juga rasanya. Pergi kami ikut jalan Tapah, balik pula lalu ke Simpang Pulai. Perjalanan pergi, jalan memang bengkang bengkok. Pening lah juga rasa. Orang kata, dah tak banyak kereta lalu jalan ini sebab jalan baru di Simpang Pulai tu lagi elok. Tapi tak apalah, bila lagi nak lalu jalan ini. Jadi abang plan, pergi lalu jalan Tapah, balik baru lalu Simpang Pulai. Dalam perjalanan pergi, ternampak air terjun di t...

Bercuti

Image
 Fiqah 2 tahun lah! Sempena Birthday saya yang ke 2 tahun, mama dan baba bawa saya bercuti di Goald Coast Morib.  Saya dan akak Fina suka betul dapat main air puas-puas. 2 hari kami berendam bermain dalam air. Seronok. Kakak Fina main tak berhenti, naik gelongsor air, berenang sampai penat. Lain kali mama bawa kami bercuti ke sini ye, itu pesanan akak Fina. Saya dah kesejukan ni... Dah  habis bercuti di Morib, kami pulang ke kampung mama di Negeri Sembilan. Kat kampung saya main-main dengan akak-akak lain pula ~ kak anya&kak ya. Nenek beri kami main dengan rabbit. Nenek bela banyak rabbit kat kampung. Saya makan banyak buah rambutan kat kampung. Baba balik ke Jelebu untuk kerja, saya tinggal dengan akak Fina dan mama di kampung. Hujung minggu baba balik untuk jemput kami. Hari Jumaat saya balik ke kampung nenek mama di Selandar. Ada sepupu mama kawin. Saya tengok pengantin di Masjid. Mama kata ada Majlis Akad Nikah. Esoknya baba bawa kami balik ke ka...

Birthday F&F

Image
Cuti hujung tahun saya habiskan bersama keluarga di kampung, di samping membawa anak-anak berjalan makan angin. Kebetulan Along&family pun turut bercuti jadi saya sambut Birthday Fina dan Fiqah di kampung pada tarikh hari jadi Fiqah 25 Disember yang lalu. Combine sekali dengan akak Fina nya yang akan sambut Birthday pada New Year. Mama tak larat nak buat kek besday FF tahun ini, jadi kita order sahaja dari kedai kek di Bahau ye.Ini kek pilihan mama untuk puteri-puteri tersayang :- Kek Aiskrim perisa vanila &coklat..sedap!!!!!!! Fiqah dah genap 2 tahun..Happy Birthday sayang ;) Acara memotong kek..yeay!!!!   Bersama kak ya & anya. Happy Birthday untuk anak-anak mama & baba. Moga anak-anak mama sentiasa dirahmati oleh Allah, membesar sebagai orang yang berguna, menjadi anak yang solehah dan anak yang bijak. Mama dan baba sayangkan kamu berdua kerana Allah. Mama doakan yang baik-baik sahaja untuk kehidupan anak-anak mama dunia akhirat. ...

Muzium Kesenian Islam

Image
1st time juga ke Muzium Kesenian Islam. Bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 6 tahun masuk percuma. Sama juga seperti di Muzium TUDM, ramai rombongan budak sekolah yang datang. Ada 3 tingkat kalau tak silap. Tingkat bawah sekali ada pameran sempena 50 tahun Jubli Emas Tabung Haji Malaysia. Jadi pameran berkisar tentang pengalaman Haji di Makkah dan juga perjalanan rombongan haji sepanjang musim haji. Tingkat satu Galeri Al-Quran dan manuskrip, galeri dunia Melayu dan galeri senibina. Tingkat dua pula galeri barang kemas, galeri senjata, galeri tekstil, galeri kerja kayu, galerai seramik dan galeri matawang dan cap mohor. Punya banyak galeri kan, macamlah boleh ingat semua, jangan risau, sebelum masuk ke tempat pameran, pelawat dibekalkan dengan pamplet/buku panduan Muzium. Jadi boleh refer kat situ untuk melawat kawasan muzium. Nak katanya, nampak mcm kecik jer muzium ini tapi bila dah berjalan, besar juga kawasannya. Dan yang paling penting, memang...

Muzium TUDM

Image
Bangun pagi-pagi di hujung minggu, tiba-tiba abang bagi idea. Jom kita pi Muzium TUDM nak? Sebab tak ada plan dan tak pernah sampai pun ke Muzium TUDM, kami anak beranak pun pergi. Lebih kurang pukul 10 pagi sampai ke sana. ( dah macam karangan sekolah lah pulak ) Punya banyak bas sekolah yang ada, so, ramai lah budak-budak sekolah yang turut melawat muzium. Masuk percuma sahaja.   Muzium ni dah lama dibuka, dari tahun 1980an lagi. Cuma sekarang tempatnya macam kurang dijaga. Kalau masuk dikenakan sedikit bayaran, mungkin kawasan muzium dapat diselenggara dengan baik. Pendapat saya lah. Tapi budak-budak happy jer dapat tengok macam-macam jenis kapal terbang dan helikopter yang ada.   Next station :   MUZIUM KESENIAN ISLAM.   Lawatan sambil belajar untuk family F&F di hujung minggu. hi2.  

Kek Kukus

Image
  Lama tak buat projek bakeri, ini latest percubaan membuat kek. Ini Kek Pelangi Kukus, tapi saya jadikan gabungan vanila & coklat sahaja. Sesuai untuk minum petang, kenduri ataupun sebagai buah tangan bertandang ke rumah sanak saudara.   KEK PELANGI KUKUS (Sumber Google) Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) · 1 cawan mentega · 1/2 cawan gula kastor · 3 biji telur · ¼ cawan susu pekat · ¼ cawan serikaya · 1½ cawan tepung gandum · 1 sudu kecil serbuk penaik · 1 sudu besar koko · 1 sudu kecil vanila · Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga Cara Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu aduna...

Fina Fiqah

Image
Berdiam diri bukan bererti sepi, cuma tiada kesempatan masa dan kurangnya aura mengupdate blog.  Tunggulah waktu rajin yang tiba-tiba datang, barulah boleh menggerakkan jari jemari menaip dengan lajunya. Patutlah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang penulis, kalau tidak, memang lingkuplah sebab tak ada penulisan baru. Kali ini nak update cerita Fina dan Fiqah. Nak cerita apa lagi kan, tentunya cerita dua orang puteri yang semakin membesar. Lorrr...dah besar rupanya anak-anak mama. Fina : 4 Tahun 10 bulan. Suka mewarna, menulis, menonton vcd cerita karton. Sekarang dia suka tengok cerita Barbie. Hari-hari nak tengok cerita Barbie. Makin petah bercakap tapi masih pelat lah akak Fina ni. Mengekalkan tahap kemanjaan sebab anak sulung kan, tak boleh adik lebih daripada dia.       Fiqah: 1 Tahun 9 bulan Boleh dah cakap sikit-sikit. Fiqah kurang pelat macam akak Fina. Suka makan pisang emas, sehari 3 biji pun boleh. Pandai...

Gambar Raya F&F

Image
Sebelum Hari Raya Haji berkunjung tiba, saya kongsikan dulu dua keping gambar F&F di pagi Raya Aidilfitri tahun ini. Abang Kudip, Fiqah, Kak Ya, Anya, Raissa & Fina Tengah cari-cari  gambar raya, terjumpa pula gambar Fiqah masa dia kecil-kecil. Bambam juga walaupun tak semontel Fina. Ini masa dia 5 bulan. Sekarang dah berlari dah. Serius nya muka Fiqah....

Adik & Kakak

Image

F&F

Image
Fina :) Sudah 4 tahun 4 bulan. Sudah boleh baca doa seperti yang diajar oleh Teacher di taska. Sudah boleh memberi respond ketika ditanyakan soalan. Sudah boleh diajak berbual. Masih manja dan mudah merajuk. Suka menguji kesabaran mama dan baba. Suka mewarna. Suka membaca iqra'. Pandai dah jelous dengan adik. Kuat makan, kuat melawa, kuat make-up.   Fiqah :) Sudah 1 tahun 3 bulan. Sudah banyak gigi. Sudah faham apa mama cakap. Suka makan keropok. Cakap ma (mama), ba(baba), na (nak), daa (cinda-kucing). Bila cakap dah habis- dia goyangkan tangan isyarat dah habis. Suruh pegi mandi, nak buka baju letak dalam bakul. Suruh sayang, diciumnya pipi mama sambil sebut muaah.   Dua puteri yang menceriakan hari-hari saya. Bila kita hendak marah, atau tertekan, cuba kita tengok orang lain seperti cara kita  lihat kanak-kanak atau bayi. Mesti kita rasa suka dan sayangkan mereka kerana kita melihat mereka tanpa rasa hasad, tanpa rasa dos...

DIY Aiskrim

Image
Memenuhi tempahan cupcakes pelanggan, sempat lagi bershopping acuan aiskrim untuk Fina dan Fiqah di Yummie Bangi. Keluar di waktu rehat hari Jumaat, memang agak semput untuk bershopping. Lebih-lebih lagi, bila bos ada. So, tak boleh balik lewat. Kalau bos tak ada pun sebenarnya kene balik awal juga, cuma tidaklah terlalu mengejar masa yang tepat . Bekas aiskrim potong ini berharga RM3.50 sahaja. Ada 4 acuan sekali dengan batang aiskrim. Cuti hujung minggu saya buatkan aiskrim strawberry bandung untuk Fina dan Fiqah. Suka diaorg dapat aiskrim mama nya buat. Ayat Fina ~ hebatnya mama..ha2..Kagum anak-anak bila mama boleh buat aiskrim sendiri .   Aiskrim strawberry yang sudah siap **Tips untuk keluarkan aiskrim daripada bekas : lalukan dulu bekas aiskrim di air paip dan kemudian baru tarik keluar .   Satu untuk akak Fina Satu untuk baby Fiqah F&F tengah menikmati aiskrim..yumm-yumm   Fiqah, tersenget-senget kepala makan aiskrim...

Kenduri Makteh Ira

Image
Minggu lepas kami pulang ke Terengganu untuk meraikan perkahwinan adik ipar. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Membantu apa yang patut, meraikan para tetamu dan bertemu saudara mara. Kenduri kendara secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara sesama kami. Tempoh yang agak lama tiada kenduri kahwin di rumah mertua saya di Terengganu. Last sekali kenduri pada perkahwinan adik ipar saya pada tahun 2007. Dah hampir 6 tahun berlalu, seusia perkahwinan saya. Insyaallah, ada lagi beberapa kenduri yang akan menyusul memandangkan adik beradik abang memang ramai. 13 orang semuanya, ada 4 lagi yang masih belum berkahwin.   Tahniah kepada adik ipar saya - Azira dan pasangannya Faizal. Selamat Pengantin Baru. Moga perkahwinan mereka sentiasa diredhai oleh Allah dan berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat. Jom layan gambar;) Sehari sebelum kenduri, time ni nak pergi kenduri kahwin rumah jiran seberang jalan. Rasmikan pelamin.   Di hari kejadian,...

Bersama

Image
Akak Fina dengan Fiqah banyak meluangkan aktiviti bersama. Maklumlah, itu sahaja kawannya di rumah. Kadang-kadang baik sangat mereka berdua, kadang-kadang duduk dekat pun tak boleh. Fiqah pun dah makin faham apa orang cakap. Jadi bila akaknya marah dia, dia selamba je lawan balik. Dengan gaya bahasa baby lah. Comel dan terasa riuh rumah dengan suara anak-anak. Dan akak Fina masih mengekalkan reputasinya sebagai seorang yang manja daripada adik. Tak boleh adik lebih sikit.   Share gambar dua beradik ini tengah bermesra;) Hisap botol bersama. Fiqah tu, bila tengok akaknya hisap botol, dia pun nak. Padahal bukan dia minum sangat pun. Habis tumpah ke baju. Mamanya isilah air sedikit untuk melayan kerenahnya. Kalau tak, berebut dengan akak Fina.   Sama tak rupa kami???? Possing gedik-gedik pula. Yeay! dah habis, possing gaya bebas..   Banyak lagi aktiviti bersama mereka berdua. Paling selalu ialah main air bersama. Dua-dua suka berendam dalam bilik air....

Kidz Paradise Mines

Image
Awal bulan ini saya sekeluarga berkunjung ke Kidz Paradise di The Mines Sri Kembangan. Memandangkan abang bekerja di sebelah paginya, jadi kami ke Mines waktu petang. Seronok Fina dan Fiqah bermain, cuma mungkin cuti hujung minggu memang ramai orang sangat. Sampai satu tempoh, kaunter tu tutup untuk kemasukan pengunjung yang lain. FULL HOUSE.  Lbih kurang 4 jam Fina dan Fiqah beriadah di Kidz Paradise. Sampai dalam kereta, dua-dua tidur keletihan.   Tiket kalau tak silap harganya RM30, kalau ada offer di GROUPON dapatlah RM10 untuk seorang kanak-kanak. Boleh ditemani seorang penjaga. Jadi mak ayah pun boleh join sekaki lah main-main dalam tu. Best tu, terutamanya bab main pasir moden. Memang tak jumpa masa zaman saya kecil-kecil dahulu. Cuma kalau datang ke sini, kena pakai stokin. Kalau tak bawa, boleh dibeli di kaunter dengan harga RM4.   Secara peribadi, kawasannya ok, tak luas sangat, anak-anak seronok main, cuma kalau boleh pergi m...