Fiqah 6 bulan

Fiqah dah melepasi 6 bulan terawal di zaman bayinya. Bila dah masuk 6 bulan, Fiqah dah diajar makan dan tidak bergantung sepenuhnya dengan susu ibu sahaja. Dibandingkan dengan Fina dahulu, Fiqah cepat belajar makan. Fina masuk 8 bulan baru pandai makan. Suaplah apa sahaja, di'ngap' sahaja dalam mulut.

Fiqah makan 2x sehari. Pagi dan petang. Kat taska memang dah disediakan bubur. Jadi kurang kerja saya untuk sediakan bekalan untuk Fiqah. Nak buat puri buah/sayuran masih tak sempat lagi. Kalau cuti hujung minggu, saya masakkan bubur untuk Fiqah. Kadang-kadang, saya beri buah untuk dia belajar rasa. Kesimpulannya, memang Fiqah kuat makan. Pengasuhnya kata, suap makan, habis semangkuk. Tengok saiz perutlah kan.

Sedapnya mama!!!! 

Bila dah start makan, bekalan susu yang dibekalkan ada extra lebih. Boleh simpan untuk buat stok EBM frozen. Fiqah hanya minum 3-4 botol sehari. Kalau dahulu Fiqah minum 5 botol sehari. Jadinya, kurang sikit kerisauan saya tentang bekalan stok EBM menjelang Ramadhan nanti. Stok frozen pun masih berada dalam tahap yang ‘mencukupi’. Sekarang dah guna stok bulan Mei. Bila ada lebih susu yang tak habis di taska, saya akan jadikan stok frozen.
Stok frozen EBM yang tinggal - MEI,JUN,JULAI
Perkembangan Fiqah sepanjang usianya 6 bulan:

Dah pandai menangis nak suruh pegang.
Rajin meniarap dan dah pass gear reverse.
Last checkup berat Fiqah dah 7.9 kg dan tinggi 63 cm.
Masih nyenyak tidur di waktu malam dari dulu.
Dah kenal orang.
Suka orang layan dia sahaja.
Tak suka tinggalkan dia sorang-sorang.

Tips yang saya amalkan ketika berpuasa untuk mantainkan pengeluaran susu;
  • Pam 2x sehari seperti biasa di waktu siang masa bekerja.
  • Beri direct BF sewaktu di rumah.
  • Banyakkan makan kurma.
  • Banyakkan minum air kosong.
  • Jangan skip sahur.
  • Amalkan sahur dengan milo+nestum+oat.
  • Lebihkan makan sup, buahan dan sayuran.
  • Berdoa dan tawakal setelah berusaha.

Salam Ramadhan dari Mama F&F.

Comments

  1. saya gagal kak..x sampai 2 tahun susu dah kering..ntah mana silapnya..tp bangga jgk sebab berjaya jugaklah sampai umur nuh 1tahun 2 bulan..kira okey lah kan...sobss...sobss....

    ReplyDelete
  2. Mija : Takpelah mija.Mungkin ade hikmahnya. Atleast mija dah berjaya fully bf sampai usia nuh setahun lebih.Bagus2..next time kalau ada baby baru genapkan 2 tahun eh..lagi bangga dan 100% puas hati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..