Posts

Showing posts from September, 2012

Stok EBM kurang????

Image
Stok frozen EBM setakat Sept 2012 Hampir genap 9 bulan usia Fiqah. Dan hampir KURANG stok frozen EBM dalam peti ais. Bekalan harian Fiqah di taska masih kekal sebanyak 4 botol sehari. Walaupun Fiqah makan 3 kali di taska, namun susu yang dibekalkan, tetap dihabiskan dengan jayanya. Seperti biasa, bila anak dah start makan, susu yang dipam setiap hari akan berkurangan secara semulajadi. Ini berlaku pada diri saya. Kalau dulu dapat 4-5 botol sehari, sekarang hanya 3 botol sehari.   Memandangkan bulan puasa tempoh hari saya telah menggunakan stok frozen EBM tanpa 'refill' semula stok baru, jadi stok memang sangat-sangat kurang. Mula minggu lepas saya berusaha untuk menjadualkan semula dan merajinkan diri mengepam di malam hari. Cukup untuk refill satu botol sehari, maka stok akan sentiasa ada dan dapat dijana dengan baik pengendalian masuk dan keluarnya. Percubaan mengepam di waktu malam hari sewaktu anak-anak dan suami tidur dengan lenanya ialah cabaran utama untuk saya

Gigi Sulung

Image
Kongsi gambar mulut sedikit terbuka memberi maksud yang Fiqah dah tumbuh gigi sulung! Memecahkan rekod akak Fina yang LAMBAT ada gigi. Ha2..Baru tumbuh sebatang gigi belah bawah. Patutlah kuat gigit. Rupanya gusi gatal. Mamanya merasakan pengalaman bersama anak kedua begitu cepat berlalu pergi jika dibandingkan dengan pengalaman membesarkan anak pertama. Namun setiap 'moment' itu ingin diabadikan di dalam ingatannya.

Merangkak

Image
Fiqah sudah laju meniarap ke hadapan dan juga minggu ini rajin practise merangkak. Dapatlah 2-3 kali gerakan. Bila saya ke dapur, sekejap sahaja dia dah sampai ke meja makan nak cari saya kat dapur. Semalam akak Fina nya yang jadi jurulatih Fiqah. Fiqah cepat, Fiqah cepat. Lagi sikit Fiqah, cepatlah baby. Sambil tepuk tangan. Sikit lagi baby, yeay! Dah sampai pun. Pandai baby. Pandang mama, mama tangkap gambar tu. Adiknya buat tak tahu je bila akak Fina suruh pandang mama. Gambar ditangkap masa Fiqah dah dekat dengan akak Fina. Adalah jarak setengah meter Fiqah berlatih dengan akak Fina. Fina pula sibuk nak pakai bip kat leher, sebenarnya nak bagi Fiqah pakai masa suap bubur makan tengahari. Fina yang duk menangis nak pakai kat leher dia. Mungkin dia tak ingat masa kecil dahulu dia ada pakai bip waktu makan. Tapi masa itu, tak ada orang nak berebut kan. Lepas ini, kena rajin moop lantai sebab kalau mamanya tak buat, Fiqah lah tukang moop lantai dengan seluarnya. 

Fina Beraya dan Bergaya

Image
Minggu terakhir Syawal tahun ini. La, baru rasanya beraya, dah sampai ke penghujung Syawal rupa-rupanya. Masih dalam mood raya hingga tiada masa untuk menaip n3 baru. Beberapa jemputan perlu dipenuhi, begitu juga mengunjungi kawan dan sanak saudara yang harapnya masih sempat diselitkan masa untuk bertemu. Bila ada anak perempuan, tentunya rasa seronok untuk memakaikan pakaian yang ala-ala cantik dimata sendiri. Lebih-lebih lagi, kalau anak tu dah pandai melawa. Fina sudah pandai nak pakai baju -antek-(cantik). Nak pakai -udung-(tudung), nak pakai -incu-(gincu). Nak pakai -suar gem-(seluar jeans), baju -bunge-(bunga), -ulang-(gelang) dan macam-macam lagi yang dia rasakan cantik. Fitrah wanita, suka pada kecantikan. Masa balik kampung tempoh hari, tok ayah Fina kata 'jangot cucu tok ayah'. Kira normal lah tu tok ayah, sebab Fina kan anak dara. Mestilah jangot sokmo. Hi2.   2 minggu ini Fina gelar dirinya -kami-. Selalunya dia cakap -ina-. Sekarang dia cakap kami pula. C

4 September

Image
Alhamdulillah, diberi kesempatan, peluang dan nafas untuk meneruskan perjalanan kehidupan di muka bumi ciptaan Allah. Hari ini genap usia saya 30 tahun. Tiada harapan yang tidak mampu dilaksanakan untuk diminta, cumanya memohon agar dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan menjadi seorang insan yang bertambah baik dari hari ke hari. Sebagai seorang isteri, mama, adik, akak, anak, menantu, ipar dan sahabat yang mampu berbakti dan berbuat kebaikan. Disenangi bila berdekatan dan diingati bila kejauhan. Mudahan kehidupan saya sekeluarga diberkati dan dirahmati oleh Allah.