Medela FS


Semalam saya terima 1 bungkusan. Bungkusan yang saya tunggu-tunggu selama ini. Impian ibu-ibu yang BF, kebanyakannya mengidamkan memiliki barangan ini. Bukannya sebab gadjet lain tidak bagus sepertinya, tetapi 'perasaan kepuasan' yang sukar ditafsirkan.
Siapa yang 'teringin' sahaja yang tahu bagaimana menggambarkan perasaan gembira bila berjaya memilikinya.

Saya pernah ceritakan di n3 terdahulu mengenai persediaan BF untuk 2nd baby kali ini. Saya telah menempah Medela FS daripada Pn Ruziah melalui AnakIbu Shop.
Dalam set ini terdapat Set Pam Medela FS disertakan dengan beg pam, cooler beg, botol susu medela 4pcs dan part pam yang lain seperti tiub, corong dan lain-lain

Juga barangan FOC botol susu Bumble Bee 10pcs serta Buku Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya.

Apa yang saya paling suka tentang pam ini ialah saiznya yang kecil hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh digunakan untuk mengepam susu di mana sahaja tanpa masalah.
Memang hati gembira berbunga-bunga bila berjaya memiliki pam ini. Cuma diingatkan pam hanyalah sebagai alat bantuan untuk memudahkan ibu meneruskan BF. Apa yang penting ialah niat, komitmen dan disiplin dalam meneruskan penyusuan susu ibu. Pam susu yang mahal dan murah bukanlah menjamin kejayaan ibu-ibu dalam BF. Guna teknik marmet pun sebenarnya boleh berjaya. Terpulang pada kehendak dan kemahuan sendiri.
Moga saya berjaya untuk perjuangan seterusnya.

Comments

  1. nurul org melaka n selalu gak kalau beli barang
    dgn kak ruziah..mmg besh beli kat dia.peramah n ada barang free jerk=)selamat berpumpingh nnt kay..nurul guna madela swing jer=)tuk anak pertama n kedua=)k semoga selamat bersalin nnt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..