02 October 2013

Fina Fiqah

Berdiam diri bukan bererti sepi, cuma tiada kesempatan masa dan kurangnya aura mengupdate blog.  Tunggulah waktu rajin yang tiba-tiba datang, barulah boleh menggerakkan jari jemari menaip dengan lajunya. Patutlah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang penulis, kalau tidak, memang lingkuplah sebab tak ada penulisan baru.

Kali ini nak update cerita Fina dan Fiqah. Nak cerita apa lagi kan, tentunya cerita dua orang puteri yang semakin membesar. Lorrr...dah besar rupanya anak-anak mama.


Fina :
4 Tahun 10 bulan.
Suka mewarna, menulis, menonton vcd cerita karton. Sekarang dia suka tengok cerita Barbie. Hari-hari nak tengok cerita Barbie.
Makin petah bercakap tapi masih pelat lah akak Fina ni.
Mengekalkan tahap kemanjaan sebab anak sulung kan, tak boleh adik lebih daripada dia.


 
 
 
Fiqah:
1 Tahun 9 bulan
Boleh dah cakap sikit-sikit. Fiqah kurang pelat macam akak Fina.
Suka makan pisang emas, sehari 3 biji pun boleh.
Pandai nyanyi lagu Burung Kakak Tua.
Gigi masih belum penuh.
 
 
 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails