28 Minggu

Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Matanya akan terbuka dan kepalanya akan berpaling jika cahaya diarahkan padanya. Saat ini berinteraksi dengan bayi dalam rahim sama ada membaca atau menyanyi sangat bagus.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
*********************************************************************
Baby dalam perut banyak bergerak dan kadang-kadang suka 'mengeras' terutamanya ketika saya berbaring. Masuk trimester ketiga ini, saya tidak kuat makan. Hanya makan ketika lapar dan cepat berasa letih bila terlalu aktif. Suka makan chakueh, apam balik, buah epal, pear, oren, air laici dan aiskrim.
Saya tidak berhajat untuk scan baby dalam perut ini. Kami suami isteri tidak kisah samaada anugerah kali kedua ini baby perempuan ataupun lelaki, asalkan cukup sifatnya dan sihat. Cuma kalau yang first anak perempuan, tentu kali ini teringin anak lelaki. Keinginan itu tetap ada untuk dapatkan sepasang. Bergantung pada rezeki-Nya. Mohon dipermudahkan urusan bersalin kali ini. Saya belum membuat persediaan. Insyaallah, masuk 8 bulan nanti baru menyediakan kelengkapan apa yang patut. Yang mana boleh guna barang-barang Fina dahulu, saya akan guna semula.
Dari segi BF, saya bertekad untuk meneruskan BF baby kedua ini dengan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dan diteruskan penyusuan susu ibu penuh hingga baby berusia genap 2 tahun. Barangan BF dah diorder seperti pam medela FS daripada AnakIbu Shop, botol BPA, liner dan pek ais dari Enjoybreasfeed dan insyaallah saya akan uruskan hospital untuk tempat bersalin yang telah dipilih.

Menyambut kelahiran anak kedua, tidaklah begitu 'kekok dan kalut' jika dibandingkan dengan anak pertama. Semuanya bergantung pada pengalaman anak terdahulu. Sekurang-kurangnya ibu bapa boleh menggunakan pengalaman yang pernah dilalui untuk dijadikan panduan menguruskan anak-anak yang seterusnya. Kata orang, belajar pada orang yang dulu makan garam daripada kita, dan banyakkan pembacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengendalian bayi, ibu dan keluarga. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..