Posts

Showing posts with the label Cakes

Kek Aiskrim Mudah

Image
Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka.   Bahan-bahan : Loyang boleh buka tepi. Kek gulung atau sponge cake. Coklat Kit kat secukupnya. Coklat M&M Aiskrim ikut citarasa sendiri. Nuttella ataupun jem lain.  Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih. Cara-cara penyediaan : Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan. Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali. Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simp...

Sugarflours

Image
Jumaat lepas, setelah mendapat info daripada rakan sepejabat, saya ke Alamanda. Ada pameran kek katanya. Ingatkan nak cari peralatan yang sesuai untuk deko kek. Tapi bila tengok harganya yang mencecah ratusan rm, terus tutup mata. Pameran ini dianjurkan oleh SUGARFLOURS Sangat cantik dan kreatif kek-kek yang dihasilkan. Kebanyakannya sesuai untuk Majlis Perkahwinan. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil. Rasa seronok kerana dapat melihat sendiri kek-kek disana. Terlalu cantik hingga timbul rasa sayang kalau nak potong kek tersebut.

azcupcakes.blogspot.com

Memandangkan blog ini tujuan asalnya sebagai perkongsian mengenai pengalaman saya semasa menjayakan BF dan perkembangan pembesaran Fina dari tahun ke tahun, jadi saya rasa lebih baik saya wujudkan satu blog khas yang ada kaitan dengan minat baru saya dalam bidang kek dan cupcakes. Secara rasminya saya 'melancarkan' blog AZCUPCAKES.BLOGSPOT.COM . Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan harga kek/cupcakes, sila emel ke azlizacakes@yahoo.com . Blog ini masih dalam pembinaan dan dalam proses penambahbaikan. Doakan saya maju jaya dalam bidang ini.

Pandan Sponge Kek

Image
B esday Kak Ya sebenarnya pada bulan depan, pada tarikh yang sama (maklang tersalah bulan daaa...), jadi semalam saya dah siapkan bahan-bahan untuk buat kek besday Kak Ya. Bila buka blog, baca komen kaklong, baru perasan yang tarikh lahir Kak Ya sebenarnya 22hb 2. Aiyakkk, maklang betul-betul tersalah tarikh. Tapi tak apalah, kira ucapan awal in advance sebulan ya:) Sebab dah plan nak buat kek besday pada awalnya, terus tukar plan buat kek pandan khas untuk baba pula. Abang ni memang tak layan sangat kek coklat. Jenis yang suka kek-kek perasa asli macam pandan, sesuai sangatlah dengan taste nya. Dah cukup semua bahan, saya sediakan kek sponge pandan 8" ini:) Dah tinggal separuh baru ingat nak tangkap gambar. Komen juri : Rasa kek sama macam yang beli kat kedai. Tu pasal kejap jer tinggal separuh kek saya!

Kelas Kek

Image
Agak lama tidak update blog. Minat dan hobi baru terhadap bidang bakeri telah membuka hati saya untuk hadir kelas basic buttercake dan basic fondant wedding cake di Bake and Deco @ Bangi pula. Kali ini saya diajar oleh Kak Ellie. Sejak jatuh hati ke bidang ini, saya agak teruja dan seronok untuk menghasilkan kek yang cantik dan sudah tentunya perlukan saya mencari ilmu dengan teknik-teknik yang betul. Secara asasnya saya mempelajari teknik membuat 2 jenis kek - kek sponge & kek butter, cara menggunakan peralatan dalam dekorasi kek, cara melepa kek dengan buttercream dan fondant, tips menggunakan nozzle, menghasilkan corak dengan nozzle, membuat ising buttercream dan homemade fondant dan banyak lagi sebenarnya. Memang berbaloi pergi ke kelas Kak Ellie. Terima kasih atas ilmunya:) Ini gambar kek yang dihasilkan dalam kelas Basic Buttercream Cake dan Basic Fondant Wedding Cake :) Kek sponge vanilla dengan basic deko menggunakan buttercream. dan ini pula kek butter yang dihias menggun...