Pagi ini
Pagi ini di rumah :
Fina : Saya tak nak bawa bekal nasi goreng (nampak nasi goreng atas meja makan).
Mama : Itu bukan nasi goreng kakak, itu mama nak bawa pergi ofis.
Fina : Ooo, ingatkan saya punya tadi.
Kesimpulan : Dah tau beli makanan sendiri di kantin.
******************************
Pagi ini di sekolah Fina :
Mama : Hari ini mama hantar sampai dalam tau. Esok kakak pergi sekolah sendiri. Mama hantar kat pagar sahaja.
Fina : Mama tak payah lah hantar Fina kat dalam. Fina nak pergi sendiri-sendiri.
Kesimpulan : Telah pandai berdikari di minggu kedua persekolahan.
******************************
Pagi ini di sekolah Fina :
Murid (girl) : Cikgu, mana kelas 1 Murni.
Mama : Kelas warna apa.
Murid : Warna kuning.
Mama : Cuba cari kat belah sana.
Selang berapa saat, murid tersebut mendekati saya semula.
Murid : Tak jumpa.
Mama : Mari acik tunjukkan.
Carilah kelas 1 Murni kat mana dan minta murid tu beratur kat kelas dia.
******************************
Pagi ini di sekolah Fina:
Murid dalam barisan : Cikgu-cikgu, ada ulat kat sini.
Mama : Buang ulat tu ye.
Murid (girl) : Cikgu, ada ulat kat tudung. (datang dekat saya sambil sengetkan kepala. memang ada ulat daun hijau yang kecil tu tepi tudung dia)
Mama : Ok, nanti acik buangkan.( Sambil jentik ulat tu dari tudung)
Kesimpulan : Mama
**********************************
Comments
Post a Comment