Kongsi

Mama F&F baru baik dari demam. Fina baru baik dari muntah-muntah dan sekarang turn baba F&F pula yang kena demam. Diuji sedikit oleh Allah dengan memberi sakit agar kita makin bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah diberi dengan izin-Nya.
Mood berblogging pun makin ke laut. Bila dah bertangguh taip n3, berlalu minggu-minggu tanpa n3 baru. Kehidupan masih diteruskan dengan rutin harian yang sama. Cumanya, sejak naik kerja selepas habis cuti pantang, bagai cepat masa berlalu. Bila tiba hari Isnin, sekejap je dah tiba hari Jumaat. Kalau hari minggu, kejap sahaja rasa dah habis cuti. Rasa baru lelapkan mata, sekejap jer dah sampai ke pagi.
Sebelum itu, tahniah kepada sahabat saya Ikien yang telah disahkan mengandung. Doakan moga kandungannya kali ini selamat dan tidak menghadapi apa-apa kompilasi yang diluarjangka. Moga Allah memudahkan rezeki cahaya mata yang telah lama dinanti-nantikan. Amin.
Sekadar berkongsi info yang saya dapat dari apa yang saya dengar di radio waktu balik kerja.
Jutawan fakir dari aspek islam.
Seorang yang kaya tetapi merasakan rezeki dan harta kekayaan yang tidak pernah cukup dan tidak cukup-cukup.

Boleh membeli jam yang mahal tetapi tidak boleh membeli masa yang diluangkan kepada keluarga. Kumpul harta yang banyak, tetapi tidak boleh digunakan atau tidak sempat dimanafaatkan oleh keluarga sendiri.

Boleh membeli makanan yang lazat, tetapi tidak semestinya yang berzat dan berkat.

Kadang-kadang bila Allah tarik nikmat ‘selera’, makanan yang sedap dan lazat pun tidak dapat dinikmati kelazatannya.
Tidur atas katil yang empuk, tetapi tidak dapat tidur yang lena.
Rezeki yang Allah berikan pada kita tidak semestinya semuanya hak kita. Kadang kala, kita adalah sebagai perantara untuk menyalurkan rezeki tersebut kepada orang lain.
Sibuk mencari harta dunia, tetapi lupa untuk cari bekalan menuju akhirat.
Itu antara sedikit cebisan ilmu yang saya pelajari. Jika kita fikirkan banyak benda yang tersirat dalam setiap isi yang saya kongsikan. Moga makin hari makin bertambah amalan dan perubahan hidup kita kearah yang diredhai oleh Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall