Posts

Showing posts from June, 2011

ANA JAH

Image
GAJAH BERKAKI EMPAT, GELEK, GELEK, GAJAH BELALAI PANJANG, GELEK, GELEK, GADING DIA PANJANG, TAPI TIDAK MAKAN ORANG, KALAU ADIK INGIN TAHU, APA MAKANAN GAJAH, LA, LA, LA, LA................... GAJAH MAKAN TEBU Fina sebut anak gajah ~ ana jah.... Mula-mula masa dia nyanyi, saya tak faham. Apelah anajah nih..Bila dah lama-lama baru tau, nyanyi lagu anak gajah rupanya. Kat taska ada ajar beberapa lagu, tapi bila dah sampai rumah, lagu pun jadi lirik lain. 

Selamat Hari Bapa

Image
Buat ayahanda tersayang, Selamat Hari Ayah:) Terima kasih atas pengorbanan dan kasih sayang ayahanda selama ini. Moga diberi kesihatan dan keberkatan dalam hidup. Buat abang tersayang, Selamat Hari Baba :) Terima kasih kerana menjadi seorang baba yang hebat untuk cahaya mata kita. Moga kita dikurniakan keluarga yang bahagia buat selamanya. juga Selamat Hari Bapa kepada insan-insan istimewa yang bergelar ayah, daddy, baba, abah, abi, papa dll. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya.

Makan

Image
Kita akan berasa 'kekenyangan' yang luar biasa bila dapat menikmati makanan yang kita idamkan dan makanan yang bila tiba-tiba kita terasa nak makan. Memang sangat 'enak' dan 'lazat' di tekak sendiri. Ini antara juadah-juadah yang 'teringin' benor saya nak makan dan telah berjaya melepaskan hasrat tersebut. Hanith Lamb @ Saba Restoren Cyberjaya. Char Kuew Tiaw @ Pasar Tani Putrajaya Nasi kerabu @ Kajang Utama. Alhamdulillah, nikmat makan yang memberi kekenyangan sementara tetapi rasa yang amat bermakna.

Cerai

Image
Mama kata Fina dah besar. Fina dah 2 tahun 5 bulan. 2 minggu ini, Fina dah tak mintak nem dengan mama lagi. Fina dah boleh minum air 'lo' (susu tepung + ovaltine). Sedap.. Terima kasih mama sebab nem kan Fina selama ini. Fina nak possing tanda terima kasih kepada mama. Satu Dua Tiga Fina sayangkan mama. Walaupun Fina dah tak nem lagi, tapi hari-hari Fina nak tidur di lengan mama. Fina tau, mama dan baba sangat sayangkan Fina kan:) ********************************************************************* Alhamdulillah, perjalanan BF saya telah berakhir di sini. Satu titik noktah yang saya akhiri dengan seribu satu kepuasan. Membesarkan seorang anak dengan susu sendiri dalam tempoh 2 tahun 5 bulan, merupakan satu kenikmatan dan tanggungjawab saya terhadap insan yang saya kandungi selama 9 bulan 2 hari. Rasa bertuah kerana saya diberi peluang dan dipermudahkan oleh-Nya dalam mencapai matlamat ini. Buat Fina, mama halalkan setiap titik susu yang mengenyangkan perut Fina dari Fina beru

Kemuliaan di sisi Islam

1 . Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. 3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. 4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. 5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 9. Wanita yang tidak cukup tidur

Saya Kuat M--K--N

Image
Mama kata, saya KUAT MAKAN sekarang. Sejak dah baik dari demam ni, saya suka makan. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah, makan roti dalam kereta. Habis sebungkus roti high5 yang 60sen tuh. Minum soya botol kecil. Kalau kat sekolah, memang saya makan sahaja apa yang diberi. Kat rumah pula, kalau mama goreng hotdog, saya makan 2 batang. Kadang-kadang berebut dengan mama pula. Nasi, 2 kali tambah kalau dapat lauk telur goreng campur kicap. Lagi sedap. Bila saya dah kenyang, saya tidur lena sampai ke pagi.