Posts

Showing posts from 2021

Pengalaman mengandung

Image
Pengalaman mengandungkan Farha puteri keempat: Tak minat pakai barang kemas. Rantai, gelang dan cincin tak suka pakai masa mengandung. Hati mudah sensitif, bila tak dapat sesuatu akan menangis. Dah menangis baru lega, lepas tu ok dah. Suka bersenam dan zumba yang ringan. Buat senaman penafasan semasa dalam kereta ke pejabat dan sebelum tidur malam. Setiap malam Fina, Fiqah dan Fittriah akan cakap dengan Farha sebelum saya tidur. Farha pun akan bergerak-gerak dalam perut, pusing, tendang-tendang. Macam faham akak-akak dia berbual dengan dia. Sapu minyak angin setiap malam untuk elakkan sakit kaki/simpul biawak. Saya amalkan minum kurma kisar dengan susu beberapa minggu sebelum tempoh kelahiran. Petua untuk mudah bersalin. Suka makan sagu gula melaka. Makan banyak kali pun tak apa. Minggu ke 33 kena tahan wad Hospital Kajang. Bacaan graf jantung tak normal. MC dekat 2 minggu dan kena rujuk ke Pakar Kardiologi Hospital Serdang. Alhamdulilllah, lepas periksa jantung kat Hospital Serdang, t

Kenangan Hari Lahir 3F

Image
Simpan di sini untuk tatapan memori masa depan. Gambar kenangan sambut Hari Lahir Fina, Fiqah dan Fittriah. Happy Birthday Fiqah yang ke-9 tahun - 25 DIS 2020 Fiqah sambut Birthday di Terengganu. Aiskrim potong untuk Birthday Fina di Taman Pelangi Semenyih. Happy Birthday Fina yang ke 12 tahun. 1 JAN 2020. Birthday Fittriah yang ke 7 tahun - 27 Mac 2020 Kek Birthday Baby Shark untuk Fittriah @ Kajang . Alhamdulillah, tahun depan boleh sambut Birthday baby Farha pula.

Stok susu

Image
Perjalanan penyusuan susu ibu diteruskan dengan tenang walaupun terdapat juga sedikit ujian yang dihadapi sepanjang tempoh 7 bulan usia Farha. Stok susu beku EBM makin surut dan tinggal 2 plastik sahaja untuk digunakan. Bekalan susu Farha di Taska masih sama dari usianya 3 bulan hingga sekarang iaitu sebanyak 6 botol susu 2.5-3.0 oz termasuk fresh EBM semasa pam di pejabat dan juga tambahan stok susu beku EBM.  Walaupun Farha dah mula makan makanan pejal semasa usianya 6 bulan, tetapi Farha masih minum banyak susu di Taska. Sesekali baru ada baki sebotol susu yang tidak akan habis. Di rumah dan waktu cuti Farha akan menyusu terus daripada saya. Stok susu pam di pejabat tidak dapat menampung keperluan harian Farha. Stok susu EBM. Asingkan ikut 1 plastik untuk 1 bulan. Stok EBM yang telah disusun dalam deep freezer. Stok susu beku bertahan selama 6 bulan memandangkan saya menyimpan stok susu tersebut dalam peti ais sejuk beku. Jadi stok susu masih boleh digunakan sehingga Disember 2021.

Farha 7 bulan

Image
  Alhamdulillah, bulan ini Farha telah genap berusia 7 bulan. Kongsi perkembangan Farha untuk tatapan memori di masa hadapan. 💟 Farha dah boleh duduk dengan bantuan.  💟 Meniarap bergerak kebelakang. 💟 Menangis bila ditinggalkan seorang. Nampak mama bangun, merengek nak ikut. 💟 Manja dan suka didukung. 💟 Terkulat-kulat tengok orang makan. Suka masuk benda atau mainan dalam mulut. 💟 Suka makan puri buah. 💟 Suka tidur celah ketiak mama. 💟 Makan 3 kali sehari, pagi tengahari dan petang. Minum susu ibu mengikut permintaan.  💟 Bekalan susu di taska sebanyak 6 botol EBM, 1 bekas kecil bubur nasi dan puri buah. Resepi yang mama dah cuba sejak Farha mula makan - bubur carot, bubur labu, oat campur buah naga , puri mangga, puri epal, puri pir, puri keledek, bubur sup ayam campur kentang. 💟 Bubur campur dengan ikan bilis, Farha akan muntah bila makan. Mungkin alahan kepada ikan bilis. Jadi mama tak berani nak bagi Farha serbuk ikan bilis lagi.  💟 Tak suka minum air kosong. 💟 Rambut Fa

Persekolahan 2021

Setelah lebih kurang 7 bulan anak-anak tidak bersekolah tahun ini, sesi persekolahan telah dimulakan mengikut penggiliran kumpulan. Hanya separuh daripada murid setiap kelas akan hadir seminggu mengikut pembahagian Kumpulan A dan B. Sesi persekolahan untuk semesta ini akan disambung hingga Mac 2022. Fina, Fiqah dan Fittriah memulakan persekolahan pada minggu ini. Sesi pagi Fittriah dari jam 7.30 pagi hingga 12.20 tengahari. Fina dan Fiqah sesi petang dari jam 12.50 tengahari hingga 6.45 petang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, anak-anak pun teruja seronok untuk berjumpa dengan kawan-kawan dan guru mereka. Sebelum mereka ke sekolah, kena pastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan yang baik dan tiada gejala batuk, selesema, demam sebagai syarat utama boleh hadir ke sekolah. Pemakaian penitup muka diwajibkan. Pagi saya akan hantar Farha ke Taska dan abang hantarkan Fittriah ke Sekolah. Tengaharinya abang akan jemput Fittriah pulang dari sekolah, hantar balik ke rumah dan ambil Fin

Farha 6 bulan

Image
Masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari anak-anak makin membesar dan bertambah usia kita menghampiri kematian. Semoga saya sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan dan beroleh pengakhiran yang baik. Amin.  Bulan Oktober 2021 Farha telah berusia 6 bulan. Saya tidak sempat berkongsi pengalaman Farha sewaktu berusia 1-5 bulan, diam tak diam dah masuk 6 bulan sudah usianya. Simpan dahulu memori dan perkembangan Farha di usianya sekarang supaya tidak lupa. Berat sekarang 7.77 kg. Boleh meniarap sambil berguling. Pandai dan suka makan. Terkulat-kulat tengok orang makan.  Bekalan susu di taska masih kekal 6 botol sehari, tidak berubah walaupun Farha dah mula makan. Selalunya akan habis 5 botol.  Saya juga bekalkan 2 bekas bubur campur sayur karot/labu, 1 bekas kecil puri buah pir/epal/mangga dan bijiran bayi. Suka gelak bila diagah. Suka bila Kakak Fittriah nyanyikan lagu:   Farha Si Comel..la..la..la...kakak sayang-sayang dia...#Farha comel. Rapat dengan Kakak Fina. Farha bagaikan jelmaa

Norma Baru PPN 2021

Image
Tahun 2021, Fina telah memasuki alam Sekolah Menengah di Tingkatan 1,  Fiqah di Tahun 4 dan Fittriah di Tahun 1 Sekolah Rendah.  Mulai April hingga September 2021, negara melalui beberapa Fasa Pemulihan daripada pendemik Covid-19. Tempoh enam bulan ini anak-anak bersekolah secara PDPR dan sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan oleh pihak Kerajaan secara berperingkat.  Cara pembelajaran diadakan secara atas talian dan kerja sekolah dihantar menggunakan aplikasi Google Classroom dan Telegram.  Secara peribadi, saya lebih suka sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Murid boleh fokus dan menjalani sesi pembelajaran yang selesa dengan kehadiran rakan sekelas serta guru yang memberi pengajaran dan bimbingan. Insyaallah, November 2021 sesi persekolahan akan dibuka semula. Moga anak-anak dapat menyesuaikan diri semula setelah lama berada di rumah. Baju sekolah, kasut sekolah serta kelengkapan persekolahan yang lain, hanya digunakan sebulan sahaja tahun ini. Harapnya masih elok dan

Penyusuan Susu Ibu

Image
Minggu ini genap usia Farha 6 bulan. Farha akan memulakan makanan pejal selain daripada bergantung dengan susu ibu. Perjalanan penyusuan kali ini berlangsung dengan baik. Stok susu beku saya simpan mulai Farha berusia 2 bulan dan Farha diajar minum susu menggunakan botol. Alhamdulillah, Farha pandai minum dan tidak memilih puting susu. Saya gunakan botol pigeon dan puting saiz s. Ini sebagai langkah persediaan sebelum saya mula bekerja dan Farha akan tinggal di Taska. Farha dilatih menggunakan botol susu pada usianya 1 bulan setengah Jadual latihan ini saya gunakan sebagai panduan saya pada awal minggu saya melatih Farha gunakan botol susu. Ia amat membantu.  Stok susu beku saya mula simpan pada usia Farha sebulan setengah. Saya gunakan peti sejukbeku agar susu tahan selama 6 bulan. Stok susu beku bermula daripada bulan Mei, Jun dan Julai. Seterusnya setelah saya mula bekerja, saya akan simpan stok susu beku sekiranya ada lebihan. Sepanjang tempoh naik bekerja, jadual kerja saya ikut g

Pengalaman berpantang

Image
Bersalin anak keempat saya mohon kemudahan cuti bersalin selama 3 bulan (90 hari).  Pengalaman berpantang kali ini saya dijaga oleh abang selama 2 minggu. Kebetulan saya bersalin semasa bulan Ramadhan, jadi abanglah yang menguruskan waktu sahur dan berbuka untuk anak-anak. Saya mengurut satu badan pada hari ketiga berpantang. Badan makin pulih dan rasa segar pada seminggu selepas melahirkan.  Kali ini saya tidak bercadang untuk mengambil apa-apa set berpantang. Hanya amalkan makanan berkhasiat, makan buah setiap hari dan pengambilan air kosong yang cukup. Saya juga makan ubat yang dibekalkan oleh Hospital Az Zahrah semasa keluar hospital. Selainnya, saya amalkan mandi air rebusan daun dan diselang seli dengan mandian selepas bersalin keluaran TYT. Bertungku dan berbengkung hingga habis tempoh pantang. Aktiviti harian lain saya lakukan secara berperingkat mengikut kemampuan fizikal saya. Saya juga meminta bantuan daripada Fina dan Fiqah yang banyak membantu meringankan kerja-kerja haria

Awal bulan pertama

Image
  Farha usia 7 hari Farha mudah untuk diuruskan waktu awal minggu kelahirannya. Malam Farha akan bangun menyusu  kemudian tidur nyenyak hingga ke pagi. Ada satu malam, Farha tidur lewat pada jam 1 pagi. Yang selainnya, Farha jarang berjaga dan meragam. Hari keempat, tali pusatnya tanggal. Paling cepat antara keempat-empat adik beradiknya yang lain.  Hari kelima, Jururawat Klinik Kesihatan datang untuk memeriksa kesihatan kami. Farha diminta buat ujian darah di Klinik Kesihatan kerana terdapat tanda awal sakit kuning. Bacaan ujian pertama ialah 15.2. Agak tinggi dan esoknya Doktor minta hadir semula untuk ulang ujian. Bacaan ujian darah seterusnya, naik ke 15.7 dan Doktor minta rujuk ke Hospital Kajang untuk tahan wad. Saya dan abang mengambil keputusan untuk buat ujian sebelah petangnya di Hospital Az-Zahrah dan jika tinggi kami ingin dapatkan rawatan dari sana. Kami tak sampai hati untuk letakkan Farha di wad Hospital Kajang memandangkan musim pendemik Covid-19, agak sukar ibubapa unt

17 April 2021 (Sabtu) Part III

Image
17 April 2021 (Sabtu) Hari ini hari keenam Ramadhan. 5 pagi abang bangun bersahur. Saya makan kurma dan air kosong untuk dapat tenaga selepas bersalin. Jam 6.15 pagi Jururawat mengambil Farha untuk dimandikan. Farha tidak dimandikan dahulu malam kelahirannya kerana hari telah lewat.  Doktor Noraini dan Doktor Pakar Kanak-Kanak telah memeriksa keadaan kesihatan saya dan bayi. Alhamdulillah, keadaan kami sihat dan dibenarkan keluar Hospital pada waktu tengahari. Saya telah boleh bergerak perlahan-lahan turun dari katil dan menguruskan Farha. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh pihak hospital kepada saya.  Lebih kurang jam 12.30 tengahari abang menguruskan urusan discaj. Lepas Zohor kami boleh pulang ke rumah untuk berjumpa dengan 3 lagi puteri yang sedang menunggu untuk melihat adiknya buat kali pertama.  Ini pengalaman pertama saya bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi. Saya telah membuat temujanji 3 kali dengan Doktor Noraini sebelum tiba tarikh dijangka bersalin. Se

16 April 2021 (Jumaat) Part II

Sambungan kedua: 16 April 2021 (Jumaat) Perjalanan dari Kajang ke Bangi petang itu agak sibuk. Kereta banyak memandangkan waktu pulang dari kerja dan mengejar waktu berbuka puasa. Sakit perut tidak kerap. Pukul 6 petang saya dan abang sampai di Hospital Islam Az Zarah, Bandar Baru Bangi. Setelah mendaftar, saya ke tingkat tiga untuk pemeriksaan awal saringan CTG dan bukaan jalan.  Lebih kurang 10 minit pemeriksaan, bukaan jalan telah mencapai 5 cm. Jururawat memaklumkan saya dijangka bersalin hari ini dan boleh masuk ke Dewan Bersalin. Usai tukar pakaian, saya dibawa naik menaiki kerusi roda dan ditolak ke Dewan Bersalin di tingkat 1. Saya diminta untuk ke tandas dan mengambil wuduk untuk persediaan solat Maghrib. Pukul 7 malam saya berada di Dewan Bersalin ditemani oleh abang. Jururawat memantau keadaan saya. Dalam bilik dipasangkan ayat al-Quran. Saya hanya menjamah beberapa biji kurma dan air kosong untuk tenaga semasa bersalin nanti. Azan Maghrib berkumandang jam 7.20 malam. Abang

16 April 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah, tanggal 16 April 2021 hari Jumaat, jam 10.43 malam saya telah selamat melahirkan puteri keempat di usia kandungan saya 37 minggu 5 hari. Jarak antara anak ketiga dan keempat adalah 7 tahun. Agak lama berehat tetapi saya yakin Allah sebaik-baik pemberi rezeki pada masa yang telah Dia tentukan. Mengimbas semula hari kelahiran Farha pada 16 April 2021(Jumaat). Pagi itu saya kerja di pejabat seperti biasa. Rasa memulas perut sedikit dan beberapa kali ke tandas. Rehat yang panjang di hari Jumaat saya tidur dan berehat sahaja di pejabat. Balik kerja hujan renyai. Sampai di selekoh sebelum Hospital Serdang, kereta saya berpusing melanggar pembahagi jalan. Tayar terasa tidak jejak ke jalan raya. Mujur ada pemandu lori yang berada di belakang kereta saya membantu mengalihkan kereta. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya dan bayi dalam kandungan ketika itu berada dalam keadaan selamat. Enjin kereta boleh dihidupkan semula, cuma bahagian belakang kereta sahaja yang kemek s