Posts

Showing posts from January, 2015
Masuk minggu ketiga persekolahan Fina yang memasuki Darjah 1. Buku semua dah dapat, termasuk buku teks dan buku aktiviti. Untuk Sekolah Kebangsaan, minggu depan baru mula belajar sepenuhnya ikut jadual waktu yang diberi. Bagi KAFA, dah mula belajar sejak minggu pertama persekolahan. Kerja saya setiap malam ialah memeriksa Jadual Waktu dan susun buku yang perlu dibawa Fina untuk ke sekolah keesokan harinya. Kali ini nak update perihal Fina di awal alam persekolahannya. Kasut cepat kotor. Hari Isnin dah kotor. Pagi bersih, petang jemput dari KAFA dah kotor. Bukan sikit-sikit, habis satu kasut ada kesan tanah. Tukar 2 pasang seminggu bagi mengatasi kotor tu nampak ketara. Untunglah anak-anak yang sekolah boleh pakai kasut hitam. Kurang aktiviti menyental kasut.  Baju pun sama. Balik sekolah ada kesan kotor kat baju dan tudung. Kadang-kadang bila saya ambil masa balik petang, dengan kain lipat tepi dah kedepan, tudung pun pakai senget. Membeli belah. Baru 2 minggu bersekolah dah p

Pagi ini

Pagi ini di rumah : Fina : Saya tak nak bawa bekal nasi goreng (nampak nasi goreng atas meja makan). Mama : Itu bukan nasi goreng kakak, itu mama nak bawa pergi ofis. Fina : Ooo, ingatkan saya punya tadi. Kesimpulan : Dah tau beli makanan sendiri di kantin. ****************************** Pagi ini di sekolah Fina : Mama : Hari ini mama hantar sampai dalam tau. Esok kakak pergi sekolah sendiri. Mama hantar kat pagar  sahaja. Fina : Mama tak payah lah hantar Fina kat dalam. Fina nak pergi sendiri-sendiri. Kesimpulan : Telah pandai berdikari di minggu kedua persekolahan. ****************************** Pagi ini di sekolah Fina :  Murid (girl) : Cikgu, mana kelas 1 Murni. Mama : Kelas warna apa. Murid : Warna kuning. Mama : Cuba cari kat belah sana. Selang berapa saat, murid tersebut mendekati saya semula. Murid : Tak jumpa. Mama : Mari acik tunjukkan.  Carilah kelas 1 Murni kat mana dan minta murid tu beratur kat kelas dia. *****************************

Fina Darjah 1

Image
Tanggal 12 Januari 2015, permulaan peralihan sekolah Fina daripada belajar di Taska ofis mama ke Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan. Jauh di sudut hati saya, emosional berat hati nak lepaskan Fina. Sebab rasa tiba-tiba jer Fina kena masuk darjah 1 memandangkan tarikh dia lahir 1 Januari 2009. Tapi abang cakap, kanak-kanak mudah menerima ilmu. Jadi tak perlu risau sebab dengan izin Allah, Fina akan dapat sesuaikan diri dengan sesi pembelajaran yang baru. Disebabkan tak datang orientasi tempoh hari, Fina belum ada kelas lagi pada hari pertama. Ada ujian mewarna dan menulis terlebih dahulu. Adalah lebih kurang 12-13 orang yang belum ada kelas. Saya tunggu sehingga waktu rehat untuk uruskan pada yang patut. Buku dan keperluan sekolah, dah beli minggu sebelumnya. Untuk bulan ini, Cikgu hanya suruh bawa buku tulis garis merah dan buku tulis garis satu sebab selama sebulan pelajar tidak akan diajar subjek matapelajaran sepenuhnya. Fina hari pertama bersekolah. Rehatnya Fina beli mi

Fittriah 9 bulan

Image
Saya baru tumbuh 1 batang gigi belah bawah di usia saya 9 bulan 2 minggu. Berat saya 7.3 kg sahaja. Mama cakap saya lah yang paling kecil daripada saiz-saiz badan akak saya time diaorang baby dulu-dulu. Saya kurang menangis dah sekarang sebab saya dah pandai main sendiri. Tapi bila mood saya nak nangis, saya akan nangis aje bila mama tak duduk dekat saya. Kalau boleh saya nak mama selalu di sisi saya. Pagi-pagi baba hantar saya ke taska. Kalau boleh, saya nak ikut mama dan baba. Kesian saya kena tinggal. Tertunggu-tunggu waktu petang untuk jumpa mama dan baba semula. Saya suka ngunyah. Biskut atau keropok saya suka. Saya suka main-main dengan akak Fina dan Fiqah. Mereka suka layan saya.  Insyaallah, mama dan baba nak buat akikah saya bulan dua masa moknik nak kawin nanti.  Doakan saya membesar dengan sihat!

Cuti-cuti di Langkawi

Image
Selamat Tahun Baru 2015! Rupanya dah masuk pertengahan Januari 2015,  terasa cepatnya masa berlalu. Sebelum masa terus berlalu pergi, mama ucapkan Happy Birthday Fina yang ke -6 @ 7 tahun pada 1 Januari 2015 yang lalu. Minggu ini saya sibuk menguruskan Fina yang telah memasuki darjah satu secara tiba-tiba. Mujur sekolah buka lambat bagi sesi tahun ini. Entry sekolah darjah satu dalam edisi yang lain pula.  Kali ini sempena birthday Fina, saya sekeluarga bercuti di Langkawi. Percutian selama 3 hari 2 malam. Al-kisahnya booking tiket Air Asia masa Fittriah dalam perut lagi. Berhajat nak bawa ayah yang nak merasa naik flight. Teringat masa dah booking tiket tu, ayah cakap ntah panjang lagi tak umur ayah nak pergi tu. Alhamdulillah, sampai juga waktu yang ditunggu dan percutian kami sekeluarga berjalan lancar. Makam dan Perkampungan Mahsuri Hari pertama - 1 Januari 2015 Bertolak naik ERL dari Putrajaya ke KLIA 2. Sampai ke Langkawi jam 3 petang Homestay di kawasan tepi sawah