Norma Baru PPN 2021

Tahun 2021, Fina telah memasuki alam Sekolah Menengah di Tingkatan 1,  Fiqah di Tahun 4 dan Fittriah di Tahun 1 Sekolah Rendah. Mulai April hingga September 2021, negara melalui beberapa Fasa Pemulihan daripada pendemik Covid-19. Tempoh enam bulan ini anak-anak bersekolah secara PDPR dan sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan oleh pihak Kerajaan secara berperingkat. Cara pembelajaran diadakan secara atas talian dan kerja sekolah dihantar menggunakan aplikasi Google Classroom dan Telegram. 

Secara peribadi, saya lebih suka sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Murid boleh fokus dan menjalani sesi pembelajaran yang selesa dengan kehadiran rakan sekelas serta guru yang memberi pengajaran dan bimbingan. Insyaallah, November 2021 sesi persekolahan akan dibuka semula. Moga anak-anak dapat menyesuaikan diri semula setelah lama berada di rumah. Baju sekolah, kasut sekolah serta kelengkapan persekolahan yang lain, hanya digunakan sebulan sahaja tahun ini. Harapnya masih elok dan muat untuk dipakai semula. Terlalu lama berada di rumah, tanpa aktiviti fizikal, tak boleh keluar berjalan-jalan, ianya agak sukar dihadapi oleh anak-anak malahan ibu bapa. Namun demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak, semuanya perlu dihadapi dengan sabar.

Saya akui, pada awalnya agak sukar menyesuaikan diri dengan sesi PDPR, namun setelah beberapa bulan pembelajaran anak-anak telah membiasakan diri walaupun kadangkala terdapat kekangan dari segi masa dan disiplin untuk melaksanakannya
.

Farha telah memasuki usia 6 bulan dan dihantar ke taska sewaktu saya bekerja. Untungnya Farha, waktu awal Julai hingga September, pejabat masih beroperasi secara berperingkat dan kehadiran secara penggiliran. Jadi saya akan bergilir hadir di pejabat. Selainnya saya akan Bekerja Dari Rumah (BDR) dan dengan cara ini saya mempunyai lebih masa untuk memberi tumpuan kepada Farha yang masih kecil. Setiap pagi waktu bekerja, saya rasa berat hati  tinggalkan Farha di taska, namun saya kuatkan semangat dan akui naluri semulajadi seorang ibu pasti wujud rasa sedih untuk meninggalkan anak. Alhamdulillah, Farha telah menyesuaikan diri dengan jadual hariannya. Moga Allah menjaga dan melindungi kesemua anak-anak saya ketika saya tiada di depan mata mereka. Doa ini saya titipkan setiap pagi ketika dalam perjalanan ke pejabat. 

Kehidupan perlu diteruskan, tahun 2020-2021 banyak merubah rutin harian kita. Semuanya akan dilalui dengan norma baru.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu