Sambutan Hari Lahir

1 JANUARI 2022

Alhamdulillah, cuti hujung tahun meraikan sambutan Hari Lahir Fiqah pada 25 Disember 2021 di kampung atuk dan Hari Lahir Fina pada 1 Januari 2022 di Kajang. Diserikan lagi dengan kehadiran adik bongsu yang sangat manja Farha si comel berserta Fittriah yang cerdik. Bila dah bertambah besar, Fina dan Fiqah tak nak sambut Hari Lahir gabung sekali dah. Nak asing-asing. Kek ditaja oleh baba sebagai hadiah hari lahir. Terima kasih baba.


25 DISEMBER 2021

Tahun 2022 Fina berusia 14 tahun  (Tingkatan 2) dan Fiqah berusia 11 tahun (Darjah 5). Sesi persekolahan tahun ini dilewatkan mulai Mac 2022 baru naik tingkatan dan darjah. Penggal persekolahan bertukar berikutan pendemik Covid 19 dan banjir di negara tahun ini. Fittriah pula berusia 8 tahun (Darjah 2).

Doa mama semoga menjadi anak yang solehah, menjaga solat, rajin, bertanggungjawab, pandai berdikari dan berbakti pada mama dan baba waktu tua kelak. Semoga berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang bermanafaat dalam hidup. Amin. 

Happy Birthday!

Hadiah aiskrim Blackpink dari mama.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu