15 February 2012

@ kampung

Berada di kampung, siang panas berbahang, malamnya pula sejuk hingga ke tulang. Mama Fina&Fiqah masih bercuti di kampung bersama 2 puterinya. Seorang tidur belah kanan, seorang tidur belah kiri. Fina mengisi masa dengan aktiviti bebas di kampung. Keluar masuk rumah tanpa halangan. Kalau di Pelangi Semenyih, main dalam rumah sahajalah. Fiqah pula, seperti biasa dalam proses membesarkan badan agar mengikut jejak langkah kakaknya waktu kecil dahulu. Hari ini Fiqah sudah berusia 52 hari. Lagi 1 minggu dah masuk usia 2 bulan.

Cerita pasal orang habis pantang, terasa banyak lebihan lemak yang masih tebal sana sini. Makan memang tak dicatu. Bf baby, kejap-kejap lapar. Nak pakai jeans lama pun dah sangkut di peha. Ada lagi sebulan lebih naik kerja, sempat lah agaknya nak kembali langsing seperti dahulu kala. Orang perempuan selepas bersalin, memang rasa diri gemuk. Dah mengandung 9 bulan, ambil masa juga nak kurus. Tapi dengan bf, lebih banyak kalori yang akan dibakar dengan cara yang mudah. Program pelangsingan percuma untuk ibu-ibu yang malas bersenam seperti saya.



Ahad lepas ayah bawa kami ke Pantai Puteri Melaka. Pertama kali bawa Fiqah berjalan jauh. Nasib baik Fiqah tak meragam. Fina suka sangat dapat main air laut. Lain kali boleh pergi lagi. Berjalan dengan bawa baby kecil agak terhad masanya. Nak upload gambar, kabel telefon dah hilang entah ke mana. Kena beli baru la jawabnya.

Esok kami akan pulang ke Pelangi Semenyih semula. Kesian baba Fina & Fiqah duduk seorang. Cukuplah 2 minggu menikmati cuti-cuti Malaysia di kampung. Selepas ini, nak jalankan plan seterusnya pula.

Sebelum terlupa, selamat bertugas di tempat baru untuk baba F&F. Hari-hari ke JOLOBU jolobak lah jawab eh!

10 February 2012

Kampung

Sudah 5 hari saya di kampung bersama mama dan baby Fiqah. Baba tak ada, kerja. Nanti baba datang jemput kami, mama kata baba nak exam, jadi biar baba study dengan aman kali ini. Kalau tidak, sayalah yang paling suka 'teman' baba study.

Hari-hari saya tak tidur petang, saya sibuk nak main. Baby Fiqah, tidur sahaja. Saya suka main dengan arnab nenek. Nenek ada 2 ekor arnab, seekor warna putih, seekor warna coklat. Namanya choku dan aput.
Saya selalu tolong nenek beri arnab makan carrot. Atuk dah buat rumah untuk arnab di halaman belakang. Bila saya suka, saya pergi melawat arnab.


Petang pula saya ikut atuk pergi tengok kambing di kebun. Atuk ada banyak kambing. Tapi saya takut nak tengok dekat-dekat. Selepas itu atuk bawa saya ke kedai beli coklat kecil. 


Bila atuk ada di rumah, saya main lawan-lawan ultraman dengan atuk. Atuk jadi raksasa dan saya jadi ultraman. Petang pula atuk bawa saya round naik motor ronda-ronda kampung.

Hari ini saya tak pakai pampers. Tapi dah 2 kali saya terkucil tak sempat pergi bilik air. Mama kata saya dah besar, tak malu lah pakai pampers.
Mesti baba tersenyum dengan kebolehan saya ini. 
Nanti minggu depan baba jemput kami, lepas itu kami nak pulang ke kampung baba pula di Terengganu. 

09 February 2012

Serupa


Sebelah kiri gambar Fina, sebelah kanan gambar Fiqah.
Hampir serupa kan.
Gambar ini masa Fina dan Fiqah berusia sebulan lebih.
Pakai topi yang sama.
Pipi Fiqah dah makin berisi dan masih mengekalkan aktiviti utamanya iaitu tidur-tidur-tidur-lapar-bangun menyusu-tidur lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails