Fiqah Sekolah 6 Tahun


Nur Irdhina Syafiqah ~ buat drama sedih sejak seminggu bersekolah baru. Hari pertama dia ok, bila tanya seronok tak pergi sekolah, dia jawab ika seronok! Hari kedua dah start buat sinetron dengan baba dia, bila hantar pergi sekolah menangis. Cakap ika tak nak sekolah. Hari ketiga pun sama, banjir lagi pagi-pagi. Baru pakai kasut nak keluar rumah dah menangis.

Hari keempat tukar alasan, nak mama yang hantar dan jemput tengahari. Babanya rajin melayan, tengahari datang jemput dia hari Jumaat. Lepas tu bila nak pi solat Jumaat, dia nak ikut, babanya bawa pergi masjid. Dah habis waktu rehat, bila babanya hantar pergi rumah kaklong, menangis lagi nak ikut baba.

Setiap hari tanya berapa hari lagi sekolah mama...kalau jawab lagi 2 hari dia sukalah, sebab Sabtu Ahad dah cuti tak yah sekolah. Hari ini pun banjir lagi. Hantar masuk kereta baba, dia dah drama. Nak ikut mama pula katanya.
Ika-ika....Tak tahulah mama kenapa ika jadi macamni. Dia cakap nak duduk rumah aje, boleh tidur..ha2..

Bertabahlah mama-baba-awal-tahun-2017

Tak tau cara mana lagi nak pujuk Fiqah. Semua cara tak jalan. Tapi bila dah kat sekolah, Cikgu  kata dia ok jer. Semalam yang terbaru bila saya tanya kenapa Ika sedih nak pergi sekolah, dia jawab ika tak tahulah mama, tulang-tulang ika yang buat ika sedih. Sampai tulang-tulang pun terlibat sudah....

Harapnya minggu-minggu yang mendatang Fiqah akan biasa dengan rutin hariannya. Tak shooting drama free lagi dengan mama dan baba.

Comments

  1. Hahaha. Terbayang cerita Ali Baba yang cakap kat bini dia ... "bukan abang malas nak kerja, tapi tulang-tulang abang ni dah repottt. Kalau tak percaya, mari sini dengar" (sambil goyang-goyang kan tangan). Fiqah anak bijak ni Mama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall