Fittriah 9 bulan


Saya baru tumbuh 1 batang gigi belah bawah di usia saya 9 bulan 2 minggu.
Berat saya 7.3 kg sahaja. Mama cakap saya lah yang paling kecil daripada saiz-saiz badan akak saya time diaorang baby dulu-dulu.
Saya kurang menangis dah sekarang sebab saya dah pandai main sendiri.
Tapi bila mood saya nak nangis, saya akan nangis aje bila mama tak duduk dekat saya.
Kalau boleh saya nak mama selalu di sisi saya.
Pagi-pagi baba hantar saya ke taska.
Kalau boleh, saya nak ikut mama dan baba. Kesian saya kena tinggal. Tertunggu-tunggu waktu petang untuk jumpa mama dan baba semula.
Saya suka ngunyah. Biskut atau keropok saya suka.
Saya suka main-main dengan akak Fina dan Fiqah. Mereka suka layan saya. 
Insyaallah, mama dan baba nak buat akikah saya bulan dua masa moknik nak kawin nanti. 
Doakan saya membesar dengan sihat!

Comments

  1. besar dah fitri....x pernah tengok fitri lagi nih..hehe

    ReplyDelete
  2. Cik ima - budak2 ni memang cepat besar sbb mama dia pun dah makin tua..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu