Posts

Showing posts from July, 2012

BF di bulan puasa

Image
Walaupun terdapat kelonggaran di dalam agama bagi wanita yang mengandung atau yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa, namun selagi ada daya dan diberikan kekuatan seharusnya kita berusaha untuk menunaikan kewajipan dalam rukun Islam ini. Alhamdulillah, masuk hari ke 11 Ramadhan. Puasa diteruskan tanpa hadapi cabaran yang begitu besar. Cumanya malas nak peningkan kepala fikir pasal stok susu. Saya pam seperti biasa, dan dapatlah 3 botol sehari untuk bekalan Fiqah keesokkan harinya. Bila ada lebih yang tak habis, saya jadikan stok frozen EBM. Kalau tak ada lebih, saya guna sahaja mana yang ada untuk pastikan bekalan 4 hingga 5 botol sehari adalah mencukupi. Hasil pam 2x di ofis. Selalu saya ingatkan diri sendiri agar tetapkan dalam hati dan fikiran, bahawa tak kisahlah susu saya banyak ataupun sikit, kuantiti bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika sedang berpuasa. Apa yang penting ialah susu mencukupi untuk menampung bekalan harian dan tentunya mengenya

Fiqah 7 bulan

Image
Baru sahaja rasanya update n3 Fiqah berusia 6 bulan, sekarang dah genap usia Fiqah 7 bulan. Cepat betul masa berlalu. Cik Fiqah dah lulus part meniarap dan masuk gear reverse. Kejap-kejap masuk kaki bawah sofa. Sekarang dia tengah belajar angkat-angkat punggung dan tegakkan kepala. Tercaduk jer bak kata atuknya. Fiqah semakin kenal orang dan kuat menangis bila ditinggalkan sendiri. Nak orang selalu pegang dia dan layan dia. Bila dah pandai makan, saya dalam usaha mempelbagaikan makanan yang boleh diberikan pada Fiqah. Gajet yang telah dibeli untuk memudahkan urusan menyimpanan makanan ialah bekas kiub ini. Baby Cubes Senang untuk isi   puri buah atau sayuran dalam saiz yang mencukupi untuk sekali makan. Inilah puri pertama yang berjaya saya hasilkan. Puri betik yang telah dibekalkan ke taska. Fiqah makan habis, dan hasilnya, pukul 3 pagi dia buat kek dalam tidur. Hi2. Cepat hadam agaknya bila makan buah. Dan usaha tergendala sebentar sebab mamanya belum merajinkan

Fiqah 6 bulan

Image
Fiqah dah melepasi 6 bulan terawal di zaman bayinya. Bila dah masuk 6 bulan, Fiqah dah diajar makan dan tidak bergantung sepenuhnya dengan susu ibu sahaja. Dibandingkan dengan Fina dahulu, Fiqah cepat belajar makan. Fina masuk 8 bulan baru pandai makan. Suaplah apa sahaja, di'ngap' sahaja dalam mulut. Fiqah makan 2x sehari. Pagi dan petang. Kat taska memang dah disediakan bubur. Jadi kurang kerja saya untuk sediakan bekalan untuk Fiqah. Nak buat puri buah/sayuran masih tak sempat lagi. Kalau cuti hujung minggu, saya masakkan bubur untuk Fiqah. Kadang-kadang, saya beri buah untuk dia belajar rasa. Kesimpulannya, memang Fiqah kuat makan. Pengasuhnya kata, suap makan, habis semangkuk. Tengok saiz perutlah kan. Sedapnya mama!!!!   Bila dah start makan, bekalan susu yang dibekalkan ada extra lebih. Boleh simpan untuk buat stok EBM frozen. Fiqah hanya minum 3-4 botol sehari. Kalau dahulu Fiqah minum 5 botol sehari. Jadinya, kurang sikit kerisauan saya tentang bekal

Masak-masak

Image
Masak-memasak time tiba mood rajin. Antara resepi dan masakan yang terkumpul untuk bulan ini. Strawberry Kek Sukaati Mama Deko ikut citarasa dan untuk Fina yang sibuk nak potong kek.  Letak juga nama Fiqah atas kek walaupun Fiqah tak pandai makan kek. Fruit tart  Hasil kelas di Sri Kembangan bersama Kak Nik. Kelas ini saya hadir bersama Ita member ofis waktu rehat hari Jumaat. Insyaallah, bila dah mahir akan dijadikan salah satu pilihan di AZCUPCAKES . Blueberry dan Strawbery Cheese Tart Juga belajar buat di Kelas Kak Nik. Puding Triffle First time buat, untuk dibawa ke Mesyuarat staff di ofis dan selingan acara makan-makan sempena sambut Ramadhan. Bulan puasa bakal menjelma, target, memasak untuk berbuka dan bersahur setiap hari mengikut apa yang mampu. Harap-harap sempat kerana bulan puasa saya tukar waktu bekerja. Balik jam 4.30 petang dan hendaknya tidak terkandas dalam kesesakan lalulintas.

Kongsi

Mama F&F baru baik dari demam. Fina baru baik dari muntah-muntah dan sekarang turn baba F&F pula yang kena demam. Diuji sedikit oleh Allah dengan memberi sakit agar kita makin bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah diberi dengan izin-Nya. Mood berblogging pun makin ke laut. Bila dah bertangguh taip n3, berlalu minggu-minggu tanpa n3 baru. Kehidupan masih diteruskan dengan rutin harian yang sama. Cumanya, sejak naik kerja selepas habis cuti pantang, bagai cepat masa berlalu. Bila tiba hari Isnin, sekejap je dah tiba hari Jumaat. Kalau hari minggu, kejap sahaja rasa dah habis cuti. Rasa baru lelapkan mata, sekejap jer dah sampai ke pagi. Sebelum itu, tahniah kepada sahabat saya Ikien yang telah disahkan mengandung. Doakan moga kandungannya kali ini selamat dan tidak menghadapi apa-apa kompilasi yang diluarjangka. Moga Allah memudahkan rezeki cahaya mata yang telah lama dinanti-nantikan. Amin. Sekadar berkongsi info yang saya dapat dari apa yang saya dengar

Update

Image
Cik Fiqah baru baik dari deman hari Selasa lepas. Sepatutnya kena pergi temujanji ke klinik untuk checkup 6 bulan. Tapi saya minta tangguh minggu depan. Hantar hari Rabu, hanya sebotol sahaja EBM yang diminumnya. Bekal 4 botol EBM lagi tidak digunakan. Fiqah taknak menyusu di taska. Alhamdulillah, semalam dah ok. Dan Fiqah dah sihat sepenuhnya. Ini demam pertama sejak Fiqah lahir. Akak Fina pula, apa yang adiknya ada. Dia mesti ada juga. Termasuklah duduk dalam babychair. Letakkan adiknya kat atas kerusi, diapun ambil rockychair nak duduk juga. Tidak tergambar bagaimana rasanya kalau berpisah buat selama-lamanya dengan anak-anak tersayang. Tapi sebagai hamba-Nya saya akui, ini semua pinjaman Allah. Kita tidak punya apa. Semuanya Allah yang punya.