Posts

Showing posts from October, 2011

Check up 31 minggu

25 Okt 2011 lepas, saya ke Klinik Desa Rinching untuk temujanji pemeriksaan kesihatan ibu dan kandungan selanjutnya. Seperti biasa, menunggu dekat 2 jam, barulah selesai semuanya. Checkup kali ini, berat naik extra 1kg, tapi under control lah. Kalau 2 minggu lepas berat saya 57kg, minggu ini telah naik 2kg ke 59kg.  Tekanan darah normal 110/70. Tinggi rahim sudah 30cm dan kadar deyutan jantung baby 146 perminit. Result air kencing masih Biru dan HB ok dari checkup sebelumnya 11.9. Mulai semalam, dah start kira tanda Carta Pergerakan bayi untuk sehari. Bermula dari pukul 9 pagi hingga ke waktu akhir gerakan yang ke 10. Nurse pesan, kalau tidak merasa 10x pergerakan hingga jam 9 malam, terus ke hospital berdekatan. Ini untuk elakkan baby lemas dalam kandungan. Masih ada 2 bulan untuk menantikan kehadiran adik Fina. Persiapan rasanya nak start bulan depan. Beli apa yang perlu dan diperlukan.

Roti Gulung Sosej

Image
                                        Roti Gulung Sosej (sumber My Resepi) Bahan-bahan ( 4 orang ) 8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) 8 sosej ayam @ daging 1 biji telur - dipukul sedikit secubit garam sedikit serbuk lada sulah breadcrumbs (serbuk roti) - secukupnya minyak untuk menggoreng Cara-cara Gelek roti hingga nipis/leper Balut sosej dengan roti yg leper tadi..gulungkan Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nmpk kemas Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm breadcrumbs Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan *********************************************************** Resepi yang mudah dan senang untuk disediakan. Anggaran roti dan sosej boleh ditambah mengikut jumlah yang ingin disediakan. Saya buat untuk dibawa ke taska Fina minggu lepas. Ada jamuan untuk sambutan birthday bulan Okt. Kalau untuk kanak-kanak, lebi

Medela FS

Image
Semalam saya terima 1 bungkusan. Bungkusan yang saya tunggu-tunggu selama ini. Impian ibu-ibu yang BF, kebanyakannya mengidamkan memiliki barangan ini. Bukannya sebab gadjet lain tidak bagus sepertinya, tetapi 'perasaan kepuasan' yang sukar ditafsirkan. Siapa yang 'teringin' sahaja yang tahu bagaimana menggambarkan perasaan gembira bila berjaya memilikinya. Saya pernah ceritakan di n3 terdahulu mengenai persediaan BF untuk 2nd baby kali ini. Saya telah menempah Medela FS daripada Pn Ruziah melalui AnakIbu Shop . Dalam set ini terdapat Set Pam Medela FS disertakan dengan beg pam, cooler beg, botol susu medela 4pcs dan part pam yang lain seperti tiub, corong dan lain-lain Juga barangan FOC botol susu Bumble Bee 10pcs serta Buku Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Apa yang saya paling suka tentang pam ini ialah saiznya yang kecil hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh digunakan untuk mengepam susu di mana sahaja tanpa masalah. Memang hati gembira berbunga-bunga bil

Minggu 30 ++

Image
Minggu 30 dan 31 Bayi Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap. Anda Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. ****************************************************** Gambar geng-geng ibu mengandung di ofis. Beratur ikut due, mula-mula Aishah (tunggu hari bersalin), Cik Ima (awal Dis), saya (akhir Dis), Ita (Januari 2012) dan Jaja pengantin baru (pregnant masuk 2 bulan). Alhamdulillah, saya telah memasuki usia kandungan 7 bulan minggu ini. Tiada masalah, cuma last checkup HB turun sedikit. Sela

29 Minggu

Minggu 29 Bayi Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Anda Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. ****************************************************** Hari ini saya ada regular checkup di Klinik Desa Rinching. Last checkup bulan lepas jumpa doktor. Result ujian minum air gula di Klinik Kesihatan Beranang masa tu belum dapat lagi. Insyaallah, hari ini dapat result nya. Tapi saya rasa result tu ok lah. Cuma sekarang ini memang kat mana-mana Klinik Kerajaan, kalau ada pertambahan berat badan ataupun uji

Whopper

Image
Teringin nak makan Whopper BK nih...Tak berkesempatan ke Alamanda. Kalau ajak baba Fina, confirm kene reject. Tunggu weekend yang free..Sempatlah tuh:) Kenapa rasa mengandung 2nd baby ni perut lebih cepat membesar..Hongeh..Tapi itu yang dikatakan 'nikmat' seorang ibu. Boleh membawa kandungan selama 9 bulan 9 hari. Menghadapi sakit-sakit yang tidak memberi keselesaan ketika tidur. Mengah bila berjalan dan membuat kerja. Rasa letih dan cepat penat. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit urat dan macam-macam sakit lain. Belum lagi yang dapat alahan yang teruk. Semua itu dugaan ketika mengandung. Tapi bagi saya yang paling seronok ialah ~ boleh makan apa sahaja yang teringin dimakan dan sedap ditekak ketika mengandung:) dengan alasan 'baby dalam perut nak makan'....Boleh? Fina ~ bila saya tanya baby dalam perut Fina makan apa? ~ makan nasi, air milo, mee. ~ jawapan yang jujur daripada seorang kanak-kanak. Apa yang difikirkan di kepala, itulah jawapan yang keluar di mulut nya.

28 Minggu

Bayi Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Matanya akan terbuka dan kepalanya akan berpaling jika cahaya diarahkan padanya. Saat ini berinteraksi dengan bayi dalam rahim sama ada membaca atau menyanyi sangat bagus. Anda Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. ********************************************************************* Baby dalam perut banyak bergerak dan kadang-kadang suka 'mengeras' terutamanya ketika saya berbaring. Masuk trimester ketiga ini, saya tidak kuat makan. Hanya makan ketika lapar dan cepat berasa letih bila terlalu aktif. Suka makan chakueh, apam balik, buah epal, pear, oren, air laici dan aiskrim. Saya tidak berhajat untuk scan

2 Tahun 9 bulan

Image
Fina sudah memasuki usia 2 Tahun 9 bulan. Perkembangan fizikal dan mentalnya yang berubah mengikut perkembangan kanak-kanak normal yang seusianya. Boleh bertutur dan bercakap lebih 1 ayat yang ringkas. Jangan tak percaya, gusi Fina tak penuh-penuh lagi. Ada 4 tempat kosong gigi yang belum tumbuh lagi. Suka menyanyi. Mandi dan pakai baju sendiri. Suka makan aiskrim dan coklat. Minum susu formula yang dipanggil 'air lo' = air milo. Suka tengok cerita ultraman. Asyik pasang CD lagu kanak-kanak yang sama bila dalam kereta. Tengok iklan kat tv, mainan, makanan, semua dia cakap nak. Dan jawapan standard yang saya  dan baba nya beri ialah 'Nanti kita beli ye'. Baru dia senyap, kalau tak, asyik cakap 'nak tu ma'.. Kuat merajuk, sejak nak dapat adik ni, sangat rapat dan manja dengan saya. Fina baru baik daripada serangan ulser dalam mulut minggu lepas. Saya cuti 2 hari menjaga Fina di rumah. Mula-mula ingatkan Fina kena jangkitan virus kaki, tanga