Fina Darjah 1

Tanggal 12 Januari 2015, permulaan peralihan sekolah Fina daripada belajar di Taska ofis mama ke Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan. Jauh di sudut hati saya, emosional berat hati nak lepaskan Fina. Sebab rasa tiba-tiba jer Fina kena masuk darjah 1 memandangkan tarikh dia lahir 1 Januari 2009. Tapi abang cakap, kanak-kanak mudah menerima ilmu. Jadi tak perlu risau sebab dengan izin Allah, Fina akan dapat sesuaikan diri dengan sesi pembelajaran yang baru.
Disebabkan tak datang orientasi tempoh hari, Fina belum ada kelas lagi pada hari pertama. Ada ujian mewarna dan menulis terlebih dahulu. Adalah lebih kurang 12-13 orang yang belum ada kelas. Saya tunggu sehingga waktu rehat untuk uruskan pada yang patut. Buku dan keperluan sekolah, dah beli minggu sebelumnya. Untuk bulan ini, Cikgu hanya suruh bawa buku tulis garis merah dan buku tulis garis satu sebab selama sebulan pelajar tidak akan diajar subjek matapelajaran sepenuhnya.


Fina hari pertama bersekolah.

Rehatnya Fina beli minuman sendiri. Makanan, saya dah belikan terlebih dahulu. Fina belum dapat kelas dan duduk di dewan sahaja.





Tengahari dapat Bantuan Pelajar sebanyak RM100. Siapkan Fina di rumah kaklong dan hantar ke Sekolah Integrasi KAFA pula. Fina kami hantar ke sekolah berdekatan rumah kaklong kerana tengahari minta tolong kaklong untuk uruskan Fina. Lagipun Kak Ya dan Anya (anak buah saya) bersekolah di sana. Jadi Fina ada kawan untuk ke sekolah. Sekolah KAFA, Fina dan Kak Ya satu kelas - 1 Omar. Sesi pagi, Fina dapat kelas 1 Gigih.

KAFA - dengan Kak Ya
Tahun baru dengan jadual yang baru. Jadual baru untuk uruskan anak bersekolah darjah satu.


Pagi ~ hantar Fina ke Sekolah Kebangsaan sampai sekolah jam 7 pagi.
Tengahari ~ kaklong ambil Fina, Kak Ya & Anya balik rumah kaklong.
2.30 petang ~ kaklong hantarkan Fina dan Kak Ya ke KAFA.
5.45 petang ~ saya atau abang ambil Fina daripada KAFA.
                                      6.35-6.45 petang ~ sampai Semenyih.

Comments

  1. x sangka fina dah sekolah. padahal beza 4 bulan je ngan khalis. Jadual baru 2015. Kelam kabut ngan anak2... macam mane la saya nak uruskan anak2 sekolah tahun depan ni. risau gak ni az. hehehe...cita2 nak berenti keje x tercapai lagi nih..

    ReplyDelete
  2. huwaaa...bertahan ajelah sementara anak nak membesar ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu