03 June 2011

Saya Kuat M--K--N

Mama kata, saya KUAT MAKAN sekarang. Sejak dah baik dari demam ni, saya suka makan. Pagi-pagi sebelum pergi sekolah, makan roti dalam kereta. Habis sebungkus roti high5 yang 60sen tuh. Minum soya botol kecil. Kalau kat sekolah, memang saya makan sahaja apa yang diberi. Kat rumah pula, kalau mama goreng hotdog, saya makan 2 batang. Kadang-kadang berebut dengan mama pula.

Nasi, 2 kali tambah kalau dapat lauk telur goreng campur kicap. Lagi sedap.

Bila saya dah kenyang, saya tidur lena sampai ke pagi.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails