17 April 2021 (Sabtu) Part III

17 April 2021 (Sabtu)

Hari ini hari keenam Ramadhan. 5 pagi abang bangun bersahur. Saya makan kurma dan air kosong untuk dapat tenaga selepas bersalin. Jam 6.15 pagi Jururawat mengambil Farha untuk dimandikan. Farha tidak dimandikan dahulu malam kelahirannya kerana hari telah lewat. 

Doktor Noraini dan Doktor Pakar Kanak-Kanak telah memeriksa keadaan kesihatan saya dan bayi. Alhamdulillah, keadaan kami sihat dan dibenarkan keluar Hospital pada waktu tengahari. Saya telah boleh bergerak perlahan-lahan turun dari katil dan menguruskan Farha. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh pihak hospital kepada saya.  Lebih kurang jam 12.30 tengahari abang menguruskan urusan discaj. Lepas Zohor kami boleh pulang ke rumah untuk berjumpa dengan 3 lagi puteri yang sedang menunggu untuk melihat adiknya buat kali pertama. 

Ini pengalaman pertama saya bersalin di Hospital Islam Az-Zahrah, Bangi. Saya telah membuat temujanji 3 kali dengan Doktor Noraini sebelum tiba tarikh dijangka bersalin. Sebuah hospital mesra ibadah dan yang penting sekali, saya berniat untuk kelahiran anak saya disambut oleh Doktor wanita serta semua jururawat yang bertugas juga wanita. Niat saya agar aurat saya terjaga ketika sakit untuk melahirkan. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan layanan dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada saya. Saya bertuah kerana bayaran bil hospital ditaja oleh abang sebagai hadiah melahirkan zuriat kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami tercinta, Doktor Noraini dan jururawat yang bertugas sepanjang saya berada di Hospital Az-Zahrah. Moga Allah membalas jasa dan budi baik semua. 

Puteri keempat dinamakan NUR FARHA IMANI BINTI AZHAR yang bermaksud Cahaya Kebahagian Imanku. Moga membesar menjadi anak yang sihat dan solehah.

Perjalanan membesarkan puteri keempat baru bermula. Pengalaman lalu diguna, pengalaman baru ditimba.

Nur Farha Imani (usia 1 hari)

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu