Kehadiran 3rd baby

 
3rd baby ~ 17 minggu
 
Panjang bayi anda sekarang hampir 13sm dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 140g. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung yang dipanggil myelin mula membalut saraf tunjang dengan perlahan-lahan.

*****************************************************************************************
Mengandung 3th baby tak lah sehebat auranya jika dibandingkan dengan anak sulung. Saya rasa semua orang begitu. Jika anak sulung, begitulah menjaga dan memanjakan diri bersungguh-sungguh. Tak larat, asyik nak tidur dan berehat. Yelah, tak ada gangguan lain. Kat rumah pun duduk berdua sahaja dengan suami. Bila dah masuk anak no. dua, gagahkan diri juga untuk menjalani aktiviti harian. Kurang sikit manja dan mengada-ngada, terutamanya untuk dilayan si suami. Kadang-kadang kat ofis, larat jer, bila balik rumah, tengok muka suami, semua kerja jadi tak larat nak buat.Ha2..pengalaman mengandungkan anak pertama. Memang mengagumkan. Dan nak makan apa sahaja, semua akan diperolehi dengan mudah. Padahal bukan ngidam pun, tekak terasa nak makan, dan cik abang pun rajin melayan. Ingat dahulu, abang sanggup temankan saya makan Pizza Hut kat Kajang masa mengandungkan Fina. Layan jer lah walaupun dia tak makan pun. Sekarang???? Ha2..tak kose dah nak melayan kan, kalau nak makan, adjust sendiri sahaja. Saya ok, sebab memang dah tau perangai abang yang tidak minat makan pizza ke, fast food ke, sebab itulah dia.   
Tapi bila dah masuk no. 3, hakikatnya memang tak reti nak rehat. Sebabnya dah ada dua orang Puteri yang nak dimanjakan dirumah. Jawabnya memang diri sendiri pun dari tak larat, terus jadi larat.  
 
Syukur Alhamdulillah, seperti pengalaman mengandungkan Fina dan Fiqah, kali ini saya tidak ada alahan yang teruk. Tekak boleh makan dengan selera, tidur pun nyenyak, badan pun tak letih sangat. Cumanya, awal-awal mengandung saya tidak boleh masak. Masuk 2 minggu tak masak kat rumah. Tak lalu dan nyampah pulak nak pegang kuali/periuk/senduk kat dapur. Ini kategori alahan juga ke? Lorr... Hari-hari cuti memasak dipenuhi dengan aktiviti makan roti atau buah sahaja waktu malam. Abang pula masak sendiri dan makan bersama anak-anak. Selepas 2 minggu, baru saya boleh masak seperti biasa. Dah hilang alahan malas memasak. Selainnya, saya amalkan ambil salindah untuk anak ketiga ini. Dan amalkan makan kurma setiap pagi serta minum air delima. Mengikut kawan baik saya, amalan minum air delima boleh elakkan baby kena sakit kuning. Jadi, untuk langkah awal, saya minum sahaja.  Masam-masam dan menyegarkan rasanya. Cuma kalau saya minum, saya tambah gula sikit. Baru sedap.
Cerita bab checkup pula, sekarang untuk first checkup akan set appointment untuk terus minum air gula dan ambil darah. Kalau tak silap untuk 25 ke 28 tahun ke atas. Kalau dulu-dulu, tunggu ada masalah baru ambil air gula. Sekarang awal mengandung dah kena minum air gula.  Itu memanglah pengalaman yang tidak seronok. Minum secawan air gula yang betul-betulkhaw rasanya. Nak muntah pun ada, tapi kalau muntah kena repeat lagi naya. Lepas minum air gula, tunggu 2 jam untuk ambil darah. Bab ni dah settle 10 hb Okt yang lepas. Dan Klinik Desa Rinching masih menjadi tempat temujanji pemeriksaan kesihatan saya untuk kali ini. Dengan layanan nurse-nurse yang baik dan tak lah ramai sangat orangnya. Masuk kali ini dah 3 kali saya buat checkup untuk 3rd baby. Insyaallah due date 3rd baby pada awal April tahun depan. Sempena bulan kelahiran baba dan sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Lorrr…7 tahun dah rupanya.. Banyak sungguh lorrrr tapi yang penting itulah kebahagiaan saya dalam hidup. Berkongsi hidup bersama pasangan yang ditakdirkan oleh Allah untuk saya dan memiliki cahaya mata penyeri kehidupan rumah tangga kami.

 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..