Pengalaman berpantang

Bersalin anak keempat saya mohon kemudahan cuti bersalin selama 3 bulan (90 hari).  Pengalaman berpantang kali ini saya dijaga oleh abang selama 2 minggu. Kebetulan saya bersalin semasa bulan Ramadhan, jadi abanglah yang menguruskan waktu sahur dan berbuka untuk anak-anak. Saya mengurut satu badan pada hari ketiga berpantang. Badan makin pulih dan rasa segar pada seminggu selepas melahirkan.  Kali ini saya tidak bercadang untuk mengambil apa-apa set berpantang. Hanya amalkan makanan berkhasiat, makan buah setiap hari dan pengambilan air kosong yang cukup. Saya juga makan ubat yang dibekalkan oleh Hospital Az Zahrah semasa keluar hospital.

Selainnya, saya amalkan mandi air rebusan daun dan diselang seli dengan mandian selepas bersalin keluaran TYT. Bertungku dan berbengkung hingga habis tempoh pantang. Aktiviti harian lain saya lakukan secara berperingkat mengikut kemampuan fizikal saya. Saya juga meminta bantuan daripada Fina dan Fiqah yang banyak membantu meringankan kerja-kerja harian di rumah seperti mengemas rumah, sidai dan lipat baju. Kebetulan waktu PKP, anak-anak tidak bersekolah dan sepenuhnya berada di rumah.

Alhamdulillah, tempoh berpantang dapat dilalui dengan lancar. Saya menumpukan sepenuh perhatian kepada Farha di waktu awal-awal kelahirannya. Setiap bulan berat Farha akan naik sekurang-kurangnya 1 kg. Dari 2.5 kg, sekarang Farha dah seberat 7.5 kg di usianya 5 bulan. Saya menyusukan Farha susu ibu secara ekslusif. Farha mahir menyusu secara terus dan akan bangun di waktu malam 3-4 kali untuk menyusu.  Farha juga kuat muntah, sama macam Fina masa kecil. Dia akan menyusu hingga lebih muatan perutnya. 

Pada 28 hari tempoh berpantang, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kajang bersama keluarga along memandangkan waktu itu PKP masih dikuatkuasa dan tidak boleh merentas negeri untuk pulang ke kampung. 

Hari Raya Aidilfitri 2021

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu