Kek Aiskrim Mudah

Lama tak buat projek baking sejak pindah ke rumah Kajang. Bila malas nak baking kek, kita cari resepi kek yang mudah dan tentunya disukai oleh anak-anak. Kek aiskrim jadi pilihan saya untuk kali ini. Sempena Birthday 3F yang lalu, saya sediakan kek ini untuk kek besday mereka. 

 Bahan-bahan :
  • Loyang boleh buka tepi.
  • Kek gulung atau sponge cake.
  • Coklat Kit kat secukupnya.
  • Coklat M&M
  • Aiskrim ikut citarasa sendiri.
  • Nuttella ataupun jem lain. 
  • Riben, tag happy birhday, lilin dan lain-lain deco yang dipilih.
Cara-cara penyediaan :

Susun coklat kit kat secara memanjang mengikut acuan loyang yang digunakan.
Selepas itu susunkan kek gulung di bahagian bawah sekali.


Kemudian, masukkan aiskrim dan padatkan atas kek. Masukkan dalam peti ais dahulu. Saya gunakan 2 jenis aiskrim, yang lapisan pertama aiskrim vanila oreo dan lapisan kedua aiskrim rainbow. Setelah lapisan pertama aiskrim keras, keluarkan kek dan letakkan pula lapisan kedua aiskrim. Simpan dalam peti ais sehingga keras.


Setelah itu, letakkan lapisan kek gulung di bahagian atas aiskrim tadi. Saya letakkan nuttela di atas lapisan kek tadi bagi kemasan bahagian atas. Masukkan semula dalam peti ais.


Untuk deco terakhir, taburkan coklat M&M di bahagian atas kek dan hiaskan dengan tag Happy Birthday atau deco lain yang dipilih. Kemudian keluarkan kek dari loyang, pindahkan atas papan kek dan ikatkan dengan riben dikeliling kek. Kek ini ikut acuan loyang yang kita gunakan. Saya gunakan acuan bentuk love.


Ini kek yang telah siap sepenuhnya. Diingatkan agar upacara potong kek diadakan dengan cepat sebab kalau lama di luar aiskrim ini akan cair. Jadi hilanglah seri kek aiskrim ini pula. Kos untuk buat kek ini lebih kurang RM40++ sahaja. Sangat jimat daripada tempah kek dari baker/kedai kek yang lain kan. Yang penting dihasilkan dari air tangan sendiri sebagai tanda kasih sayang ibu untuk anak-anak. 



Alhamdulillah, anak suka, mama pun suka. Selamat mencuba.Gerenti jadi!
 

Comments

  1. Bestnya mama rajin buat kek. Aunty pun suka gak kalau ada orang buatkan =P. Nak try buat jugaklah nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu