BF di bulan puasa

Walaupun terdapat kelonggaran di dalam agama bagi wanita yang mengandung atau yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa, namun selagi ada daya dan diberikan kekuatan seharusnya kita berusaha untuk menunaikan kewajipan dalam rukun Islam ini. Alhamdulillah, masuk hari ke 11 Ramadhan. Puasa diteruskan tanpa hadapi cabaran yang begitu besar. Cumanya malas nak peningkan kepala fikir pasal stok susu. Saya pam seperti biasa, dan dapatlah 3 botol sehari untuk bekalan Fiqah keesokkan harinya. Bila ada lebih yang tak habis, saya jadikan stok frozen EBM. Kalau tak ada lebih, saya guna sahaja mana yang ada untuk pastikan bekalan 4 hingga 5 botol sehari adalah mencukupi.

Hasil pam 2x di ofis.

Selalu saya ingatkan diri sendiri agar tetapkan dalam hati dan fikiran, bahawa tak kisahlah susu saya banyak ataupun sikit, kuantiti bukanlah perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika sedang berpuasa. Apa yang penting ialah susu mencukupi untuk menampung bekalan harian dan tentunya mengenyangkan perut si kecil. Allah akan menyalurkan rezeki itu jika itu adalah hak anak kita. Insyaallah, walaupun kita berpuasa, pengeluaran susu tidak akan terjejas. Biasalah kalau kurang sedikit hasilnya seperti selalu, cumanya bab ‘mencukupi’ itu yang membantu kita meneruskan penyusuan ketika berpuasa.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

2nd Maternity & Children Expo @ Mid Valley Megamall